Tuesday 28 October 2014

Pernahkah Anda Senyum Pada Orang, Tapi Orang Tu Buat Bodoh Je..?

Dalam Islam, senyum tu kan sedekah.. tapi pernah tak dalam hidup kita, kita senyum kat orang, tapi orang yang kita senyum tu buat bodoh je.? Hehe.. actually aku banyak kali mengalami peristiwa macam nie.. bukan sekali, tapi lebih dari tiga kali..
 
Terbaru, semalam masa aku ke satu bangunan kerajaan di JB. Masuk dalam lift. Masa tu aku nak ke tingkat 7. Tiba tiba dalam perjalanan ke tingkat 7 tu, kat tingkat 4 ada satu brader masuk. Sebab dia pandang aku, dan aku pandang dia, aku pun senyum la kat dia.. punya la paisay.. dia buat muka toya je.. nasib baik la dalam lift tu cuma aku ngan dia je.. aku rasa macam nak terajang je muka dia masa tu.. kot ya pun kan.. senyum la balik kat aku.. aku bukan nak duit dia pun.. just reply je senyum aku.. hahaha..
 
Apa kemungkinan yang dia tak reply senyum aku..
 
1. Dia bad mood..
Orang laki pun ada bad mood jugak. Ingat orang pempuan je ke.. iye la.. kalau orang pempuan, time dia bad mood je, sure dia akan salahkan hormon dalam badan yang tak stabil .. (alasan biasa la kan..) kalau mintak MC pun selalunya guna alasan yang sama.. hehe.. tapi orang laki tak la sampai melibatkan hormon. Orang laki nie, kalau dia bad mood, ada 4 sebab je.. Pertama, sebab perempuan (kalau dah kahwin, sebab wife dia la.. kalau lom kahwin, sebab gf dia la.. ) kedua sebab duit.. semalam kan hujung bulan 1/4 terakhir bulan.. biasa la kan.. poket nipis.. ketiga sebab family.. kalau kat rumah anak buat hal.. wife lupa nak gosok baju, anak merengek masa nak bersiap nak g sekolah.. sure dia nie akan stress dan bad mood dan yang last sekali sebab kerja.. kena marah ngan bos pempuan, kawan sepejabat pinjam duit tak nak return balik, tapi boleh beli barang baru.. hahaha.. tu yang bad mood dia tu..
 
2. Dia tak nampak aku..
Ada sesetengah orang yang kadang dia tengok sesuatu tu.. contohnya tengok aku, tapi fikirannya bertempiaran tah ke mana mana tah.. so dia ni macam tengok kat kita.. tapi actually tak pun.. ada jugak dalam banyak kes, dia nie juling air.. ala.. juling yang sikit sikit tu.. so mata tengok arah kita, tapi yang dia nampak dinding ..
 
3. Aku bukan gurgle..
Masa tu aku mmg la pakai kemeja dan seluar jeans. iye la kan.. time keja.. g pulak kat bangunan kerajaan.. so kena la pakai sopan sikit semata mata nak menunjukan aku nie adalah lelaki tulen. Tapi rasanya kalau aku pakai yang menjolok mata, sure dia tengok aku atas bawah, dia dia senyum kat aku dulu..
 
4. Kot dia ingat aku ni gay..
Ada sesetengah orang terutamanya orang dari negara ketiga, yang kerja di Malaysia, bila jalan walaupun sama jantina, tapi diaorang suka pegang pegang tangan.. ala ala mesra gitu ekk. mungkin dia ingat aku nie wak indon agaknya.. muka pun ala ala orang orang kepulauan papua je.. hehehe.. nak senyum pun seram.. haha.. takut sangat aku gigit tengkuk dia macam kucing gendong anak dia.. haha
 
Actually, kalau kita balas senyum orang tak salah pun.. bukannya kita kena bayar pun.. just gerakan otot pipi dan bibir, untuk membolehkan bibir kita terherot dan menghasilkan senyuman.. ekk

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 : JDT Vs Pahang

Sekarang nie para peminat tegar bola sepak Malaysia tentunya mencari benda yang sama.. Apa dia?? Tiket la.. Actually tiket perlawanan boleh diperolehi secara online atau secara walk in.. Kalau nak walk in, boleh terus ke persatuan bola sepak negeri masing masing. Kalau nak beli online pun boleh.. lawati je http://www.tickethotline.com.my/ untuk beli. Tapi untuk online, cuma ada 10,000 pcs tiket je.. lebihnya, 70,000 pcs beli secara walk in..
 
