Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts

Thursday, 5 February 2015

Berhenti Kerja : Apa yang perlu anda ambil peduli...

Salam.. sekarang nie kan awal tahun lagi kan.. iye la .. kan baru bulan feb. So kira awal lagi la kan tahun nie.. awal tahun ni, biasanya adalah masa yang paling popular untuk majikan agihkan sebahagian keuntungan mereka kepada para pekerja.. tapi ye la kan.. bonus adalah bonus.. kalau dapat tu baru namanya bonus kan.. 

Bonus nie biasanya dibayar dalam beberapa condition. Antara lain adalah sebab prestasi syarikat yang buat untung banyak.. dan juga pekerja menunjukan kesungguhan dalam kerja sepanjang tahun yang lepas... finally, bergantung kepada tahap kedekut majikan.. hahaha

Ok la.. sebenarnya bukan nak cerita pasal bonus sangat pun.. kalau dapat, allhamdulillah.. kalau tak dapat, say what... Bye .. Bye...

Yang saya nak cerita adalah, awal tahun nie jugak ramai yang buat planning untuk angkat kaki dari syarikat.. untuk mencari tempat yang lagi baik.. lagi mencabar.. gaji lebih besar.. sampai satu masa nanti, tak tau apa lagi nak cari... gaji ke.. pangkat ke.. waktu kerja ke.. emmm .. 

So apa yang kita kena consider sebelum nak tender notice.. 

1. Bonus dah masuk ke.. - Ha.. nie la kaitan berhenti kerja dengan bonus.. Kita memang sedia maklum, bonus yang kita dapat tahun nie, atau sekarang nie adalah hasil usaha kita terdahulu.. maksudnya, kalau bonus tahun nie, dia bergantung kepada prestasi kita pada tahun lepas.. tapi..kita kena ingat.. ramai majikan, terutamanya bagi syarikat yang kecik.. mungkin bawah 100 orang, mereka nie tak ada regulation sangat pun.. dah ia tak declare pun bonus nie dalam Employee Handbook. So, kadang kadang dan memang berlaku pun, kita tender sebelum dapat bonus, dan majikan tak akan bayar pun bonus kita, sebab dia fikir kita bukan part of the company anymore.. tapi tak la semua majikan macam tu..  bagi company besar, diaorang bayar jugak.. So, kalau company tempat anda keja jenis yang berkira, better tender lepas dapat bonus...

2. Bila berhenti keja, dah ada keja lain lom? Berhenti kerja nie, biasanya berpunca dari 2 faktor.. satu faktor menarik dan satu lagi faktor menolak.. menarik nie maksudnya, faktor luaran.. contohnya, dapat kerja tempat lain la.. wife sambung study kat oversea la.. ikut husband pindah tempat la... dll.. dan faktor menolak nie adalah faktor dalaman.. contohnya.. gaji dah 2 bulan tak bayar.. gaji masuk lambat.. gaduh dengan manager la.. selalu kena kutuk rakan sekerja sebab gemuk la.. dll.. so, sebelum berhenti kerja, kena selalu pastikan yang kita tau apa kita nak buat lepas kita berhenti kerja.. make sure bila berhenti keja, kalau dah dapat keja baru, pastikan majikan yang baru tu keluarkan offer letter, kalau nak join kawan buat biz, pastikam biz tu dah jalan sikit sikit.. dah ada income... then boleh la resign..

3. Duit dalam bank ada berapa ? Sumber kewangan yang cukup actually bagus. Semalam aku dapat satu video, ada sorang member india antar.. salah satu mesej yang diaorang sampaikan adalah, duit dalam bank tu, selagi kita tak guna, tu bukan milik kita.. maksudnya, duit tu still milik bank (kalau kita tak pakai lagi), kalau kita mati, sure la bukan milik kita... sebenarnya, kalau dah ada income selepas berhenti kerja, kita tak perlu risau sangat.. tapi kalau berhenti kerja dan tak ada income selepas berhenti, kena la ada standby duit untuk survive masa tak keja nanti... kalau tak, nanti banyak benda yang kena bayar.. tak mampu nak bayar, pas tu gaduh laki bini, last sekali bercerai... emmm susah nanti...

