Thursday, 23 August 2012

Proton Edar, Proton dan Inspira, Persona, Gen2, Savvy, Saga dan lain-lain (Bhgn 1)

Sepintas lalu mengenai Proton (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Sejak itu, proton terus mengeluarkan pelbagai jenis kenderaan termasuklah kereta dan MPV.

Wednesday, 22 August 2012

Cara Lain Mengambil Hati Mertua

Selama ini aku hanya membaca didalam buku-buku atau majalah mengenai tips yang boleh digunakan untuk mengambil hati mertua. Aku pun tak tahu keberkesanan tips yang selama ini aku baca.

Kisahnya bermula macam nie. Masa bulan puasa hari tu, aku, isteri dan anak-anak telah balik kekampung sebelah wife. Memang menjadi rutin setiap bulan, insyallah kami akan balik sekurang-kurangnya sekali ke rumah mertua, dan sekali ke rumah mak ayah aku. Tapi kadang-kadang pun ada terlepas jugak la.. cuma jarang-jarang.

Mertua aku, adalah seorang yang pandai membuat kuih.. tak kira apa jenis kuih. Kalau ada orang order je, sure dia akan buat. Walaupun aku rasa, kadang-kadang dia pun tak berapa mahir utk buat kuih tu.. Iye la kan.. dah orang percaya dia boleh buat, so dia buat jugak la.. walaupun dia cakap kat customer yang dia tak reti buat kuih tu, sure customer dia tak percaya.. mati-mati customer tu ingat dia pandai buat semua kuih.. hehe

So bila aku balik, aku pun tanya la kat dia.. sambil borak-borak kat dapur. Aku tanya, tahun nie tak ada kuih bahulu (bahulu kecik) ke? Dia kata, ada orang order, cuma dia yang tolak, sebab leceh nak buat bahulu nie.. prosesnya banyak. Nak kena jemur tepung bagi kering, nak kena pukul tepung sampai tepu, (mak aku kata pukul sampai jadi tepung.. padahal sebenarnya bukan tepung.. tapi TEPU .. hehe).. So mak mertua aku decide tak nak buat bahulu...

Rupa-rupanya dalam diam-diam dia tanya wife aku, aku suka makan bahulu ke? Wife aku pun mengiyakan je la.. So peristiwa tu berlalu beberapa minggu..

Bila balik raya hari tu.. aku tengok kat dapur, ada kuih bahulu. Dalam hati aku, mesti kuih bahulu nie dia buat untuk aku nie.. hehe.. Sebab aku dah tahu apa yang berlaku, malam tu lepas berbuka puasa.. aku amik dua tiga ketul bahulu tadi dan cecahkan air... dan aku tahu mertua aku nampak apa yang aku buat... sure dia bangga sebab bahulu yang dia buat tu, aku suka..

Bila balik semula ke rumah, mereka belakkan aku satu tupperware besar bahulu.. Ah .. sudah.. bila masa pulak aku nak abiskan nie.. pening-pening...

Tapi apa yang aku belajar.. sebenarnya manusia nie memamg suka kena puji.. lebih-lebih lagi perempuan.. kalau kena puji .. suka sangat... so aku cadangkan, kalau ada sesapa yang tak ngam ngan mertua atau mak ayah mereka, cuba tengok atau fikirkan apa yang mereka suka.. so dari situ kita boleh manipulate perkara yang dia suka.. dalam kes mertua aku, dia suka buat kuih.. so kita puji dia punya kuih.. ataupun kita belikan dia mesin penguli tepung.. dan macam-macam lagi la...

selamat mencuba...


Saturday, 14 July 2012

Nukilan Seorang Suami.... (seperti yang diceritakan oleh seorang kawan rapat kepada saya)...

Assalamualaikum, saya adalah seorang suami yang telah dicurangi oleh isteri. Pada bulan ramadan lalu saya ada melakukan sembahyang hajat dan saya minta petunjuk dari Allah jika isteri saya ada membuat sesuatu yang tidak baik dibelakang saya tunjukkkanlah kepada saya. Dua bulan selepas itu iaitu oktober 2010 saya terbaca sms isteri saya dari seorang lelaki. Isteri saya mengaku dia ada hubungan dan sayangkan lelaki itu. Kami bergaduh besar dan hampir2 nak bercerai.. .

Setelah berfikir dan setelah isteri saya bersumpah dengan al-quran saya bagi peluang pada dia. Bagaimanapun, 5 bln selepas itu iaitu mac 2011 saya dapat tahu sebenarnya isteri saya masih berhubung dengan lelaki itu. Apabila saya minta penjelasan dari isteri dia beritahu dia tak boleh nak tinggalkan lelaki itu immediately dan tgh mencuba utk tinggalkan lelaki itu secara perlahan-lahan. Sepanjang tempoh 5 bulan ini juga saya byk buat sembahyang hajat mungkin sebab tu Allah bagi petunjuk kat saya yg isteri sy msh menipu saya. Kami bergaduh besar lagi dan

Saya ada call lelaki itu dan dia kata dia dah tinggalkan isteri saya tp suami sy msh cari dia.

Masalahnya walaupun isteri saya sanggup beersumpah dengan al-quran dan bersumpah jika kali ini dia msh berhubung dgn lelaki itu sesuatu yg buruk akan berlaku kepada emaknya tetapi saya sudah tidak percaya lagi pada dia. hati saya menjadi tawar dan kadangkala ada perasaan benci dalam hati saya pada isteri. Memang isteri cuba buat macam2 utk pulihkan keadaan tetapi bagi saya ianya hanyalah sebuah lakonan. Ini kerana dari bulan oktober hingga mac dia juga buat macam2 nak perbaiki hubungan kami tetapi dalam diam dia msh berhung dengan lelaki itu. Saya tidak dapat menerima hakikat isteri saya menikam saya dari belakang dan tiada rasa kasihan pada saya.

Saya pohon pandangan pembaca disini bagaimana utk saya kembali meyayangi isteri sepenuh hati dan percaya padanya dan mcmana nak buang rasa benci ini. Ini kerana jauh di sudut hati saya saya masih meyayangi perkahwinan saya dan anak saya. Pandangan dari semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Meraih Keberkatan Dalam Kehidupan


Raihlah keberkatan hidup disisi Allah SWT kerana hidup berkat akan sentiasa bercukupan dan kecukupan itu akan memperoleh keberkatan. Justeru itu kita selalu berdoa dan meminta orang lain mendoakan kita agar segala sesuatu yang kita miliki dan kita usahakan memperolehi keberkatan dari Allah SWT. Dalam masyarakat kata “berkat”, “berkah”, atau “barakah” sudah tidak asing lagi. Kata barakah berasal dari bahasa Arab yang bererti tumbuh, berkembang, tetapnya sesuatu, kemudian ia bercabang, dan satu sama lain saling berdekatan. Secara terminologi kata berkah bererti “kebaikan yang bersumber dari Allah SWT yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana mestinya”.

Pasrah Kepada Allah Sudahkah kita merasai keberkatan itu? Ramai orang yang meninggal dunia dalam keadaan kerugian sebelum tercapainya cita-cita yang diimpikan, tidak sempat untuk beramal kerana sibuk mengejar harta. Gemerlap dunia ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimiliki. Orang yang tidak pernah puas maka ia tidak akan pernah bahagia. Hidupnya menjadi tidak barakah disisi Allah SWT dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimiliki maka Allah SWT memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

“Barangsiapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, niscaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (HR. Ahmad). Menurut Ath-Thabathaba’i, kebaikan yang bersumber dari Allah SAW itu muncul tanpa diduga dan tidak terhitung dalam sepanjang kehidupan, baik yang bersifat kebendaan mahupun berbentuk kerohanian.

Keberkatan yang bersifat kebendaan itu akan bermuara juga kepada keberkatan dalam ketinggian kualiti spiritual dalam kehidupan yang mencintai akhirat. Mulianya hidup tatkala kehidupan sentiasa diberkati Allah SWT. Bila hidup kita diberkati Allah SWT, kehidupan akan selalu merasa cukup dan bila kita merasa berkecukupan maka kita memperoleh keberkatan. “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas kurnia-NYa lagi Maha Tinggi, akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Barangsiapa yang redha dengan pemberian Allah maka Allah akan memberkahi dan melapangkan rezeki untuknya dan barangsiapa yang tidak redha niscaya rezekinya tidak diberkahi.” (HR. Ahmad).