Selamat membeli..
 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Kereta Untuk Disewa..
 
Call Shah
+60127437779
(Kota Masai, Johor)



 * Kia Pregio 2.7MT 
* VAN 
* 12 Seater 
* Year 2012 
*Price perday RM330 (Normal),

 
* Naza Citra 2.0AT 
* MPV 
* 8 Seater 
* Year 2008 
*Price perday RM230 (Normal),

* Proton Waja 1.6 AT 
* Sedan 
* 5 Seater 
* Year 2009 
*Price perday RM150 (Normal),
 
 
* Proton Waja 1.6 AT 
* Sedan 
* 5 Seater 
* Year 2003
*Price perday RM150 (Normal),
 
* Proton Savvy 1.2AT 
* Compact Car 
* 4 Seater 
* Year 2005 
*Price perday RM110 (Normal)
 
* Perodua Viva 660MT 
* Compact Car 
* 4 Seater 
* Year 2009  above
*Price perday RM110 (Normal),
 
* Perodua Myvi 1.5AT 
* Compact Car 
* 5 Seater 
* Year 2009 above
*Price perday RM130 (Normal),
 
* Proton Iswara  1.5MT 
* Normal Car 
* 5 Seater 
* Year 2005 
*Price perday RM100 (Normal),

 

Piala Malaysia 2014 : Keputusan Perlawanan Akhir Pahang Vs Johor Darul Tazim

Aku memang cukup kagum dengan situasi semasa bola sepak tempatan.  Terutama sekali dengan kebanjiran penonton dan penyokong tegar yang berpusu pusu ke stadium untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi menentang lawan masing masing. 

Antara pasukan yang mempunyai penyokong yang havoc adalah JDT, Pahang, Kelantan, dan Selangor. Yang lain tu, ramai jugak la.. cuma yang saya sebutkan tu adalah yang top. Kalau pasukan ini beraksi, sure full stadium. Mungkin kalau perlawanan biasa, tak penuh sangat la.. tapi bila cakap pasal separuh akhir atau perlawanan akhir, sure penuh.

Hal nie mengingatkan aku pada zaman aku sekolah dulu. Zaman Abas Saad, Ervin Boban, Elister Edward, Mickle Urukalo dan ramai lagi pemain yang berjaya menarik penyokong untuk datang ke stadium. 

OK. Tu cerita pasal penyokong la.. hehe. sebenarnya aku bukan nak cakap pasal penyokong.. Penyokong mmg tak boleh dinafikan la.. Aku nak cakap pasal pemain tempatan. Yang pada aku kurang menyerlah. Daripada barisan hadapan sampailah bahagian akhir, jaga gawang. 

Tak ramai pemain Malaysia yang berjaya memikat pasukan luar untuk beraksi dengan liga mereka. Kalau ada pun cuma beberapa permain saja. Tu pun masuk divisyen 3 atau yang seumpama dengannya. Masa zaman aku dulu pun sama jugak.. pemain tempatan tak ada pun yang dapat anugerah kasut emas.. yang dapat semua pemain import.. hehe.. so .. bukan nak cakap apa la kan.. kadang rasa macam kena main main je pun ada penyokong nie.. ye la kan. actually bukan menyokong apa sangat pun.. nak harapkan shafee sali? emm kejap je la main kat indon.. so.. macam mana? 

Kena tanya penyokong sekarang.. apa yang mereka mahukan.. pemainan yang menarik.. atau akhirnya .. pemain kita diiktiraf oleh pasukan lain dengan kebolehan mereka bermain lalu mereka bermain dengan pasukan luar.. atau just datang stadium tengok orang main bola.. yang tak ubah seperti orang hilang pertimbangan dek kerana sebiji bola bulat.. 
 
Iye la kan.. dah minat namanya kan.. Kalau kita perhati bebetul, macam apa je kan.. bersesak sesak, siap bawak anak kecik, pas tu terjerit jerit..terlompat lompat.. walhal tak dapat apa apa pun.. ada sorang member bagi tau.. dah la aku bayar tiket.. pas tu aku jugak la yang kena lompat macam monyet.. kena jerit jerit pulak tu... emm cam tak berbaloi je beli tiket ..
 