4. Banyak ke hutang? Banyak atau sikit hutang yang kita ada, sebenarnya tak jadi masalah. Yang penting adalah... hutang tu manageable atau tak... kalau tak, fikir masak masak sebelum berhenti.. kalau lepas berhenti, boleh bayar semua hutang tu.. please proceed untuk tender notice... 

5. Dah bincing ngan pasangan anda lom? Jangan buat keputusan berhenti kerja tanpa pengetahuan pasangan anda... sebab bagi yang dah kahwin nie.. everything kena telus.. pastikan bincang dulu sebelum buat keputusan... tak kisah la nak bincang masa bila.. masa makan ke, masa nak tido ke.. masa shopping barang dapur kat tesco ke.. yang penting dah bincang dan dah buat keputusan bersama.. contoh, wife decide nak berhenti kerja dan jadi fulltime housewife, meaning that, tinggal husband je yang keja.. duit bulanan cukup tak... emmm  tu yang kena bincang dulu tu... dalam satu hadith, ada menyebut, "takkan rugi orang yang meeting, tak akan menyesal orang yang beristikharah".. 

ok.. dah... 

Wednesday, 31 December 2014

Azam Tahun 2015

Seperti biasa, macam tahun tahun yang sudah, setiap kali masuk tahun baru Hijrah atau Masihi, biasanya kita akan pasang niat atau azam untuk tahun berikutnya.. mmg  bagus pun kalau ada niat atau azam untuk tahun akan datang. Sebaiknya kalau kita dah ada azam, kita tahu hala tuju kita.. tak la jalan macam kambing tanpa tujuan.. ehh tak baik ekk mengata kambing.. kita mengumpat jugak tu.. dah la tahun lepas punya azam nak kurangkan mengumpat .. hihi.. sori encik kambing

aku ada beberapa minit je nie nak tulis azam aku tahun depan... 

Ok, macam orang jugak la.. (azam azam yang popular..) aku nak jadi orang yang baik.. sebenarnya aku banyak jugak buat benda tak baik tahun nie.. insyallah kalau ada umur yang panjang, aku nak berubah terus jadi orang baik.. walaupun ramai orang kata aku nie muka garang @ gengstar... tak tau la ekk orang yang kata .. bukan aku.. 

(Selingan) perasan tak.. kalau kita nie nak tengok sama ada kita hensem atau tak.. kita pegi bilik air, dan tengok muka kita.. sure kita nampak hensem.. tapi kalau luar bilik air jadi tak hensem.. ahahah
Moralnya.. bersyukur dengan apa yang ada... aminnnn

Selain tu, actually aku baru setup biz.. yang berkaitan dengan pelancongan.. senang cerita., aku ada bukak travel agency.. kat pasir gudang johor.. harap harap biz kali nie menjadi.. biz yang sebelum nie, allhamdulillah memberi pulangan yang lumayan jugak.. harap yang nie pun sama.. doa doakan la ya...

Dari segi famili, off course la aku nak family aku bahagia.. aku pun dapat bahagiakan anak anak aku dan isteri aku jugak... 

tu je kot... hehe..

salam.. dan selamat menyambut tahun baru masihi...


Monday, 20 October 2014

Kawan : Apa Yang Aku Harapkan..

Aku tak tak tau nak letak tajuk apa kat atas tu.. tak apa la,, aku tulis je dulu.. nanti dah siap tulis, baru letak tajuknya kot.. 

Lebih kurang macam nie la.. sekarang nie kan banyak sosial communication platform kan.. iye la.. ada messenger la, whatapps la, beetalk la, wechat la, telegram la.. dan macam macam lagi la.. tu lom twitter dan yang seangkatan dengannya..So sapa yang senang guna whatapps, dia akan guna apps tu la.. dan seterusnya.. 