Kunci Keberkatan Untuk meraih keberkatan dalam kehidupan, ada dua tuntutan syarat yang perlu kita laksanakan. Firman Allah SWT: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (Al-A’raf:96).

Pertamanya, beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang dikutip di dalam surah Al-A’raf, ayat 96. Ayat ini menunjukkan balasan Allah SWT bagi hamba-hamba-Nya yang beriman, yakni keberkatan dari langit dan bumi. Sebaliknya, ayat tersebut juga sekaligus menjadi penjelas bahawa orang yang kufur kepada Allah SWT, niscaya tidak akan pernah merasakan keberkatan dalam hidup. Justeru bagi membina iman, kita perlu mentarbiyah hati kita dengan tarbiyah imaniyah. Bersihkan hati kita dari sebarang dosa dan noda. Bersihkan hati kita dari karat-karat jahiliyah yang akan menghitamkan hati kita lalu menjadi penghalang kepada hadirnya hidayah, petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. Hati yang bersih akan menumbuhkan keimanan yang sebenar terhadap Allah SWT. Kedua, amal soleh.

Yang dimaksud dengan amal soleh ialah menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya sesuai dengan syariat yang diajarkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT: “Demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah “(Al-Lail:1-7). Iman dan Amal Soleh Inilah hakikat kepentingan memiliki ketakwaan dan melaksanakan amal soleh yang menjadi prasyarat datangnya keberkatan sebagaimana ditegaskan Allah SWT di dalam Al Quran. Setelah kita berusaha untuk memenuhi prasyarat tersebut, maka berserahlah kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Allah SWT juga menceritakan di dalam Al-Quran tentang Ahlul Kitab yang hidup pada zaman Nabi SAW, Allah SWT berfirman: “Dan sekiranya mereka benar-benar menjalankan Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka, niscaya mereka akan mendapatkan makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka…” (Al-Ma’idah: 66).
Para ulama tafsir menjelaskan, yang dimaksud dengan “mendapatkan makanan dari atas dan dari bawah kaki”, ialah Allah SWT melimpahkan kepada mereka rezeki yang sangat banyak dari langit dan dari bumi, sehingga mereka akan mendapatkan kecukupan dan pelbagai kebaikan tanpa susah payah, letih, lesu, dan tanpa adanya tentangan atau pelbagai permasalahan yang mengganggu ketenteraman hidup mereka (Tafsir Ibnu Katsir, 2/76).

Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di, “Sekiranya mereka melaksanakan perintah-perintah Allah, menjauhi larangan-larangan-Nya, seperti yang dianjurkan dan diperintahkan oleh Allah, dan termasuk perlaksanaannya adalah beriman kepada apa yang diserukan oleh Taurat dan Injil untuk beriman kepada Muhammad s.a.w. dan kepada al-Quran, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Yakni, Allah akan melimpahkan rezeki kepada mereka, langit dijadikan menurunkan hujan, bumi pula menumbuhkan tanaman.” (Rujuk: Tafsir as-Sa’di, jil. 2, m/s. 378-379)

Al-Quran Sumber Keberkatan Semoga kita meraih keberkatan di sepanjang kehidupan kita. Tidak ada cara yang terbaik untuk kita beroleh keberkatan melainkan kita sentiasa merujuk kepada panduan terlengkap yang Allah SWT telah bekalkan kepada kita melalui Al Quran yang menajdi sumber keberkatan. Firman Allah SWT: “Dan Al-Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya? (Al Anbiyaa’:50) “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad:29). Kini kunci meraih keberkatan dalan kehidupan telah terbongkar. Al Quran memandu kita agar berbekal dengan iman, taqwa dan amal soleh, insyaAllah kita akan meraih keberkatan. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (An-Nahl:9)

Friday, 13 July 2012

Keberkatan Hidup..

1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.
2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.
3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT mengurangkan keberkatan tanahnya.
4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.
5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.

Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2, M/S: 459.
Skandal seringkali menjadi penyebab utama rosaknya pernikahan dan hubungan suami isteri. Padahal saling percaya menjadi salah satu komponen yang paling kuat dalam percintaan. Sekali kepercayaan dikhianati, pasti sukar untuk kembali menggugat cinta seperti sedia kala.
Maka dari itu, sangat penting untuk saling menjaga rasa percaya antara Anda dan pasangan. Tapi bagaimanapun juga, manusia kadang tak dapat lari dari melakukan kesalahan, dan kemungkinan Anda atau pasangan menjalin skandal tetap ada.

Membuka hati setelah disakiti memang tidak mudah. Karena itu pelajari langkah berikut agar Anda bersedia menjalin hubungan semula dengan situasi dan membuka lembaran baru dalam hidup.

Simpati
Sedari bahwa semua orang bisa menyakiti Anda, termasuk orang terdekat. Fikirkan bahwa Anda juga pernah menyakiti seseorang, dan Anda akhirnya menyesal bukan? Begitulah orang lain, mereka tidak bermaksud benar-benar menyakiti Anda dan akhirnya menyesal pula.

Bersedia dengan Yang Terburuk
Anda harus mempersiapkan diri untuk yang terburuk sama besarnya dengan yang terbaik. Jangan mengira jika Anda sudah kenal baik maka orang itu tidak akan menyakiti Anda. Manusia selalu membuat kesalahan.

Kendalikan Diri
Saat Anda disakiti, cuba untuk tidak terlalu reaktif dengan memikirkan kemungkinan ini bukan soal Anda. Seseorang menyakiti bukan karena ingin menyerang Anda secara personal, tapi ada faktor lain, dan Anda terkena imbas.

Belajar Menetapkan Batasan
Batasan dalam hidup membuat Anda lebih mengenal diri sendiri. Jadi Anda faham sampai mana batas kesabaran, seperti apa Anda ingin diperlakukan, perilaku apa yang menyakiti Anda, yang nantinya berguna untuk mengendalikan diri.

Percaya Diri
Sedari bahawa yang paling dapat menolong adalah diri Anda sendiri. Jika orang terdekat menyakiti, siapa yang paling bisa harapkan jika bukan diri sendiri. Belajarlah untuk percaya pada kekuatan diri.

Dapat Dipercayai
Jadilah orang yang menyenangkan, dapat dipercaya, jujur, tidak peduli apapun situasinya. Menjaga komitmen, dan menghormati privasi.

Menguatkan Kemampuan Komunikasi
Kunci hubungan adalah komunikasi. Kerena itu pelajari teknik berkomunikasi agar hubungan Anda terjaga. Belajar menyampaikan pesan dengan halus, tenang, tapi tegas dan tandas.

Pelajari bila Anda dapat berbicara, bagaimana mengajak orang terdekat bicara terbuka pada kita, dan membuat orang mendengarkan kita.

Kadang-kadang sebagai manusia, kita memang sangat sukar untuk melupakan perkara buruk yang pernah berlaku pada kita.. sukar.. memang sukar. aku sendiri pernah mengalami.. memang selalu menghantui diri.. susah memang susah.. kadang-kadang dalam hati, aku cuba memaafkan dan melupakan apa yang

 

Wednesday, 18 April 2012

Pelaburan Terbaik.. Dimana Hendak Melabur?

Have some cash to invest? Three experts were asked what would be the best way to invest RM50,000 and below are their responses.

First of all, we need to know what is the purpose of the savings? Is it for short-term use? Medium or long-term usage?

Our money should be allocated into three portions: liquidity, profit and security. Usually, money in the liquidity portion is meant for short-term use. The money allocated for the profit portion is mainly for investment, hedging for higher return (either to re-invest in business, the share market, etc.), whereas money allocated for security purpose is meant for long-term use such as retirement, long-term care, education and lifestyle.

For liquidity purposes, which is mainly for the short term, it usually involves savings accounts, current accounts, fixed deposits or short-term income funds.

The ideal ratio of funds to be utilised is 20% for liquidity, 35% for profitability and 45% for security. Of course, the ratio is different from time to time and from one individual to another.

While making the allocation, it is a must to re-visit or review other essential planning such as a healthcare plan, family income protection plan, future income protection plan, critical illness coverage plan, debt cancellation, mortgage protection plan and mortgage review, life insurance and estate planning.