Nasib nasib la tu kan.. ok la.. berbalik pada mutu permainan pemain tempatan.. kitaorang dah ramai ramai g stadium, cuma la pertingkatkan mutu permainan.. jangan la jadi macam aku main kat kampong kampong dulu.. silap sikit je nak gaduh.. haha.. main macam apa je.. kecoh lebih.. memang bukan semua pemain la.. tapi yang sikit ni la yang merosakkan satu pasukan.. kalau kita nie pemain hebat tak apa la.. nie main pun suam suam kuku je.. kalau rasa tak boleh nak sabar dengan provokasi orang lain, baik cari keja yang lebih sesuai.. jadi gangster ke, tukang tarik kereta ke.. atau pemungut bil tertunggak.. tul kan..
 
OK. Nanti Final Piala Malaysia, Johor Darul Tazim Vs Pahang, sapa yang menang? Aku tak pilih mana mana.. tapi aku rasa Pahang akan menang.. :)

Thursday 23 October 2014

MH370 Vs MH17 : Media Mana Yang Kita Nak Rujuk

Peristiwa kehilangan kapal terbang MAS - MH370 nampaknya semangkin dilupakan. Kalau ikut logik, dengan kecanggihan satelit negara negara kuasa besar macam China, US, France, GB dan Rusia yang berlegar legar mengelilingi bumi, namun tak satu pun yang dapat mengesan kedudukan terakhir MH370 secara tepat. Paling akhir apabila satelit France yang mengesan cebisan yang saiznya agak besar di Lautan Hindi, tapi bila cari balik, tak jumpa pun.. Takkan la dalam banyak banyak satelit yang mengorbit kawasan tersebut, satu pun tak boleh capture kapal terbang tu kan.. hehe. lawak je bunyinya kan. 

Dan, masa kehilangan MH370, semua orang tidak digalakkan untuk mendengar berita daripada media US macam CNN malah BBC sekalipun. Sebabnya? Sebab laporan mereka dianggap berat sebelah dan lebih kepada andaian daripada fakta. Kan? Aku pun setuju sangat. Sebab banyak sangat andaian fiction dalam laporan berita. 

Tapi, lain sangat bila berlaku nahas MH17. Semua orang seakan menyokong dan mengiakan berita daripada US, Australia dan kawan kawan mereka.. Sedangkan, sepatutnya kita pun kena tengok jugak berita daripada sebelah Rusia.. 

Ada beberapa sebab, pertamanya kita memang biasa dengan bahasa Inggeris. Sejak zaman tuk nenek kita memang kita dah biasa dengan bahasa Inggeris. Tapi bahasa Rusia?? Sorang pun tak faham. Daripada pening pening kepala, baik tak payah baca. Sedangkan, dengan teknologi sekarang (Google Translate), kita boleh je kalau nak copy paste tulisan dalam berita dalam bahasa Rusia, terus direct translate ke bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sekalipun. Nak atau tak je.. 

Banyak berita yang dilaporkan oleh Malaysia news macam kurang tepat je.. dan bercanggah dengan apa yang media Rusia laporkan.. 

Rajin rajinkan la tengok Google Translate dan berita Rusia..

Monday 20 October 2014

Kawan : Apa Yang Aku Harapkan..

Aku tak tak tau nak letak tajuk apa kat atas tu.. tak apa la,, aku tulis je dulu.. nanti dah siap tulis, baru letak tajuknya kot.. 

Lebih kurang macam nie la.. sekarang nie kan banyak sosial communication platform kan.. iye la.. ada messenger la, whatapps la, beetalk la, wechat la, telegram la.. dan macam macam lagi la.. tu lom twitter dan yang seangkatan dengannya..So sapa yang senang guna whatapps, dia akan guna apps tu la.. dan seterusnya.. 

So, kebanyakan aps nie semua, boleh create group. So nak dijadikan cerita, ada la member sekolah invite join group. aku just join je la.. sebelum tu pun aku banyak kali masuk dan keluar group. kalau aku rasa tak sesuai dan banyak mengarut mengarut, aku exit dan delete group la.. nanti dua tiga minggu.. ada lagi group yang sama, invite lagi.. join lagi.. pas tu quit lagi.. 

actually banyak sebab aku quit. paling utama adalah sebab privacy. maksud aku, its ok utk menjalikan kembali persahabatan dengan member masa kat sekolah contohnya.. tak ada masalah pun.. tapi, ada sesetengah member, bila diaorang jumpa kita nie.. mereka nampak kita nie satu prospek yang paling dekat dan paling berpotensi.. bukan semua.. ada segelintir.. especially, yang ada business networking, buat takaful, buat mlm dan insurans.. 

