Friday 1 November 2013

Apa Pentingnya Inflasi dan Deflasi Pada Kita?

Dalam ekonomi, deflasi adalah suatu jangkamasa dimana harga-harga barangan secara umumnya jatuh dan nilai wang bertambah.Deflasi adalah kebalikan dari dari sudut ekonomi. Tetapi ianya jarang sangat berlaku. Inflasi pula adalah situasi dimana harga barangan asasi seperti gula, minyak, beras, tepung dan lain lain naik manakala nilai matawang turun. Inflasi terjadi, bila terlalu banyak wang yang berada didalam sistem ekonomi. 

Inflasi didorong oleh beberapa faktor, antaranya adalah peningkatan cetakan wang oleh bank negara secara berlebihan, penawaran barangan berkurangan, permintaan terhadap wang berkurangan, dan permintaan terhadap barangan berkurangan.

Kadar inflasi yang tinggi menunjukan kuasa beli yang besar walaupun wang yang ada ditangan sedikit, manakala kadaf inflasi yang tinggi menunjukan kuasa beli yang kecil walaupun kita ada banyak wang. 

Pada masa sekarang, kerajaan kata inflasi rendah. Sekitar 2 ~ 3 %. Tapi kalau dilihat secara teliti, kadar inflasi adalah lebih dari itu. Ianya mungkin melebihi 10%. Lihat saja dua atau tiga bulan lepas, semasa kita mempunyai wang RM100. Kita mampu untuk membeli RON95 sebanyak 52.63 liter, tetapi sekarang dengan wang yang sama, kita cuma akan dapat 47.62 liter. Sama juga dengan ayam, dua bulan lepas dengan RM100 kita boleh dapat 17.86kg ayam, sekarang dengan wang yang sama nilai kita cuma boleh beli 14.92 kg ayam je.

Dalam erti kata lain juga, nilai duit RM100 yang kita ada dua bulan lepas, mungkin pada masa sekarang tinggal RM80 atau RM90 je.. malah lebih teruk dari itu.. Teruk sungguh sistem sekarang kan..

Jadi, bagai mana anda hendak melindungi duit anda dari inflasi? emmm nak tahu rahsianya.. call saya di talian +60127261779 untuk keterangan lanjut..