Before making any decision on the RM50,000, we need to identify the end in mind to avoid any disappointment.

First, we have to review and identify what other financial resources we have and only then proceed with the plan.

In conclusion, after checking and reviewing your personal cashflow, this is not only the RM50,000 that we should plan for but it could involve the ongoing securing of wealth from your yearly surplus in order to ensure wealth preservation and accumulation for the future. For a better picture of the entire planning, it is always advisable to look for the capable financial adviser.

Investing RM50,000 over a period of six to 10 years. There are a number of financial instruments that yield higher than the fixed deposit and give a reasonable return of 7%–9% a year.

·Investment-linked single premium with a reputable life insurance company. Equity funds have shown to generate 8% to 10% return over a period of seven to 10 years but there is also the danger of a market crash where you may end up poorer. Bond funds give a lower return and are safer.

Real estate investment trusts (REITs) have recently sprung up and with quality buildings and high rental rates, a fair income can be assumed and reasonable returns could be expected.

·Unit trusts have been in the scene for quite some time. Most of them are life insurance or bank-backed organisations and they have also shown consistent returns.

·Structured products have recently come into the scene. Insurance companies and banks have moved into cash on low fixed deposit rates. As the experience is still in its infancy stage, we will have to wait to see if they perform well.

My recommendation would be to invest in investment-linked single premium product. Half of the RM50,000 can be invested in bonds and the other half in equities.

We should aim to get real returns of about 5% to 6% after deducting the inflation rate if our objective is to protect of our savings value from being eroded in times of high inflation.
Robert Foo

In the long term, however, we expect interest rates to moderate to about 2% to 3%, hence we would target to obtain about 7% to 8% in gross returns.

The financial instrument to achieve this would be unit trusts of different asset classes.

We would usually invest with about four to five different fund managers as well as varying asset classes as a form of risk diversification.

Despite the volatile market situation, it is possible to achieve notable returns in these investments provided we invest for the long term, generally more than five years.

It is also important to review our investment portfolio every six months and restructure according to the market’s performance.

Depending on one’s life stage, it would be necessary to plan for expenses as well as insurance before investing.

It is also crucial to have a timeframe in mind when investing.

For example, if we are planning for our retirement in 20 years’ time, we would target higher returns at the beginning by investing in riskier asset classes.

We would then gradually move to less riskier forms of asset classes as we near our retirement.

Wednesday, 4 April 2012

Manchaster City Vs Sunderland

Bola sepak. Anak aku yang sulung memang minat main bola sepak. Aku tahu dia tak la pandai mana pun main bola sepak, tapi aku bagi dia galakan untuk main bola sepak, sekurang kurangnya dia main dengan kawan-kawannya waktu petang. Aku selalu jugak temankan dia main bola sepak. Selalu aku tengok dia bermain di posisi back (pertahanan) atau pun goalkeeper (penjaga gawang/gol).. Pendek kata, memang aku galakan dia main bola nie la.. kalau tak sure badan dia naik lagi.. sekarang pun dah over weight..

Hujung minggu lepas, waktu tu mmg free sebab tak kerja. So aku menonton perlawanan antara Man City dan Sunderland. Actually dua dua pasukan bukan pasukan kegemaran aku pun.. tapi aku tengok jugak sebab tak ada cerita apa sangat malam tu. At the same time ada perlawanan antara Man City Vs Sunderland. AKu mmg harap sangat yang perlawanan tersebut dimenangi oleh Sunderland.. dah beberapa ketika Sunderland mendahului 3-1. Tapi, biasa la kan, Man City mmg pasukan yang kuat pun.. so nasib mereka baik apabila mereka dapat menyamakan kedudukan dan last sekali keputusannya seri 3-3. 

Cara mereka bermain, mmg sungguh menarik sekali. Orang kata mmg world class la.. Bola sepak di UK bermula beratus tahun yang lepas. Walaupun UK bukanlah satu kuasa bola sepak pada masa ini, tetapi bermain bola sepak dengan kelab kelab di sana adalah suatu yang di anggap tikus jatuh ke beras la.. ( eh betul ke peribahasa aku nie ekk..)  hantam je la...

Di Malaysia, dunia bola sepaknya hanya berkisar dengan isu isu bongok (bangang / bodoh). Gaji, pemain import, penonton tak ramai, penonton main mercun, gaduh sesama pemain, rasuah dan 1001 issue yang membantutkan perkembangan bola sepak di Malaysia... Nie berita yang baru saya baca, mengomen di media pun menjadi suatu kesalahan... Bukan apa, masing-masing nak tunjuk ada power. Sebabnya mudah je.. yang memimpin adalah sultan. Berani ke lawan cakap sultan? kalau kata sultan A, A la.. kalau dia nampak kambing tepi jalan, dia kata tu arnab, orang lain pun terpaksa mengiyakan.. kalau tak sure dia kecik hati.. hehehe

Nie pun masalah juga.. bila keluarga diraja memimpin suatu persatuan sukan..  dah jadi tradisi agaknya kan...

p/s: Kalau permainan guli di pimpin oleh sultan, sure ada pertandingan antarabangsa guli.. best jugak kan...

Monday, 12 March 2012

Kasih Sayang : Perkara Yang Kita Terlepas Pandang Mengenai Anak-Anak Kita

Saya tak tahu dari mana asal usul artikel nie.. Seorang kawan telah mengemailkan kepada saya baru-baru nie.. Memang berguna.. kepada mereka yang terlepas pandang...
Semua ibu bapa berkata mereka sayangkan anak, tetapi mengapa si kecil tidak berasakan demikian? Kesibukan ibu bapa menyebabkan masa diluangkan dengan anak terbatas. Anak yang cemerlang mempunyai hubungan kekeluargaan erat dan ibu bapa banyak meluangkan masa dengan mereka. Lebih banyak masa bersama ibu bapa, semakin dirasakan kasih sayang itu. Tiada sesiapa boleh menggantikan kehadiran ibu bapa. Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan anak.

Kerap kali ibu bapa cuba menggantikan masa dengan kebendaan dan kewangan. Mereka belikan apa saja yang anak mereka mahukan. Mereka berikan wang setiap kali dipinta. Namun, ia hanya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang.

Ini bukanlah bermakna anak yang terbiar tiada yang berjaya. Tetapi, apabila keharmonian keluarga terjejas dan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing, disiplin anak terbiar. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet.

Berikut perkara yang perlu ibu bapa lakukan bagi memastikan anak mereka cemerlang dunia dan akhirat. 

1. Berikan masa bersama seisi keluarga. Wujudkan aktiviti keluarga seperti makan bersama, solat berjemaah, bercuti, berkelah, beriadah, bermain dan menonton.  Apabila sudah bersama pasti banyak cerita, gurauan dan kenangan. Semua ini mampu meningkatkan estim diri anak. Anak yang sayangkan keluarga dan ibu bapa tidak akan sanggup mengecewakan dan melakukan sesuatu yang memalukan nama baik keluarga.

2. Berikan masa untuk setiap anak secara personal. Kadangkala ada sesuatu yang mahu disampaikan tanpa diketahui adik-beradik yang lain. Oleh itu, adakan masa secara personal. Jika apa yang disampaikan itu satu rahsia maka ibu bapa perlu rahsiakan, jangan sampai anak tidak percayakan kita lagi.

3. Berikan anak masa bersendiri. Ada ketikanya anak perlukan masa untuk dirinya. Ketika itu usah ganggu mereka. Biarkan mereka dalam biliknya dan melakukan apa saja asalkan tiada sesuatu yang buruk dilakukan. Ketuk bilik sebelum masuk sebagai menunjukkan yang kita hormati haknya sebagai anak.

4) Ambil cuti untuk bersama anak. Usah sayang cuti yang ada. Gunakan sebahagian daripada cuti yang ada untuk bersama dengan anak. Apabila bercuti dengan anak pastikan mereka diberitahu bahawa kita memang sengaja ambil cuti untuk bersama dengan mereka agar anak lebih menghargai masa yang diluangkan itu.