pada aku, bila jumpa member lama nie, first yang kita nak ada adalah menjalinkan hubungan baik sesama kita.. tak ada udang disebalik batu.. tapi bagi mereka ini, mereka akan baik gila dengan kita.. pas tu. rupanya dia nak kita jadi downline la.. try produk diaorang la.. dan lain lain.. tak salah pun .. ok je.. tapi, mungkin niatnya dah menyimpang.. 

ala.. biasa kan terkena dengan member macam nie.. kita ingat dia excited sangat nak jumpa kita la.. haha.. ajak kuar minum bagai.. sekali, bila kita datang kat tempat yang kita dah janji utk minum tu.. sekali dia bawak gang da.. confirm kita dah terkono... hahaha

pas tu, apa lagi.. abis dia goreng kita  bagai.. 

tu yang kadang kadang rasa serik jugak tu.. bukan apa. kita nie niat ikhlas nak jumpa member member, tanya khabar.. dah ada berapa anak dll.. tapi member yang macam nie, dia tak kira tu semua.. janji sales masuk.. lepas kita dah join ngan dia.. lepas tu dah tak ada lagi nak baik baik dah.. haha.. biasa kan... senyum sorang sorang kenapa? kau pun terkono? hahaha

So nak letak tajuk apa nie.. dah banyak tulis pun tak tau nak letak tajuk apa lagi nie.. susah jugak ekk nak letak tajuk.. especially tajuk yang orang senang cari.. 

actually sama jugak ngan blogger blogger nie.. diaorang biasanya letak tajuk yang trending.. contohnya : keputusan perlawanan piala malaysia JDT 3 : Felda Utd 4. Walhal cerita kat dalam tu sikit je pasal bola.. yang lain tak ada kaitan pun dengan bola.. 

Next entry, aku nak tulis pasal jenis jenis kawan.. kawan masa kecik (sekolah tadika), kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan kat kolej / universiti, kawan kat tempat kerja, dan kawan kat kawasan kediaman.. 

Ha.. tajuk apa nie.. aduh.. susah nak letak tajuk nie.. tak apa la.. aku letak tajuk yang niche. jap aku tengok kat yahoo.com

 


Friday 17 October 2014

Attitude : Lebuhraya E22 Senai - Desaru

Setiap hari perjalan aku pergi kerja mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tengok jugak la kan.. kalau jalan jamm, ada kemalangan bagai.. memang  akan sampai lewat la.. Masuk keja sepatutnya kul 8am.. Tolak dengan perjalanan aku yang mengambil masa lebih kurang 45 minit, so maksudnya paling lewat aku kena gerak dari umah dalam kul 715 la..

Aku mandi dalam 10 minit.. buang sisa kumbahan dalam 5 minit.. dah 15 minit dah.. solat subuh 5 minit.. buatkan susu anak anak yang tiga orang tu.. pun dalam 5 minit.. so.. sepatutnya aku kena siapkan diri 655am dah kena pakai baju bagai.. pakai baju dalam 10 minit.. alamak.. baju tak gosok lagi... adusss.. tak apa.. pakai je T- shirt.. suar jeans ngan T-shirt.. ok la tu dah save 15 minit.. emm apa lagi ekk.. oo ye.. antar anak aku g sekolah dan taska.. dalam 20 minit.. alamak.. so aku kena siap kan semua dalam kul 620am..

Aku selalu kalau time tak keja, sure bangun awal.. rugi rasanya kalau hari tak keja tido je... dalam kul 6 atau 5 aku dah bangun.. time keja? malas sungguh aku nak bangun,. macam ada gam je kat bantal aku.. melekat je.. ke melekat dengan air liurbasi .. hehehe tett tett

Sebab tu la aku selalu sampai kilang lambat.. sebab aku selalu bangun dalam kul 630am.. kadang kadang lagi lewat.. tu belum bagi rabbit makan lagi.. bertambah tambah lambat la aku g keja.. haha.. nasib baik boss aku tak pernah sound.. tapi agaknya dia berbuku jugak tengok muka aku.. selalu aku sampai kilang, dia dah sampai dah.. haha.. kantoi.. actually malu jugak.. tapi nak buat macam mana  kan.. kang kalau aku tak dating terus pun tak boleh jugak.. ye dak.. so nak ke tak nak.. kena la datang.
walaupun lambat.

Pagi tadi aku lalu E22. Sehari sebelumnya aku dah topup T&G aku.. so pagi nie bila lalu kat tol, aku lalu la kat lorong T&G.. sekali.. ada kuar error "INVALID CARD" hampeh sungguh.. tak kan la kad aku rosak.. sure terminal nie yang rosak nie... dah tak pasal pasal aku kena reverse.. nasib baik tak banyak kenderaan.. peliknya tak letak sign apa apa pulak kat lorong tu..