So, kebanyakan aps nie semua, boleh create group. So nak dijadikan cerita, ada la member sekolah invite join group. aku just join je la.. sebelum tu pun aku banyak kali masuk dan keluar group. kalau aku rasa tak sesuai dan banyak mengarut mengarut, aku exit dan delete group la.. nanti dua tiga minggu.. ada lagi group yang sama, invite lagi.. join lagi.. pas tu quit lagi.. 

actually banyak sebab aku quit. paling utama adalah sebab privacy. maksud aku, its ok utk menjalikan kembali persahabatan dengan member masa kat sekolah contohnya.. tak ada masalah pun.. tapi, ada sesetengah member, bila diaorang jumpa kita nie.. mereka nampak kita nie satu prospek yang paling dekat dan paling berpotensi.. bukan semua.. ada segelintir.. especially, yang ada business networking, buat takaful, buat mlm dan insurans.. 

pada aku, bila jumpa member lama nie, first yang kita nak ada adalah menjalinkan hubungan baik sesama kita.. tak ada udang disebalik batu.. tapi bagi mereka ini, mereka akan baik gila dengan kita.. pas tu. rupanya dia nak kita jadi downline la.. try produk diaorang la.. dan lain lain.. tak salah pun .. ok je.. tapi, mungkin niatnya dah menyimpang.. 

ala.. biasa kan terkena dengan member macam nie.. kita ingat dia excited sangat nak jumpa kita la.. haha.. ajak kuar minum bagai.. sekali, bila kita datang kat tempat yang kita dah janji utk minum tu.. sekali dia bawak gang da.. confirm kita dah terkono... hahaha

pas tu, apa lagi.. abis dia goreng kita  bagai.. 

tu yang kadang kadang rasa serik jugak tu.. bukan apa. kita nie niat ikhlas nak jumpa member member, tanya khabar.. dah ada berapa anak dll.. tapi member yang macam nie, dia tak kira tu semua.. janji sales masuk.. lepas kita dah join ngan dia.. lepas tu dah tak ada lagi nak baik baik dah.. haha.. biasa kan... senyum sorang sorang kenapa? kau pun terkono? hahaha

So nak letak tajuk apa nie.. dah banyak tulis pun tak tau nak letak tajuk apa lagi nie.. susah jugak ekk nak letak tajuk.. especially tajuk yang orang senang cari.. 

actually sama jugak ngan blogger blogger nie.. diaorang biasanya letak tajuk yang trending.. contohnya : keputusan perlawanan piala malaysia JDT 3 : Felda Utd 4. Walhal cerita kat dalam tu sikit je pasal bola.. yang lain tak ada kaitan pun dengan bola.. 

Next entry, aku nak tulis pasal jenis jenis kawan.. kawan masa kecik (sekolah tadika), kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan kat kolej / universiti, kawan kat tempat kerja, dan kawan kat kawasan kediaman.. 

Ha.. tajuk apa nie.. aduh.. susah nak letak tajuk nie.. tak apa la.. aku letak tajuk yang niche. jap aku tengok kat yahoo.com

 


Wednesday, 8 October 2014

Nyamuk Tiruk : Bahaya Demam Denggi

Semalam aku cuti. Emergency leave. Wife aku demam. Sehari sebelum tu kat tangan dia macam ada merah merah. Aku tanya dia, apa last sekali yang dia makan sebelum kena macam tu. Dia kata, makan pau masa lunch tengahari.. konon nak diet la tu.. hehe.. so aku suspect, kandungan pau tu sendiri menyebabkan tangan dia jadi merah merah..

Pagi semalam, masa bangun tido, aku tengok merah merah kat tangan dia dah merebak kat tempat lain pulak.. ada sampai kat belakang badan, kaki dan lain lain.. tah macam mana boleh terfikir tentang denggi. Sebab pagi tu pun badan dia panas jugak.. so, aku takut dia kena denggi.. pagi semalam bawak ke klinik kat Air Biru Pasir Gudang.. Buat test semua, confirm kena denggi. Terus kena refer ke KPJ Pasir Gudang.