5. Temu janji dengan anak sama penting dengan orang lain. Kita berjanji membawa mereka makan di luar, tetapi apabila tiba masanya, dibatalkan dengan pelbagai alasan.  Bayangkan anak begitu teruja menanti detik bersama ibu bapa malah mereka sanggup membatalkan program dengan kawan-kawan semata-mata mahu bersama orang disayang, tetapi akhirnya mereka hampa. Jika sekali dua mungkin boleh diterima anak, tetapi apabila sering begitu, anak berasakan bahawa ibu bapa tidak pentingkan hati dan perasaan mereka.

6. Adakan masa untuk mendengar luahan hati dan masalah anak. Ibu bapa tidak suka anak mereka bermasalah, tetapi hakikatnya mana ada manusia hidup yang tanpa masalah. Masalah adalah satu proses yang mematang dan mendewasakan anak. Ramai ibu bapa cuma mahu mendengar cerita yang baik sahaja. Mereka mahu anak mereka dipuji guru dan masyarakat, keputusan yang baik, anugerah dan menang pertandingan. Tetapi, anak itu manusia biasa. Ada ketikanya markah peperiksaan merosot, guru menegur kelakuannya, tidak mendapat kedudukan yang baik dalam kelas atau gagal memenangi pertandingan. Apabila tertekan, tempat mengadu ialah ibu bapa. Tetapi, adakah kita bersedia mendengar cerita dan luahan hati anak ini?

7. Cari masa hadir dalam acara penting anak. Kehadiran ibu bapa adalah bukti kita sayangkan mereka. Ia satu pengorbanan mudah buat si anak. Bayangkanlah hati anak apabila melihat ibu bapa kawan-kawannya hadir. Jangan hampakan mereka sebaliknya beri sokongan moral. 

Monday, 20 February 2012

Polis Malaysia - PDRM

Setiap hari aku akan memandu paling kurang 100 km. Itu adalah jumlah minimum perjalanan aku pada hari bekerja. Banyak benda yang aku perhatikan hari hari. Banyak insiden dan exsident yang aku pernah aku lihat. Highway yang aku lalui ini memang terkenal dengan traffic jam. Hari hari. Sampaikan kalau jalan tak jamm, orang akan tanya, ehh kenapa hari nie tak jamm ek... Kalau tak jamm, sure ada something wrong. Dalam setahun ada 12 hari yang biasanya tak jamm. Hari raya puasa, tahun baru cina, hari kebangsaan, hari buruh, birthday YDPA dan beberapi hari kelepasan am yang lain. Hehehe

Pagi tadi semasa memandu (pagi ini aku melalui highway berbayar), selepas keluar tol, aku lihat jalan menuju ke tempat kerja jamm teruk. Aku mengambil keputusan untuk menyusur disebelah kiri jalan (lorong kecemasan).. aku tahu perkara itu salah.. tetapi dari tol hingga ke simpang tempat kerja tidak sampai 1 km. Belumpun 1 km, dua orang brader Polis Trafik dengan machonya melambai-lambai aku, meminta aku ke tepi.. Hehe.. confirm aku kena saman sebab memotong barisan.. Aku beri salam pada brader nie, dia jawab salam, (siap salam tangan lagi). Dia tanya aku tau ke apa salah aku.. Aku pun cakap tau je la.. dah memang salah pun.. so nak tak nak kena mengaku je la.. 

So dia tanya aku, nak saman ke tak? Aku malam prinsip, kalau aku dah salah, memang aku mengaku, dan terima je la hukuman. So dia pergi belakang kereta, konon-konon melihat flat no aku, dan berjalan kearah tempat pemandu, sambil menghulurkan ic dan lesen memandu aku, dia kata, lain kali jangan buat lagi.. so pagi nie aku terlepas dari kena saman.. 

Pagi nie aku rasa malu sebab sepatutnya aku kena saman, tapi brader tu tak nak saman pulak.. mungkin aku buat muka kesian. mungkin juga sebab aku bagi salam pada dia.. atau mungkin mood dia tengah baik pagi nie.. 

Moralnya, lain kali walau dah lambat macam mana sekalipun, jangan menyusahkan orang lain.

Tuesday, 24 January 2012

Kegagalan Sistem Ekonomi Berfungsi Dengan Baik

Dalam mana-mana negara demokrasi di dunia yang ada pasa masa ini, boleh dikatakan keseluruhannya mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Memang tiada kaitan antara demokrasi dan Sistem Ekonomi Kapitalis. Saya hanya ingin menekankan bahawa kebanyakan negara yang ada pada sekarang adalah negara yang berasakan pementerintahan demokrasi dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Apa itu sistem ekonomi kapitalis? Semua orang menyebutnya, tahu tak apa dia? Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini,  manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini.

Dengan erti kata yang mudah, dapat saya ringkaskan seperti dibawah ini;
Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung. Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.  Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung. Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung. Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung. Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah. 

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian mengenai sistem ekonomi sekarang. BUDAYA BERHUTANG!! Budaya berhutang menjadi trend pada masa sekarang. Tidak kira untuk membeli apa. Dari pembelian yang sekecil kecil barang, hinggalah membeli barangan yang berharga mahal. Penggunaan kad kredit sudah tidak dapat dikawal. Pengeluaran kad kredit itu sendiri sukar dikawal oleh bank negara. Walaupun beberapa peraturan diperkenalkan untuk mengurangkan pengeluaran kad kredit baru kepada individu yang layak, tetapi ianya belum cukup memadai. Pemberian kad kredit kepada golongan yang tidak tahu menggunakannya lebih kepada memberikan keburukan kepada pemegang kad tersebut.

Sistem pembelian ambil dulu bayar kemudian yang diamalkan sekarang juga membawa kepada beberapa kesan buruk seperti, kegagalan bayaran balik kepada penjual mengikut masa yang telah ditetapkan, lebih malang jika pembeli gagal untuk membuat pembayaran sama sekali. Ini menyukarkan penjual untuk menguruskan kewangan syarikat. Apa yang lebih baik adalah CASH term. No kad kredit. Kad debit - OK!

Friday, 20 January 2012

Lagi Mengenai Keburukan Facebook

There are plenty of reasons to feel down in today's fast-paced, hectic world, and you wouldn't think that the world's most popular social networking site would be one of them. But that's exactly what a new study by Utah Valley University has found.

According to the study,  Facebook is making us sad. Why? It's all about the kinds of pictures people to post on their pages.

Facebook photos generally depict smiling, cheerful people having good times, conveying a sense of happiness. Of course everyone likes to smile for the camera, so that good cheer may be inflated or false. As others view the photos, they may believe this conveyed sense of  intense happiness is real, making them think that their friends are much happier than they are.

Sociologists Hui-Tzu Grace Chou and Nicholas Edge said they interviewed 425 students, asking them whether they agreed or disagreed with such statements as "Many of my friends have a better life than me," and "Life is fair."

They also asked about the students' Facebook usage, including how many "friends" they had on the site, and how many of those friends were really people they knew.

After controlling for race, gender, religious beliefs and whether the volunteers were unattached or in a relationship, the researchers saw a pattern: The more time students spent on Facebook, the more they thought others had it better than they did.

"Those who have used Facebook longer agreed more that others were happier, and agreed less that life is fair, and those spending more time on Facebook each week agreed more that others were happier and had better lives," wrote Chou and Edge. "Furthermore, those that included more people whom they did not personally know as their Facebook "friends" agreed more that others had better lives."
The study, which was published in the journal Cyberpsychology, Behavior and Social Networking, also found that people who spent less time socializing with friends in cyberspace and more time socializing with them in real life were less likely to report they were  unhappy.

So if you are looking for a way to cheer yourself up, the researchers say you may do well to log off Facebook. Call your best friend instead.

(ABC News' Ned Potter contributed to this story.)

Thursday, 19 January 2012

Persamaan Proton, Perodua dan Naza

Sebut saja mengenai Proton, Perodua dan Naza, boleh dikatakan semua orang yang cukup umur pasti mereka tahu, siapa mereka bertiga ini. Mereka adalah pemain utama industri permotoran tempatan. Proton bermula pada era 80an diikuti oleh Perodua dan terkini Naza. 
 