So kena la aku lalu lorong tunai.. tapi guna T&G jugak la.. bila lalu kat situ, aku pun bagi tau la adik yang jaga kaunter tu.. selamba je dia jawab " Haah memang rosak" cis sungguh.. kalau dah tau rosak, jangan la bagi lampu kat situ color hijau... mengoren sungguh aku pagi tu.. tak apa apa je kan..

Ada sekali aku lalu kat highway tu. Dalam kul 9 malam macam tu la.. Masa tu dari Senai ke Pasir Gudang.. sekali dalam perjalanan tu terserempak dengan lembu kat tengah jalan.. pun aku bagi tau dengan adik yang jaga kaunter tu.. jawapannya pun sama.. hehehe.. serius nie .. aku tak tipu.. mungkin pada aku, lembu kat tengah jalan tu sangat bahaya kepada pengguna jalanraya.. juga bahaya pada lembu tu.. kot kena langgar nanti kan susah.. tapi pada diaorang, mungkin benda tu tak bahaya pun.. like toy kot.. hahaha..

Kalau kat kilang (manufacturing line), kita ada guna FMEA atau PFEMA Failure Mode and Effect Analysis. So apa apa yang kita rasakan akan mendatangkan impact pada masa akan datang, walaupun benda tu mungkin hanya Potential saja.. tapi kena amik action pada masa sekarang.. to prevent from happened. Budak budak kat E22 tu pun kena attend dan implement course nie agaknya.. hahaha

Monday 13 October 2014

Demam Denggi : Bahaya Ke?

Sambung balik menegenai demam denggi. Semua orang tahu yang demam denggi ni berpunca dari nyamuk Ades. Yang ada belang kat body sexy dia tu.. Belang color hitam dan putih. Tak ubah macam color baju banduan dalam cerita katun masa kecik kecik dulu.

Kalau nak ikutkan, demam denggi nie memang bahaya. Kuman denggi nie akan masuk join sama dengan darah dan akan melepaskan racun (toksid) dan akan menyebabkan platlet darah menjadi rendah. Pada masa sekarang nie, kadar normal 150 hingga 400. Dan seseorang yang dijangkiti dengan kuman denggi nie, kalau tahap kritikal adalah pada paras 20.

Semalam allhamdulillah wife aku dah discharge dari KPJ. Risau gila. Cuma risau aku dia tak tak tau la.. anak anak pun tak tau yang aku risau. Kalau diaorang tengok aku risau, sure diaorang lagi down.. especially Uzma. Baru cakap sikit dah nak nangis.. gembeng..

Hari pertama masuk KPJ, blood platelet ok lagi .. dalam 96 macam tu.. tu pun jenuh nak cek.. sebab wife aku kan kulitnya tebal.. so champion nurse dan dr kat situ try amik darah, semua tak dapat dapat.. sian dia,, semua tempat kena try cucuk.. sampai kat jari dan kaki pun dia try amik darah jugak..

Masuk hari kedua kat KJP, platelet turun jadi 80 je.. hari kedua kat hospital mean, hari ke 3 demam.. masuk hari ke 3, blood platelet semakin turun jadi 40 je.. dan hari ke 5 paling mengejutkan bila platelet tinggal 22 je.. masa tu dr cakap mungkin ada error sebab mungkin darah jadi beku dan reading mungkin tak accurate. Petang tu test sekali lagi, pun readingnya sama jugak.. so meaning, bacaan pagi adalah accurate la.. suhu badan masa tu still tinggi lagi.. lebih kurang 38.7 sampai 39.. suhu orang demam.

Apa yang aku boleh buat adalah. tawakal. at the same time, aku jugak ada baca blog orang lain yang saudara mara dia kena denggi jugak.. ada yang suggest minum jus daun betik, minum sup ketam, minum jus buah jambu, minum jus kiwi dan macam macam lagi.. ada satu website jual ubat jinliyuan.. dia nie jual tablet utk kita bancuh dengan air dan minum..

