Tuesday 3 February 2015

Apa Yang Biasanya Setiap Company Akan Buat Bila Hari Bonus Hampir Tiba

Bonus / durian runtuh atau apa apa nama lain yang sama waktu dengannya.. Setiap orang yang menjadi "pekerja" dalam sesebuah organisasi biasanya sangat mengimpikan dengan pekara yang sama- bonus setiap tahun. Disamping gaji tetap yang diterima setiap bulan, kalau ada bonus, memang bagus sekali. Sekurang kurangnya dapat jugak enjoy sikit. Iye la kan.. apa kan tidak, biasanya gaji setiap bulan akan digunakan untuk bulan tersebut. Senang kata, duit gaji yang diperolehi setiap bulan memang cuma diperuntukan untuk belanja bulan tersebut je.. so, mana nak cekau kalau anak anak mintak something yang lain dari keperluan setia bulan.. tunggu bonus la.. atau 13th month pay.. 

Tapi, banyak company sekarang nie yang kurang memberi bonus kepada pekerja.. bukan tak ada untung pun.. cuma liat nak bagi pada pekerja.. tu dah memang jadi tabiat employer / majikan. Kononnya, kalau beri bonus, so company akan rugi la.. 

Setakat nie, aku dah keja dengan beberapa company. 99% daripadanya adalah kilang. Nak tahu pekerjaan aku sebelum ni,, klik kat sini... 

Actually, kalau dikalangan pembaca blog nie adalah pekerja kilang, atat tak kisah la kerja apa pun.. tapi bukan senang kita nak dapat bonus.. banyak dugaan yang terpaksa ditempuh dan dilalui.. Berikut adalah antara beberapa cabaran yang dipaksa tempuhi..

1] memperkenalkan undang undang baru yang pelik - Antara undang undang yang pelik yang biasanya pihak majikan buat adalah yang berkaitan dengan kedatangan, lewat kehadiran dan sebagainya.. Contohnya, kalau datang lambat 1 minit, pihak syarikat akan tolak 15 minit + kalau datang lambat selama 3 kali berturut turut, tiada kenaikan gaji pada tahun tersebut.. hehe mau tak kecut perut pekerja dibuatnya..

2] Menguatkuasakan undang undang yang sedia ada, tapi dah lama tak implement - antara contohnya adalah keluar waktu rehat, mesti punch card.. kalau tak.. tak dapat bonus.. hehe

3] Memberi kerja lebih kepada pekerja - biasanya kalau awal tahun nie, adalah masa yang sesuai untuk delegate kerja pada pekerja.. bagi tugasan itu bagi tugasan ini.. tapi biasanya tugasan nie just nak bagi meriah awal tahun je.. masuk bulan march, dah senyap balik... 

4] Meminta idea daripada pekerja untuk mengurangkan kos - mungkin sebab dah rasa nak bagi pekerja banyak bonus tahun tersebut, biasanya mereka (majikan) minta pekerja bagi idea macam mana nak kurangkan kos setiap bulan.. yang kononnya majikan tanggung selama nie tak dapat nak bagi bonus yang lebih.. bila pekerja bagi idea, company buat untung, tahun depan akan berlaku perkara yang sama jugak..

5] Company cakap, tahun nie kurang untung - walaupun kurang untung, tapi syarikat macam nie biasanya akan beli banyak aset macam mesin, bangunan, kereta dan kenderaan baru atas nama syarikat. sebenarnya bukan tak untung pun, tapi bagi mengelakan cukai, majikan biasanya akan beli aset supaya bila closing account, akan nampak par atau rugi je.. kalau untung pun, kira ada la sikit.. walhal.. bagi orang yang duduk bahagain management, tau la kita berapa banyak untung yang company buat... 

Tu la antara lain yang company akan buat .. tul tak ehhh






No comments:

Post a Comment