Ketiga-tiga pemain ini bemula dalam keadaan yang sama. Dimana mereka memulakan perniagaan mereka sebagai pemasang kereta berjenama luar negara. Pada awal penubuhan Proton (sehingga sekarang sebenarnya), mereka memasang kereta berjenama Saga yang diadaptasi dari jenama Mitsubishi. Proton Saga, Proton Saga Aeroback, Wira, Wira Aeroback, tidak ketinggalan Iswara dan Iswara Aeroback, Juara, Naib Juara (pandai-pandai je aku nie), seterusnya Wira, Wira aeroback, Gen2, Gen2 sedan (Persona), Satria, Satria Neo, Savvy, BLM dan beberapa lagi jenis kereta.  Sebahagian besar dari kereta yang dilable sebagai jenama kebangsaan adalah sebenarnya kereta ciplakan Jepun.

Perodua pula bermula dengan kerjasama antara Daihatsu juga sebagai pemasang kereta yang dilable kereta kereta nasional kedua selepas proton. Mempunyai beberapa list nama-nama binatang seperti Kacil, Kelisa, Rusa, Kambing (emm pandai- pandai lagi aku nie..) Viva (nama samaran bagi Perodua Keldai), Alza (nama samaran Perodua Cicak Tokek). Semua adalah barangan luar negara yang di beri nafas baru, dengan nama samaran yang baru yang sedap di dengar oleh masyarakat tempatan Malaysia..

Naza juga tidak kurang hebatnya.. walaupun tidak mendapat status sebagai pengeluar kereta nasional ketiga, namun mereka cukup berbangga dengan deretan kenderaan 100% copycat yang juga jenama luar, yang dipasang di Malaysia. Suria, Citra, Ria, dan beberapa kereta Eropah yang diimport dan biberikan nama samaran mengikut citarasa orang Malaysia. 

Industri permotoran negara sebenarnya tidak mendapat apa-apa manfaat selain daripada memberikan peluang pekerjaan kepada orang-orang tempatan sama ada yang mempunyai pendidikan tinggi atau sekadar pendidikan asas. 

Terus terang saya katakan, walaupun mempunyai kereta Proton, Perodua dan Naza, saya sebagai rakyat Malaysia sebenarnya langsung tidak berbangga dengan pencapaian ketiga-tiga syarikat permotoran ini. Tiada apa yang perlu dibanggakan kerana hasil yang dikeluarkan oleh mereka bukanlah hasil anak-anak tempatan sepenuhnya. Hanya kerana sebahagian besar komponen terdiri daripada manufacturer tempatan, ia di claim sebagai kereta nasional.

Proton dan Perodua sepetutnya sudah mampu menghasilkan suatu produk orang local yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat. Apakah pada usia melebihi 10 tahun, masih bergantung kepada kepakaran luar untuk membuat kereka. Apakah masih tida jurutera yang boleh menghasilkan enjin? Apakah jurutera yang ada tidak mempunyai kualiti yang sepatutnya ada didalam diri seorang jurutera? 

Proton, Perodua dan Naza janganlah hanya mementingkan sales semata-mata hinggakan matlamat asal penubuhan syarikat lari dari tujuan asal. Jadilah sebuah syarikat yang lebih bermaruah.. dan bukan hanya menjadi seperti peminta sedekah yang ngangakan mulut mintak disuap.

Wednesday, 18 January 2012

Lagi Cerita Tentang FaceBook, Twitter, Tagged dll...

Penyalahgunaan laman sosial seperti FaceBook, Twitter, Mface, tagged dan sebagainya pada mula-mula kewujudan laman sosial ini merupakan sesuatu yang sangat asing dan sangat pelik kepada penduduk di muka bumi. Apa tidaknya, cara mengumpat atau memaki hamun orang melalui kaedah konvensional merupakan cara terbaik malah memuaskan hati si pengumpat atau si pencaci hamun itu tadi.. Cara konvensiol dilihat sebagai satu-satunya medium yang sangat berkesan kepada penyampaian maklumat kepada seseorang.

Kini, sejak kemunculan sosial site, kaedah mencaci, mengumpat, penyamaran dan lain-lain bolehlah dikatakan sebagai cara yang terbaik pada abad ini. Apa tidaknya, ketika kita tidur, orang lain sibuk memaki hamun, mengugut dan melakukan pelbagai perkara yang kita sendiri tidak gemari didalam wall page sosial web kita. Keseokan paginya, apabila kita bangun, kita dapat melihat pelbagai cacian dan pelbagai perkara di wall page kita yang disampaikan oleh orang yang berkepala teleng dan senteng.

Perasaan seronok mula menyelubungi user yang menggunakan websosial tersebut bila melihat orang lain pun berbuat perkara yang sama. Maka semakin ramailah orang yang bersambung-sambung meneruskan tradisi orang yang tidak bertamadun.

Apa yang lebih memelik dan menjelekkan adalah, cerita dalaman rumahtangga juga didedahkan didalam laman sosial tersebut. Bukan saja diri orang yang memaki itu nampak tidak bermoral dan bermaruah, tetapi, pihak yang terlibat juga terkena tempias yang sama.

Tidak kira sudah pergi menunaikan haji atau belum. Semuanya adalah sama bila kita register sebagai user didalam sosial web ini. Bengong tak bengong orang orang sekarang ini. Saya, telah awal-awal lagi tidak menyokong laman seperti ini. Bukan tiada kebaikan, tetapi ia membuka ruang kepada orang membuat kejahatan.

Monday, 16 January 2012

Pekerja Setia Vs Pekerja Jujur

Setiap majikan tidak kira apa juga bidang perniagaan sangat-sangat mengimpikan seorang pekerja yang setia. Pernah beberapa kali semasa menghadiri interview dengan beberapa syarikat, penemuduga (biasa dari bahagian Sumber Manusia - HR) bertanyakan samaada kita adalah seorang pekerja yang setia kepada syarikat! Bila dalam sesi temuduga tersebut, saya mengatakan; " Ya, saya seorang yang setia dalam kerja yang saya lakukan". Selepas itu beberapa soalan dilontarkan kepada saya. Saya pun dengan selamba memberikan beberapa contoh kepada HR tersebut. Antaranya, saya bekerja dari jam 8am sampai jam 6pm. Waktu kerja saya adalah dari jam 830 hingga jam 530. Selain itu saya jika membuat kerja, selalu terlajak lunch hour selain skip brakefast dan tea brake, selain itu saya jika outstation, saya tidak pernah melencong ke tempat lain untuk tujuan yang bukan-bukan melainkan berkenaan kerja dan keperluan alami, serta beberapa contoh yang lain.

Dengan sinis, HR tersebut mengatakan kepada saya, ITU SEMUA BUKAN SETIA!!! Apa yang dia maksudkan setia adalah jangka masa service dengan syarikat tersebut!! Sekiranya pekerja tersebut bekerja melebihi 5 tahun, maka dia bolehlah di anggap setia. Lagi lama lagi setia.

Saya tanyakan kepada HR tersebut, jadi bagaimana pula halnya jika satu pasangan yang telah berkahwin selama 20 tahun, tetapi dalam masa yang sama, pasangan tersebut mempunyai kekasih diluar?? Dengan muka yang berubah, dia menjawab, "itu masalah keluarga"....

Sebenarnya, pada masa ini, jumlah tahun perkhidmatan kepada sesebuah organisasi atau syarikat bukanlah pengukur kepada kesetiaan kepada organisasi tersebut. Ia mungkin boleh diguna pakai beberapa puluh tahun terdahulu, tetapi, perkara ini sudah tidak relevant langsung pada zaman ini.

Tiada guna menyimpan seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun, walhal selama ini banyak perbuatannya didalam syarikat tidak memenuhi apa yang sebenarnya dikehendaki oleh syarikat.

Pada zaman ini, kejujuran seseorang pekerja sepanjang berkihdmat dengan syarikat bolehlah disamakan dengan kesetiaannya kepada syarikat tersebut. Sekiranya seseorang pekerja tersebut bersikap jujur dan dia telah berkhdimat selama 20 tahun, jumlah tahun perkhidmatannya kepada syarikat tersebut adalah suatu bonus kepada syarikat tersebut. 

Banyak ketidaktentuan didalam pekerjaan pada masa ini yang mana pekerja mengambil kesempatan dengan jawatan yang dipegang, contohnya seorang Purchaser mendapatkan komisyen dari supplier kerana Purchaser tersebut membeli barang atau perkhidmatan daripada supplier tersebut, atau seorang Manager pergi bermain golf dengan supplier kerana supplier tersebut ingin mendapatkan projek daripada syarikat dimana manager tersebut bekerja, atau seorang Kerani meminta kawannya membelanjanya terlebih dahulu sekiranya kawan sekerjanya ingin meminta dia membuatkan sesuatu mengikut masa yang telah ditetapkan, walhal itu adalah tangungjawabnya, dan macam-macam lagi cara orang mencilok dalam pekerjaan.