Dr buat test sekali lagi.. mmg confirm kena denggi. Cuma, merah merah kat tangan dan lain lain anggota tu bukan sebab dan tanda tanda denggi la.. alahan kata doctor.. So, apa yang aku cakap sebelum nie mmg betul la.. hehehe..

Tadi masa aku duduk kejap, sempat aku cari tentang demam denggi nie.. Rupanya ada dua jenis denggi nie.. Satu denggi biasa (orang perubatan panggil denggi klasikal) dan satu lagi adalah demam denggi berdarah.

Kalau demam denggi biasa nie, pesakit akan menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'. Sebabnya, dia akan rasa kat tulang tulang kita. Even, kalau kita sentuh permukaan tangan kita dengan lembut sekalipun, akan terasa sakit gila..

Demam denggi berdarah pulak, Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'. Walaupun kebanyakan yang kena denggi berdarah nie adalah kanak kanak, tapi orang dewasa juga terdedah kepada risiko yang sama. Antara puncanya adalah, antibody yang rendah atau lemah.

Kan selalu kalau kita demam, atau batuk ke apa ke, kita rajin makan atau minum antibiotic kan.. sebenarnya kurang elok.. sebab dalam dia membunuh bakteria yang jahat, dia akan membunuh bakteria yang baik jugak.. so, kalau nak bagus, jangan makan antibiotic, biarkan je bakteria baik lawan dengan bakteria jahat...

Boring gila sebenarnya kalau orang yang hari hari tido dengan kita, tiba tiba satu malam tu kita tido ngan anak anak je... rindu gila kat orang umah aku... doakan dia cepat sembuh.. amin...

Thursday, 7 August 2014

Dhaarma Raj Abd Vs Khalid Ibrahim : Persamaan Antara Mereka

Menjadi ketua bukanlah suatu yang mudah. Apatah lagi menguruskan manusia. Memang terlalu besar cabarannya. Ketua / manager yang paling ramai dimuka bumi ini adalah seorang bapa. Jumlahnya sama banyak dengan jumlah keluarga yang ada. Setiap perkahwinan yang normal, pasti akan ada seorang bapa. Tugas bapa / ayah / dady / walid / abah / appa / dan lain lain lagi gelaran yang diberikan. Saya akui, bukanlah suatu tugas yang mudah. Penuh tanggungjawab yang harus dipikul. 



OK la.. itu tentang bapa. Apa kes pulak kalau ketua jurulatih sebuah pasukan hoki kebangsaan, sekarang nie kes Dhaarma Raj Abd yang baru baru ini pasukannya - Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia, telah mengalami beberapa kekalahan semasa di temasya sukan Commonwealth. Termasuk kekalahan keatas Trinad And Tabago 4-2. 

Sebelum itu Dhaarma Raj Abd telah membawa Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia ke peringkat akhir Pila Dunia Hoki. Sesuatu pencapaian yang pada saya sangat membanggakan. Bukan calang calang pasukan yang layak untuk ke Piala Dunia. Dengan barisan negara negara gergasi Eropah, German, Belgium, Spain, Asia, Korea, India, Pakistan dan beberapa negara kuasa hoki yang lain. 

Khalid Ibrahim pula, kalau ikut sejarah kehidupannya, beliau juga seorang tokoh koprat yang sangat disegani terutama sekali dalam bidang plantation, setelah menerajui Gutheri, join PNB dengan memegang pelbagai jawatan penting sebelum memasuki arena politik. Baca selanjutnya di wikipedia

TETAPI : Tetapi akibat beberapa kejadian yang kurang disenangi oleh orang atasan mereka, mereka dipaksa untuk meletakan jawatan malah lebih teruk lagi kena pecat!!. Hampeh sungguh orang yang membuat keputusan macam tu.