Cuma dua benda je yang saya try, pertama tablet jinliyuan tu dan yang kedua jus daun betik. Yang daun betik ni mmg susah nak cari.. ye la kan, duduk taman perumahan mana nak cari daun betik kan.. so, terpaksa la cari kat kampong sebelah.. nasib baik jumpa.. bila dapat je daun betik tu, aku sejam untuk memastikan getahnya hilang dan blend dengan air yang minimum.. campur sedikit gula bagi hilang rasa pahit.. hehe

bila dah siap blend apa semua, dapat la dalam setengah botol air mineral (75ml). Risau jugak aku, kot aku bagi kat wife aku, terus sakit perut ke apa.. so aku dengan rasa tanggungjawab, merasa dulu ramuan yang aku buat tu.. perghhhhh rasanya memang pahit gila.. ada la dua teguk aku rasa... tapi memang pahit.. dua tiga jam la jugak pahitnya tak hilang..

yang kedua nie, just tablet.. senang sikit nak makan, tapi aku Tanya banyak kali jugak pada supplier ubat tu.. cara nak makan apa semua.. kalau ikut normal situation, tablet nie kena campur dengan 5 liter air masak.. then minum macam biasa.. kalau dah biasa minum, boleh jadikan satu tablet 1 liter air..

untuk orang yang sakit denggi nie, cara makannya lain pulak.. kena makan satu biji dan minum dua gelas air suam dengan segera. pas tu setengah jam sekali kena minum air segelas.. bila dah dua jam.. kena makan sebiji lagi.. sampai la, kita test darah kita dan blood platelet naik.. so kita dah boleh stop makan tablet tu..

yang nie tak seksa sangat.. cuma seksanya sebab banyak minum air la..

Ok. yang jus daun betik tu, wife aku mmg susah nak telan la.. sebab pahit gila.. dapat la dia minum dua tiga teguk.. pas tu nak termuntah.. haha.. seksa aku tengok.. tapi sebelum tu dia tak tau yang aku pun dah test jugak.. hehe..

yang tablet tu.. pagi dia start makan.. ok je nak telan tablet tu.. cuma tu la.. banyak minum air sampai sebu perutnya.. sian dia...

bila petang, allhamdulillah, platlet dah naik balik jadi 30.. still tak ok lagi sebenarnya, cuma tu la kan.. atleast trendnya adalah menaik.. bukan macam hari hari yang sebelumnya.. syukur sangat..

Hari ke lima, demam dah kebah.. platelet tak naik sangat.. baru dapat 35 je.. kawan dia, dengan baik hati telah memberikan sup ketam. geram je aku tengok ketam tu.. pakkal la aku ni ada alahan dengan benda benda ni semua.. grrrrr

Esoknya, bila hari ke enam, pagi pagi lagi nurse dah amik darah... syukur sangat bila dapat tahu platelet dah naik jadi 90.. banyak gila.. mungkin sebab sup ketam tu kot.. allhamdulillah.. tapi sup ketam tu mmg Nampak sedap.. hahaha. TQ farah dan azhar ngan anak dia Imran..

So, semalam secara rasminya wife aku discharge dari KPJ. Tq juga pada dr yang merawat dan nurse kat sana.. so far, kalau compare KPJ nie dengan lain lain hospital swasta yang aku pegi, ni adalah antara yang baik.. aku bagi 3 bintang..

apa pegajaran daripada semua ini? nanti aku akan listkan pengajaran yang aku dapat.. semua benda yang berlaku mmg ada hikmah.. kita yang Nampak atau buat buat tak Nampak je..




Wednesday 8 October 2014

Nyamuk Tiruk : Bahaya Demam Denggi

Semalam aku cuti. Emergency leave. Wife aku demam. Sehari sebelum tu kat tangan dia macam ada merah merah. Aku tanya dia, apa last sekali yang dia makan sebelum kena macam tu. Dia kata, makan pau masa lunch tengahari.. konon nak diet la tu.. hehe.. so aku suspect, kandungan pau tu sendiri menyebabkan tangan dia jadi merah merah..

Pagi semalam, masa bangun tido, aku tengok merah merah kat tangan dia dah merebak kat tempat lain pulak.. ada sampai kat belakang badan, kaki dan lain lain.. tah macam mana boleh terfikir tentang denggi. Sebab pagi tu pun badan dia panas jugak.. so, aku takut dia kena denggi.. pagi semalam bawak ke klinik kat Air Biru Pasir Gudang.. Buat test semua, confirm kena denggi. Terus kena refer ke KPJ Pasir Gudang.

Dr buat test sekali lagi.. mmg confirm kena denggi. Cuma, merah merah kat tangan dan lain lain anggota tu bukan sebab dan tanda tanda denggi la.. alahan kata doctor.. So, apa yang aku cakap sebelum nie mmg betul la.. hehehe..