Apa yang penting adalah sikap yang jujur yang perlu ditanamkan didalam diri seseorang itu.

Sunday, 15 January 2012

Gila Punya Pemandu Teksi...

Semalam lebih kurang pukul 9 malam aku sangat-sangat memerlukan teksi untuk ke Politeknik Johor Baharu (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan). Jarak antara rumah aku ke tempat tersebut adalah lebih kurang 6.5 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 11 minit jika menaiki kereta atau 1 jam 20 minit kalau menggunakan kaki (aku check dengan GoogleMap). Oleh kerana aku tersangat memerlukan kenderasn kesana, aku pun menelefon teksi yang berpengkalan di Terminal Bas Pusat Bandar Pasir Gudang. Kat area Pasir Gudang memang susah sikit nak cari Car Rental

Sebelum itu aku telah menelefon Public Cap, tapi agaknya sebab dekat sangat agaknya, operator yang angkat telefon tu beritahu yang tiada teksi buat masa ini yang available. Dia meminta aku menelefon semula. Beberapa minit selepas itu aku pun call sekali lagi. Pun diberikannya jawapan yang sama. Sebenarnya inilah sikap driver teksi. Bila jaraknya dekat, semua tak mahu nak ambil. Tapi bila jaraknya jauh, semua orang beberebut-rebut mengambil penumpang tersebut. Ini bukan cakap kosong saja. Aku menelefon buat kali ke tiga, tetapi kali ini aku memberikan destinasi ke Senai International Airport. Jarak perjalanan lebih kurang sejam. Maka, tidak semena-mena teksi pun available!!! Hampeh!!!

Ok, sambung cerita.. Bila aku call  Pasir Gudang, maka dia pun hantar la sorang driver + teksinya sekali kerumah. Itu pun setelah dekat sejam aku menunggu. Bila teksi sampai, aku dengan machonya cakap pada driver teksi tu, "sori pakcik, lambat". (sebab masa driver teksi tu datang, aku dah bukak baju, dan nak kena pakai semula.. tu yang amik masa sikit)

Aku jeling kat meter teksi, aku lihat meter tu dah tunjukan 12.50 that mean dia dah start kira tambang dari mana aku pun tak tau. Aku rilek lagi, bila sampai ke destinasi, aku tanya berapa tambang (kat meter tu menjunjukan 20.30 atau RM20.30). Dengan selamba pakcik tu jawab RM20. Aku pun mula la banyak tanya, kenapa perjalanan tak sampai 10 minit tapi caj sampai RM20? RM20 tu kira dari mana? dan macam-macam persoalaan yang aku tanyakan pada driver teksi tadi. Dan driver teksi tu mula gabra bila aku mintak resit. Akhirnya setelah aku cuci dengan clorok driver teksi tadi, aku pun bayar RM20 pada dia...

Sebenarnya aku bukan jenis yang suka panjang-panjangkan cerita. Bukan niat pun nak burukan nama driver teksi kat Malaysia nie. Ramai yang aku jumpa, (kebanyakannya driver teksi berbangsa Cina) memang suka ikut peraturan, maksudnya, mereka gunakan meter. Tapi kalau driver teksi Melayu dan India, memang mereka suka-suka kenakan harga.

Sebenarnya bukan isu tambang yang saya nak utarakan, isu yang utama adalah isu sikap driver teksi tersebut. Paling penting adalah sikap jujur dengan pelanggan. Bayangkan, kalau dalam seharian driver teksi tersebut berbuat perkara yang sama pada 5 pelanggan. Kalau sebulan ada 150 pelanggan. Dan pelanggan yang 'terkono' memaki hamun pemandu teksi (walaupun bukan secara berdepan), pasti dan pasti hidup pemandu teksi tersebut jadi tak ada keberkatan. Macam mana pula dengan family dia, isteri dia, anak anak dia yang diberikan makan hasil duit yang macam tu..

Jadi, kepada pemandu-pemandu teksi juga orang-orang yang berkaitan, sikap jujur nie memang sangat penting. Jujur nie boleh membuatkan orang lain respect pada kita disamping keredhaan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang jujur...

Friday, 13 January 2012

Berhutang Membawa Padah

Beberapa hari lepas, seorang pegawai dari Alliance Bank, menelefon saya untuk bertanyakan sama ada saya berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank tersebut. Menurutnya, sekiranya saya bersetuju, tiada dokumen yang diperlukan disamping jaminan yang diberikan bahawa permohonan tersebut dijamin lulus dan wang akan dimasukan kedalam akaun pada hari berikutnya selepas permohonan dibuat.

Menurutnya, permohonan saya dipermudahkan disebabkan saya mempunyai akaun dengan bank tersebut. Oleh kerana itu, data-data yang ada sudah memadai untuk mereka membuat pertimbangan kelulusan permohonan saya.

Dalam kes kedua, saya bersama-sama anak kedua ke sebuah bank untuk membuka akaun simpanan anak keempat yang baru dilahirkan dua minggu lepas. Memang sudah menjadi tradisi keluarga kami, semenjak anak yang pertama, apabila mereka lahir, saya akan terus membuatkan akaun simpanan untuk mereka, dengan harapan, pada masa akan datang mereka mempunyai sedikit simpanan untuk pelajaraan mereka. Abang dan kakak mereka juga membuka akaun dibank yang sama sebelum ini.

Namun begitu, kerana usia anak saya masih belum mencapai umur yang dibenarkan, dia terpaksa membuka akaun bersama seperti abang dan kakaknya yang lain. Dan saya, sebagai ayah kepadanya menjadi orang kedua selepasnya sebagai pemegang amanah.

Apabila tiba giliran kami untuk membuat buku akaun tersebut, officer dibank tersebut meminta IC saya, untuk disemak melalui systemnya. Malangnya, IC yang telah saya perbaharui sebanyak 4 kali atas sebab tidak boleh dibaca oleh peranti, tidak boleh dibaca oleh system. Officer tersebut meminta saya menyediakan dua lagi supporting document seperti bil air / eletrik yang mempunyai nama saya dan alamat, atau lesen memandu yang sah atau pasport. Pada ketika itu dokumen yang ada pada saya adalah IC dan lesen memandu, dan terdapat satu lagi dokumen yang diperlukan. Officer tersebut tidak membenarkan saya membuka akaun untuk anak saya kerana ketiadaan dokumen tersebut.

Setelah bertegang urat dengan officer serta managernya, akhirnya mereka membenarkan saya membuka akaun untuk anak saya.

Apa yang kelakarnya adalah, dalam situasi pertama, Alliance Bank menawarkan kemudahan kredit (pemberian sejumlah wang) kepada saya dengan proses yang sangat mudah sekali, namun begitu di AmBank, dimana saya ingin memasukan wang kedalam (memberikan wang kepada bank), perlu memberikan pelbagai supporting document yang pada saya tidak masuk akal. Bukanlah kita hendak mengambil duit mereka, malahan ingin memberikan wang kepada mereka, tetapi terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi.

Saya terfikir, bagaimana kiranya suatu hari nanti saya ingin membuat pengeluaran dari akaun simpanan anak-anak saya sekiranya benar-benar kami dalam keadaan terdesak.

Wednesday, 11 January 2012

Kegilaan Terhadap Internet dan Facebook

Saya yakin, pada masa sekarang ini, kalau ditanya pada anak-anak kecil mengenai satu perkara ini, pasti mereka akan tahu. Tanyalah pada anak-anak anda yang bersekolah rendah tentang Facebook (FB) atau dalam bahasa Melayunya 'mukabuku'. Semua orang tahu mengenainya. Ia telah menjadi satu fenomena yang tidak dijangka oleh orang-orang zaman sekarang. Malah, pengasasnya juga tidak menjangkakan kemunculan social web facebook.com ini akan menjadi kegilaan.