Bukan apa, saya yakin, dengan kebolehan dan good tracking record mereka berdua, ramai yang menunggu mereka berdua meletakan jawatan. Sebab, orang yang menunggu mereka ini adalah organisasi ataupun pasukan kebangsaan negara lain yang dahagakan bakat kebolehan dan kepimpinan yang mereka ada ini. SERIUS BEB. 

Saya tak dapat bayangkan kalau seorang bapa menghadapi undi tidak percaya daripada isteri dan anak anaknya sendiri... perghhhh

 

Tuesday, 5 August 2014

Meeting : Penting Ke?

"Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana" - Hadis Nabi Muhammad SAW

Setiap hari, salah satu rutin sebagai seorang engineer adalah menghadiri meeting. Kalau quality engineer, macam biasa la, meeting incoming quality la, meeting dengan production la, meeting dengan vendor la. Kalau civil engineer, biasanya meeting dengan maincon, meeting ngan orang JKR dan lain lain. Tapi, tugas mereka yang utama bukan la meeting saja. Meeting nie just untuk berbincang mengenai sesuatu problem dan cari solution sama ada solution yang bersifat sementara atau yang bersifat kekal.

Dalam meeting biasanya ada satu atau banyak problem yang akan diutarakan. Dalam meeting ada satu ketua yang akan jadi perantara - macam perantara bomoh dan jin la pulak.. haha.. tapi selalunya perantara nie akan tanya la setiap orang yang ada problem  nie.. Meeting nie biasanya lebih dari sorang la kan. kalau meeting sorang sorang tu dah namanya gila sebab cakap sorang sorang. 

Dalam meeting jugak, ketua tadi nie akan tanya pendapat setiap orang yang ada.. Mungkin bukan semua orang la.. mungkin sebahagian saja. Bila dah tanya ramai orang nie, mula la ada banyak pendapat. So, nak pilih solution yang baik biasanya ketua yang akan buat keputusan.. Yang lain kena ikut. 

Stage seterusnya, bila ketua dah buat keputusan, yang lain kena ikut, dan tak perlu nak argue lepas meeting atau nak bahas apa jadah semua. Just buat apa yang telah diputuskan, kalau ada masalah semasa nak melaksanakan tugas tugas tu, nanti next meeting baru bincang balik. 

Kebanyakan meeting yang korang pernah conduct atau pernah attend lebih kurang sama je.. mungkin tak 100% sama, tapi lebih kurang mirip mirip nora danish la..

Satu lagi, meeting nie bukan dekat organisasi je.. kat rumah pun bagus buat meeting dengan ahli keluarga yang lain. Dengan isteri, dengan anak anak.. 

Ada komen?

Friday, 16 May 2014

Hidup Tanpa Duit : Perbelanjaan Sebulan

Hehehe.. Macam mana rasanya kalau kita hidup tanpa duit, sedangkan pada masa nie semua benda yang kita perlu dan inginkan perlu dibayar dengan duit. Cakap je apa barang dan servis yang kita nak. Bangun pagi

Tuesday, 6 May 2014

Kantoi Dengan Wife

Semalam adalah hari yang  agak bersejarah dalam hidup aku. Sebabnya? Sebab aku dah tak tau berapa kali aku dah kantoi dengan wife. Kantoi aku ada kawan perempuan. Nak kata malu, memamg la malu. Sebab yang pertama adalah kantoi sebab aku sms bukan bukan pada girl tu, second aku dah kantoi banyak kali, ketiga sebab aku dah banyak kali aku janji dengan dia yang aku tak buat lagi, tapi aku buat jugak. Meh kita analisis kenapa boleh kantoi.

Aku ada dua hp ( biasa la kan, aku kerja makan gaji, tapi at the same time, aku buat biz jugak) so memerlukan aku guna dua hp. Satu utk biz ngan family, satu lagi utk kerja. So kononnya tak nak campur adukkan antara keja ngan biz la. 