Tadi masa aku duduk kejap, sempat aku cari tentang demam denggi nie.. Rupanya ada dua jenis denggi nie.. Satu denggi biasa (orang perubatan panggil denggi klasikal) dan satu lagi adalah demam denggi berdarah.

Kalau demam denggi biasa nie, pesakit akan menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'. Sebabnya, dia akan rasa kat tulang tulang kita. Even, kalau kita sentuh permukaan tangan kita dengan lembut sekalipun, akan terasa sakit gila..

Demam denggi berdarah pulak, Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'. Walaupun kebanyakan yang kena denggi berdarah nie adalah kanak kanak, tapi orang dewasa juga terdedah kepada risiko yang sama. Antara puncanya adalah, antibody yang rendah atau lemah.

Kan selalu kalau kita demam, atau batuk ke apa ke, kita rajin makan atau minum antibiotic kan.. sebenarnya kurang elok.. sebab dalam dia membunuh bakteria yang jahat, dia akan membunuh bakteria yang baik jugak.. so, kalau nak bagus, jangan makan antibiotic, biarkan je bakteria baik lawan dengan bakteria jahat...

Boring gila sebenarnya kalau orang yang hari hari tido dengan kita, tiba tiba satu malam tu kita tido ngan anak anak je... rindu gila kat orang umah aku... doakan dia cepat sembuh.. amin...

Tuesday 7 October 2014

Salam.. Sekali lagi..

Salam.. Actually blog nie aku copy dari blog aku yang satu lagi.. Content memang semua sama.. tak ada yang aku ubah.. Aku rasa aku kena lebih jujur dalam bidang penulisan.. bukan setakat bacaan aku saja.. juga kepada orang yang suka membaca tulisan aku nie.

Kepada yang suka, allhamdulillah.. yang tak berapa nak berkenan tu, sila beri teguran. Aku lahir bulan June.. memang aku suka kalau orang tegur aku.. aku anggap sapa yang tegur aku, tak kisah apa niatnya, yang penting aku akan terima dari sudut positif.

Tegur aku kat luar pun tak apa.. aku ok je.. kalau ada yang kenal, apa salahnya tegur kan. Tak kenal pun boleh tegur...

Emm.. balik pasal blog nie,.. konsepnya sama.. apa idea yang aku ada, aku tulis.. lebih santai sikit mungkin.. tapi gambar mmg kurang la ehh.. cam biasa.. tu trade mark aku.. hehe

Aku bukan tak ada bahan gambar.. even kat dalam internet berlambak gambar yang sesuai dan yang tak sesuai untuk aku copy paste.. tapi.. tak best la kan macam tu.. kalau kita tak ada, buat cara yang kita tak ada.. kalau kita ada buat sederhana je... kan..

Ok..

Wednesday 1 October 2014

Harga Minyak Naik Lagi : Implikasi Terhadap Benda Lain

Malam tadi, sama macam malam malam yang saya pernah lalui sebelum ini (semasa kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga petrol), semua petrol kisok penuh dengan pengguna yang berlumba lumba mengisi petrol sampai ke tahap melimpah .. kira dah penuh habis la tu.. Walhal, kalau kita amati, setangki minyak (full) dengan anggaran kapasiti 50 liter hanya mampu bertahan sejauh 400km hingga 480km.. (ambil contoh Proton Waja 1.6AT yang selalu saya gunakan untuk ulang alik kerja). Penjimatan yang diperolehi hasil berbaris panjang malam tadi adalah lebih kurang RM10. Dan hanya mempu bertahan beberapa hari saja.. 

Saya tidak melihat fenomena kenaikan harga petrol dan disel hanya setakat kenaikan saja.. Tapi, perlu dilihat secara meluas.. Kali ini, kenaikan harga petrol adalah 9.52% iaitu daripada RM2.1 seliter kepada RM2.3 seliter. Perlu diingat, boleh dikatakan bahawa petrol merupakan bahan utama dalam sebahagian besar perkara yang melibatkan pengangkutan. Dan supply chain memerlukan pengangkutan. Oleh yang demikian, apa apa saja yang melibatkan pengangkutan secara tidak langsung akan menerima kesan. 

Jika dulu, beras yang dibawa dari Kedah ke Johor, kos minyaknya adalah RM700.. so bila harga disel naik, 9.5%, kos pengangkutan untuk membawa beras dari Kedah juga naik sebanyak itu juga. Bolehkah pengusaha lori tersebut menyerap semua kenaikan tersebut. Sori beb, memang tak boleh. So, dia akan salurkan pada tuan punya beras dan mereka akan mengenakan caj kenaikan dengan menaikan harga beras dan last sekali, kita la yang akan merasai kenaikan harga tersebut.. 