Ada orang menjadikannya lagu, ada orang menjadikannya sebagai tempat pertemuan kawan-kawan lama, first love masa sekolah, tempat melepak versi baru, tempat untuk mencari jodoh, tempat mengkantoikan pasangan masing-masing, tak kurang juga yang menjadikannya tempat untuk memaki hamun orang lain disamping tempat untuk mencari maklumat dan berniaga secara online. En. Pendek kata (bukan saya yang kata), facebook nie bukan saja digunakan untuk kebaikan, malah mengundang kepada keburukan jika disalahgunakan.

Dah banyak sangat kes yang kita dengar di radio, atau pun di TV malah di akhbar juga selalu menceritakan tentang kebaikan dan keburukan mengenai FB ini. Ada yang suami curang kantoi dengan isteri, ada yang isteri jumpa bf masa kat sekolah menengah dulu, ada anak-anak yang lari ikut bf onlinenya, ada juga yang jumpa pasangan hidup didalam facebook ini.

Sebenarnya fenomena ini facebook ini tercetus kesan daripada fenomena internet yang sangat berleluasa sejak akhir-akhir ini. Internet bermula di Malaysia pada awal tahun 1995 dimana pada masa itu penggunaan modem 128.8kbps telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia (TM). Pada masa tersebut, aplikasi internet terbatas kepada website dah yang paling popular adalah chat room seperti IRC, MIRC dengan room seperti mamak dan kampung mendominasi disegenap minda internet user.

Selepas itu, diperkenalkan pula modem 512kbps yang dicanang-canang sebagai internet berkelajuan tinggi pada zaman tersebut (dalam tahun 1996/97). Pada masa ini, yahoo.com, lyocos.com, cari.com.my adalah antara player utama dunia internet. Cyber cafe tumbuh bagai cendawan. Pada masa itu, caj perjam adalah RM8 hingga RM12. Tapi, pelanggan tak putus-putus dari pagi hingga ke malam.

Selepas era modem 512kbps, diperkenalkan pula data transfer yang lebih pantas dengan menggunakan fiber optik sebagai medium perantaraan dikenali sebagai broad band. Pada masa itu, data yang berkapasiti tinggi seperti music dan video mula diupload didalam website untuk tatapan pengguna.

Kini era wired broadband mula menampakkan kesuraman apabila wireless technology mula mengambil alih. Dengan menggunakan USB dongle yang bersaiz ibu jari tangan, membolehkan pengguna mencapai data yang berkapasiti tinggi sehinggakan real time video dan voice transfer dapat digunakan dengan mudah (walaupun masih terdapat beberapa second delay)

Industri internet dan yang berkaitan dengannya tidak pernah tidur. Para engineer, programmer, designer dan pemikir-pemikir didalam industri terus berfikir untuk memberikan suatu produk yang memudahkan pengguna melayari internet dan menggunakan applikasi yang lain dengan pantas.

Walaupun pada suatu masa dulu, tablet pc yang diperkenalkan oleh microsoft pernah gagal didalam pasaran, tetapi pesaingnya; apple menghidupkan semula dengan memperkenalkan peranti-peranti yang lebih mesra pengguna. Pada saya, tablet pc yang diperkenalkan oleh microsoft bukanlah suatu produk yang gagal didalam pasaran, tetapi ia adalah produk yang diperkenalkan terlalu awal sebelum zamannya. Orang pada masa tersebut belum memerlukan peranti seperti itu lagi, tetapi apabila ia diperkenalkan semula pada zaman ini, ia menjadi suatu kegilaan disamping software yang juga diperlukan oleh pengguna masa ini.

Bidang ini sebenarnya tiada penghujungnya sehinggalah ada suatu yang lebih 'best' yang menggantikannya pada masa akan datang.

Tuesday, 10 January 2012

Gang Bas Sekolah Vs Mat Rempit

Tahun ini adalah tahun pertama dua orang anak aku yang bersekolah, seorang darjah 5 dan seorang lagi yang berusia 6 tahun, di sekolah tadika menaiki bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Tahun semelum ini, aku akan menghantar mereka kesekolah dan biasanya mereka akan menaiki van untuk pulang kerumah atau ketaska. Bukan aku tak larat untuk menghantar mereka.. tapi aku rasa, tahun ini biarlah mereka berdikari. Pun begitu, aku sentiasa memantau pergerakan mereka kesekolah. Just nak memastikan keselamatan mereka terjamin.

So far, feedback yang mereka berikan adalah positif. Dalam erti kata lain, mereka suka bila bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain untuk kesekolah. Seronok. Cuma ada sedikit rasa kesihan bila tahun ini juga mereka terpaksa bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap kesekolah. Buat permulaan ni nampak macam liat sedikit untuk bangun awal.. tapi sudah menampakan tanda positif yang mereka boleh bangun awal. Antara tips yang digunakan adalah tidur awal. Biasanya mereka akan masuk tidur jam 11 malam.. sebab tengok rancangan TV yang terlalu banyak dan menggoda mereka untuk menonton. Sekarang ini, aku menggunakan kuasa veto sebagai seorang ayah, memerintahkan mereka tidor jam 10 malam. Mandatori!! Hasilnya, mereka tidak terlalu sukar untuk bangun awal.. allhamdulillah

Berbalik kepada kisah pemandu bas sekolah. Ramai driver van sekolah ini yang puratanya terpaksa untuk berkejar mengambil dan menghantar pelajar kesekolah atleast 2 kali diwaktu pagi. Jadi, biasanya bila sudah terlewat, mereka akan memandu secara berbahaya, membuta tuli, tak kurang juga yang mementingkan diri sendiri, walhal anak-anak kita ada didalam disamping pemandu jalanraya yang lain juga ada disekeliling mereka.

Biarpun mungkin mereka adalah pemandu yang mahir, tetapi melihat kepada implikasi kepada anak-anak yang ada didalam van atau bas tersebut, pastinya mereka menyangka cara pemanduan yang ditunjukan oleh pemandu van / bas tersebut adalah yang terbaik. Walhal, cara yang ditunjukan adalah salah sama sekali. Bayangkan, jika dalam seminggu, mereka menunjukan cara sebegini sebanyak 2 kali kepada anak-anak kita, tidak mustahil, anak-anak kita pasti terikut-ikut cara pemanduan yang tidak betul ini. Tidak mustahil, jika suatu hari nanti anak-anak kita merempit seperti mereka.

Bukan sahaja kepada pemandu van / bas sekolah, ibubapa juga perlu menunjukan cara pemanduan yang baik kepada anak-anak juga. Kita tidak mahu melihat anak-anak kita menjadi pemandu yang tidak berhemah apabila mereka dewasa kelak. Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan apa buruk dan baiknya kepada generasi anak datang, sebelum kita melakukan sesuatu pada masa ini.

Monday, 9 January 2012

Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14)

Hari ini adalah dari ke 10 dalam tahun baru 2012. Tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat datang kepada umur yang kita yang baru.. Bila tahun baru menjelma, masing-masing mula memikirkan perancangan 12 bulan yang mendatang dalam erti kata lainm memperbaharui azam atau membuat azam baru.. ada juga yang tak kisah langsung dengan azam. Apa yang penting, kehidupan perlu diteruskan.. Azam ni boleh dikatakan juga sebagai target atau objektif dalam kehidupan.. orang kata kalau tak ada azam, tak ada target, tak ada la hala tuju yang jelas dalam kehidupan kita.

Masuk tahun baru je.. dah ada isu panas di Malaysia nie.. bermula dengan isu 'isu tunjuk perasaan' di Universiti Perguruan Sultan Idris, selepas itu isu Anwar Ibrahim besas dari tuduhan liwat keatas Saiful Bahari.. Ada orang yang memberikan reaksi yang positif, tak kurang juga reaksi negatif dengan kedua-dua isu ini.

Saya memandang dari beberapa sudut keatas kedua-dua isu ini.. Timbul beberapa persoalan yang selalu bermain difikiran saya, apakah kewajaran seorang pelajar dalam bidang perguruan bersikap sedemikian? Adakah perbelanjaan pengajiannya di tanggung oleh dirinya sendiri, tanpa mendapat pembiayaan oleh kerajaan? Adakah Adam Adli ini bersekolah diluar Malaysia dari darjah satu hingga lepas tingkatan 5? Pada pandangan saya, seorang pelajar yang berfikiran, sudah tentu mereka dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Seorang ibu bapa, tentunya akan sangat bersedih sekiranya anaknya digantung pengajian. Adakah selepas ini, Adam Adli akan kembali menyambung pengajian di UPSI setelah mencemuh orang-orang yang ada didalam UPSI? Seorang gentleman, sudah pasti tiada lagi muka untuk diletakan didalam UPSI setelah apa yang berlaku.