Kat tempat kerja, aku adalah seorang Senior Manager (ada pangkat kat tempat keja, tapi sebenarnya serta  hakikatnya, aku adalah seorang kuli...). Sama macam mana mana manager la kan, biasannya manager nie kan ada sifat pelupa.. aku pun sama la.. Bukan nak salahkan pangkat, tapi mungkin faktor lain jugak.. usia (masuk 37), banyak fikir (fikir pasal biz, pasal kerja, pasal family, pasal yang bukan bukan.. haha), dan macam macam lagi la faktor menyebabkan aku jadi agak pelupa. 

Setiap sms yang aku send atau received, selalunya aku delete sebelum aku balik umah. Tapi, ni yang selalunya buat spoil. Dalam sebulan lebih kurang 1800 pcs ( pcs ehh.. boleh la. ekk) sms yang aku hantar. So lebih kurang ada 3600 pcs sms keluar masuk hp aku sebulan. Banyak ekk.. kebanyakannya untuk biz la.. betul.. aku tak tipu nie.. mmg biz yang aku buat, banyak guna sms utk berhubung. Sekarang guna Whatapp la.. jimat sikit..

So, bila dah banyak sangat sms keluar masuk nie.. kat sini la timbulnya lupa nak delete sms dari yang bukan bukan nie.. sekali satu hari, wife cek hp la pulak.. abis kantoi aku dibuatnya..

Sebenarnya aku bukan tak nak berubah utk jadi seorang yang setia.. tipu la ekk kalau seorang suami tak nak setia pada isterinya.. tapi .. ada sesetengah orang (aku dan yang seangkatan) setia tu la paling susah nak bagi pada wife. Benda lain, insyallah aku boleh bagi, tapi bab yang satu nie paling susah nak bagi.. 

Paling lama, lepas kantoi dengan wife, aku boleh bertahan 3 bulan je.. lepas tu aku start contact balik. Kadang kadang dia contact aku.. sama sama naik la ekk

So, untuk elakaan kecelakaan dalam rumah tangga, sentiasa la telus dengan wife dan kawan kawan...

Wednesday, 22 August 2012

Cara Lain Mengambil Hati Mertua

Selama ini aku hanya membaca didalam buku-buku atau majalah mengenai tips yang boleh digunakan untuk mengambil hati mertua. Aku pun tak tahu keberkesanan tips yang selama ini aku baca.

Kisahnya bermula macam nie. Masa bulan puasa hari tu, aku, isteri dan anak-anak telah balik kekampung sebelah wife. Memang menjadi rutin setiap bulan, insyallah kami akan balik sekurang-kurangnya sekali ke rumah mertua, dan sekali ke rumah mak ayah aku. Tapi kadang-kadang pun ada terlepas jugak la.. cuma jarang-jarang.

Mertua aku, adalah seorang yang pandai membuat kuih.. tak kira apa jenis kuih. Kalau ada orang order je, sure dia akan buat. Walaupun aku rasa, kadang-kadang dia pun tak berapa mahir utk buat kuih tu.. Iye la kan.. dah orang percaya dia boleh buat, so dia buat jugak la.. walaupun dia cakap kat customer yang dia tak reti buat kuih tu, sure customer dia tak percaya.. mati-mati customer tu ingat dia pandai buat semua kuih.. hehe

So bila aku balik, aku pun tanya la kat dia.. sambil borak-borak kat dapur. Aku tanya, tahun nie tak ada kuih bahulu (bahulu kecik) ke? Dia kata, ada orang order, cuma dia yang tolak, sebab leceh nak buat bahulu nie.. prosesnya banyak. Nak kena jemur tepung bagi kering, nak kena pukul tepung sampai tepu, (mak aku kata pukul sampai jadi tepung.. padahal sebenarnya bukan tepung.. tapi TEPU .. hehe).. So mak mertua aku decide tak nak buat bahulu...

Rupa-rupanya dalam diam-diam dia tanya wife aku, aku suka makan bahulu ke? Wife aku pun mengiyakan je la.. So peristiwa tu berlalu beberapa minggu..