Sama juga macam barang barang lain.. asal saja menggunakan petrol dan disel untuk pengangkutan.. Hinggakan kedai mamak pun terkena tempias. Orang cakap, agak buat roti canai kena campur petrol ke..?? Memang la idok.. tapi tepung dari KL nak kena bawak ke Johor, semua perlukan pengangkutan. Pengguna akhir seperti kita, pun akan merasainya.. harga roti canai naik, harga susu naik.. semua naik.. yang turun cuma air hujan je la.. 

Sebenarnya penjimatan yang kerajaan perolehi dengan mengurangkan subsidi tidaklah sebanyak mana jika kita bandingkan dengan kos tambahan yang rakyat terpaksa tanggung, bukan sahaja rakyat, tetapi sistem ekonomi keseluruhannya merasai beban tersebut. 

Secara tidak langsung, senang cerita, duit kita bukan menyusut sebanyak 9.52% tetapi lebih banyak dari itu. Tak caya? Ok.. kalau hari ini kita ada RM1000 untuk perbelanjaan kita dan keluarga setiap hari. Perbelanjaan untuk petrol saja sudah menyumbang kesusutan sebanyak 9.52%. Rasanya barang dapur turun harga tak ehh? Sure tak punya kan.. pun sama naik .. dalam 5% mcam tu. Barang barang untuk keperluan anak sekolah pun turun harga ke? Pun sama.. tak akan turun.. menyusut dalam 5%. Makanan kat kedai pun sama turun ke? Confirm tak ... mungkin harga sama, tapi kuantiti berbeza.. Secara keseluruhannya duit kita menyusut sebanyak 10 ~ 20%. Walaupun gaji meningkat sebanyak 10% sekalipun, tapi sebenarnya kuasa beli kita menyusut.. 

Jadi, nak buat apa? Hadapi je la.. selagi mampu.. kalau tak mampu, nanti bila kita pencen, duit banyak dalam EPF dan boleh keluarkan semua, cari negara yang kos hidup rendah, kita ramai ramai pindah sana... haha..

Just tulis je.. sebenarnya inilah reality kehidupan.. rakyat yang memilih wakilnya, tetapi ini la yang rakyat akan dapat semula.. demokrasi.. kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk raykat.. huhu

Saya tak meminta untuk kerajaan yang sedia ada ditukar, tapi, kerajaan perlu mendengar keluhan dan kesusahan rakyat.. harapkan penasihat, sure dia akan cakap benda yang baik baik saja.

Paling penting, kerajaan perlua mendengar suara rakyat.. hidup bukan untuk syok sendiri je... tul kan... 

 

Perkhidmatan Sewa Kereta Johor : Call +60127437779 Shah

 * Kia Pregio 2.7MT 
* VAN 
* 12 Seater 
* Year 2012 
*Price perday RM350 (Normal),
*Price perday RM330 (2 days above)
*Price perday RM300 (3 days above)

* Naza Citra 2.0AT 
* MPV 
* 8 Seater 
* Year 2008 
*Price perday RM250 (Normal),
*Price perday RM230 (2 days above)
*Price perday RM200 (3 days above)

* Proton Waja 1.6 AT CPS
* Sedan 
* 5 Seater 
* Year 2009 
*Price perday RM160 (Normal),
*Price perday RM150 (2 days above)
*Price perday RM140 (3 days above)
 
 
* Proton Waja 1.6 AT Mitsubishi
* Sedan 
* 5 Seater 
* Year 2003
*Price perday RM150 (Normal),
*Price perday RM140 (2 days above)
*Price perday RM130 (3 days above)
 
* Proton Savvy 1.2AT 
* Compact Car 
* 4 Seater 
* Year 2005 
*Price perday RM120 (Normal),
*Price perday RM110 (2 days above)
*Price perday RM100 (3 days above)

* Perodua Viva 660MT 
* Compact Car 
* 4 Seater 
* Year 2009  above
*Price perday RM110 (Normal),
*Price perday RM90 (2 days above)

* Perodua Myvi 1.5AT 
* Compact Car 
* 5 Seater 
* Year 2009 above
*Price perday RM140 (Normal),
*Price perday RM130 (2 days above)
*Price perday RM120 (3 days above)

* Proton Iswara  1.5MT 
* Normal Car 
* 5 Seater 
* Year 2005 
*Price perday RM120 (Normal),
*Price perday RM110 (2 days above)
*Price perday RM90 (3 days above)