Adakah Anwar Ibrahim bersalah? Pada saya bersalah atau tidak, itu adalah antara dia, Saiful dan Allah. Tiada siapa yang dapat mengetahui lebih daripada mereka.. Peguam hanya menghujahkan apa-apa fakta yang sepatutnya, manakala hakim hanya membuat judgement berdasarkan fakta yang telah dibentangkan.. Terdapat banyak 'loop hole' bagi seseorang penjenayah melepaskan diri, antaranya adalah sebab fakta yang kurang, bukti yang kurang kukuh atau tidak relevant, kepandaian peguam bela memutarkan fakta dan salah tafsiran seseorang hakim. Semuanya menyumbang kepada bersalah atau tidak bersalahnya seseorang penjenayah itu..

Dalam kes Anwar Ibrahim Vs Saiful, beliau bebas bukanlah sebab dia tidak bersalah semata-mata, tetapi faktor-faktor diatas perlu diambil kira juga. Walaupun sekiranya dia didapati bersalah, ia juga banyak bergantung kepada faktor-faktor yang saya telah sebutkan tadi.

Najib kata "pembebasan Anwar bukti kerajaan telus". Bagi seorang rakyat yang cetek dalam pemikiran, pasti mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Najib. Tetapi, pastinya ketelusan sesebuah kerajaan bukanlah bergantung kepada satu perkara / peristiwa sahaja.. Banyak lagi peristiwa yang perlu seiringan dengan apa yang diperkatakan oleh kerajaan.

Banyak perkara yang dibuat oleh orang-orang politik sebenarnya mempunyai agenda kepentingan masing-masing, terutama sekali kerjaya politik masa depan mereka.. Mereka sentiasa berkata yang, apa yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan rakyat, tetapi sebahagian besar apa yang mereka lakukan adalah demi kepentingan mereka dan famili mereka sahaja.. Perjuangan politik pada masa ini sama sekali tidak sama dengan perjuangan politik pada zaman sebelum kemerdekaan, sangat jauh berbeza.

Apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan adalah bemotifkan politik semata-mata. Najib sangat bimbang untuk menghadapi kemarahan rakyat yang berangkapan kerajaan tidak telus dan adil kepada rakyat, lantas dengan sikap 'gentlemen' bersedia untuk bertanding dengan Anwar didalam pilihan raya yang akan datang ini.

Apa yang pasti, Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang ini pastinya memberikan saingan sengit antara kerajaan pimpinan Najib dan pembangkang yang diketuai oleh Anuar.

Sedikit sebanyak tentang aku.. alexander zulkarnaien

Tahun ni adalah tahun ke 34 kehidupan aku.. Pada usia sekarang, allhamdulillah aku dah dapat apa yang aku inginkan selama ini. especially impian semasa aku sekolah dulu.. tapi kalau nak ikutkan, masa sekolah dulu bukan aku ada angan-angan sangat pun... yang aku tau.. hidup kena belajar.. dulu masa sekolah aku teringin sangat nak ada motor.. sebab kawan-kawan sekolah (anak orang berada) kebanyakan mereka dibelikan motor oleh emakayah mereka.. tak pun mereka guna je motor ayah mereka.. Sekarang aku dah ada motor... tapi dah jual dah.. Aku tak tau kenapa tah, bila aku beli motor, ada je orang nak rembat motor aku.. Setakat nie, dah beberapa biji jugak motor aku hilang kena rembat.. Kalau tak silap dah ada 3 biji kot.. 2 daripadanya dapat jumpa balik.. yang satu tu.. hilang terus.. tapi nasib baik dapat claim insurans... (yang ni nama akak aku.. so duit insurans .. dia rembat abis la..)

Isteri dan anak anak... pun allhamdulillah aku dah ada jugak.. Allah bagi aku 5 orang cahayamata... satu simpan. tinggal 4.. yang kecik nie baru je beberapa minggu keluar dari perut orang umah aku... widad, (wirdas), wasifah, wasiqah, walin.. tak kurang jugak .. isteri yang aku sayangi... pengubat masa aku tension.. peneman masa aku sunyi... kirin... the great wife..

Masa zaman sekolah dulu .. aku antara pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar average je.. tak pandai sangat pun.. aku mmg boleh dikatakan malas belajar la jugak... start sekolah tadika.. aku sekolah sekerat jalan je.. pas tu masuk sekolah rendah.. aku sekolah sampai darjah 6.. amik UPSR cuma dapat ngam-ngam je.. (tapi aku modify slip keputusan aku.. menyebabkan mak aku bangga bila melihat keputusan aku .. mak .. mintak maaf ya...).. kat Johor.. ada sekolah agama kerajaan.. selalunya pagi akan sekolah kebangsaan, dan petang sekolah agama.. waktu sekolah agama pun aku sekerat jalan je.. sampai darjah 5.. kawan-kawan yang lain sampai darjah khas.. :(

Waktu sekolah menengah.. first time aku dapat no 2.. waktu tu tingkatan 2.. bangga beb masa tu... mmg cukup bangga aku masa tu.. lepas tu baru aku bersemangat utk belajar.. start dari tingkatan 2 aku belajar agak rajin la jugak... PMR aku dapat 6B2D..ok la tu.. bila balik umah.. aku tunjuk pada mak, dan dia bangga kut ngan aku.. dia cium aku masa tu.. terharu lak rasa... SPM pun allhamdulillah .. dapat Agg 13.. kira best student kat sekolah aku masa tu.. ada sorang cikgu tu.. Cikgu Husin Botak (budak-budak gelarkan dia Husin Botak sebab kepada dia diliputi sebahagian saja dengan rambut..) bagi rm50 sebab subject yang dia ajar aku score 1. malu siot rasa masa tu.. sebab cikgu bagi duit pada kita.. anyway.. thanks cikgu husin dan lain lain-lain cikgu yang pernah mengajar... Cikgu Zaaba, Cikgu Zainab, Pn Kalai, Cikgu Zahara, Cikgu Suria, Cikgu Husin, Cikgu Mariam, Cikgu Arrifin, Cikgu Aziz (WAR 6118) Cikgu Noraini dan lain-lain lagi.. thanks ya cikgu sebab mengajar saya...

Kerja? So far aku kerja sebagai Technical Manager di sebuah kilang stamping... kalau ikutkan sejarah kerja... macam-macam kerja dah dibuatnya.. dari keja sebagai operator kilang di Pioneer Muar, Hitachi Device, Senai, pas tu pernah jadi Housekeeting kat Sofitel Senai, jadi operator kat Taima Casting, jadi operator kat Omni Tampoi, jadi Quality Technician kat Samtec Taman Johor, jadi Production Supervisor kat Venture Tampoi, jadi Quality Engineer kat Daepac, Taman Daya, jadi Asst Prod Manager kat tempat yang sama, dan macam-macam lagi la keja yang pernah aku buat.. 98% kerja yang aku dah buat selama nie adalah dalam bidang perkilangan.. aku pernah jugak cuba masuk dalam bidang lain.. jadi UTC (Unit Trust Consultant).. tapi exam pun fail.. hehe.. (aku bagi tau wife aku.. yang aku passed the exam.. )

Dalam bidang perniagaan.. aku sekarang sedang mengusahakan perniagaan dalam bidang pendidikan dan pengangkutan... aku buat blog dan website kedua-dua biz aku nie.. actually yang bidang pendidikan tu baru je setup.. belum bebetul maju lagi.. customer pun tak ramai.. insyallah.. suatu hari nanti pasti akan jadi ramai...

Emm apa lagi ekk.. oh yea ekk.. aku lupa la.. ada satu benda lagi yang aku belum dapat tunaikan.. dulu masa aku kecik-kecik aku ada janji ngan mak, aku nak bawak dia pegi haji.. mungkin tu je la yang aku belum tunaikan... insyallah, suatu hari nanti, kalau ada rezeki.. umur panjang.. insyallah aku akan bawak jugak emak kesana... insyallah..