Bila balik raya hari tu.. aku tengok kat dapur, ada kuih bahulu. Dalam hati aku, mesti kuih bahulu nie dia buat untuk aku nie.. hehe.. Sebab aku dah tahu apa yang berlaku, malam tu lepas berbuka puasa.. aku amik dua tiga ketul bahulu tadi dan cecahkan air... dan aku tahu mertua aku nampak apa yang aku buat... sure dia bangga sebab bahulu yang dia buat tu, aku suka..

Bila balik semula ke rumah, mereka belakkan aku satu tupperware besar bahulu.. Ah .. sudah.. bila masa pulak aku nak abiskan nie.. pening-pening...

Tapi apa yang aku belajar.. sebenarnya manusia nie memamg suka kena puji.. lebih-lebih lagi perempuan.. kalau kena puji .. suka sangat... so aku cadangkan, kalau ada sesapa yang tak ngam ngan mertua atau mak ayah mereka, cuba tengok atau fikirkan apa yang mereka suka.. so dari situ kita boleh manipulate perkara yang dia suka.. dalam kes mertua aku, dia suka buat kuih.. so kita puji dia punya kuih.. ataupun kita belikan dia mesin penguli tepung.. dan macam-macam lagi la...

selamat mencuba...


Saturday, 14 July 2012

Nukilan Seorang Suami.... (seperti yang diceritakan oleh seorang kawan rapat kepada saya)...

Assalamualaikum, saya adalah seorang suami yang telah dicurangi oleh isteri. Pada bulan ramadan lalu saya ada melakukan sembahyang hajat dan saya minta petunjuk dari Allah jika isteri saya ada membuat sesuatu yang tidak baik dibelakang saya tunjukkkanlah kepada saya. Dua bulan selepas itu iaitu oktober 2010 saya terbaca sms isteri saya dari seorang lelaki. Isteri saya mengaku dia ada hubungan dan sayangkan lelaki itu. Kami bergaduh besar dan hampir2 nak bercerai.. .

Setelah berfikir dan setelah isteri saya bersumpah dengan al-quran saya bagi peluang pada dia. Bagaimanapun, 5 bln selepas itu iaitu mac 2011 saya dapat tahu sebenarnya isteri saya masih berhubung dengan lelaki itu. Apabila saya minta penjelasan dari isteri dia beritahu dia tak boleh nak tinggalkan lelaki itu immediately dan tgh mencuba utk tinggalkan lelaki itu secara perlahan-lahan. Sepanjang tempoh 5 bulan ini juga saya byk buat sembahyang hajat mungkin sebab tu Allah bagi petunjuk kat saya yg isteri sy msh menipu saya. Kami bergaduh besar lagi dan

Saya ada call lelaki itu dan dia kata dia dah tinggalkan isteri saya tp suami sy msh cari dia.

Masalahnya walaupun isteri saya sanggup beersumpah dengan al-quran dan bersumpah jika kali ini dia msh berhubung dgn lelaki itu sesuatu yg buruk akan berlaku kepada emaknya tetapi saya sudah tidak percaya lagi pada dia. hati saya menjadi tawar dan kadangkala ada perasaan benci dalam hati saya pada isteri. Memang isteri cuba buat macam2 utk pulihkan keadaan tetapi bagi saya ianya hanyalah sebuah lakonan. Ini kerana dari bulan oktober hingga mac dia juga buat macam2 nak perbaiki hubungan kami tetapi dalam diam dia msh berhung dengan lelaki itu. Saya tidak dapat menerima hakikat isteri saya menikam saya dari belakang dan tiada rasa kasihan pada saya.

Saya pohon pandangan pembaca disini bagaimana utk saya kembali meyayangi isteri sepenuh hati dan percaya padanya dan mcmana nak buang rasa benci ini. Ini kerana jauh di sudut hati saya saya masih meyayangi perkahwinan saya dan anak saya. Pandangan dari semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Meraih Keberkatan Dalam Kehidupan


Raihlah keberkatan hidup disisi Allah SWT kerana hidup berkat akan sentiasa bercukupan dan kecukupan itu akan memperoleh keberkatan. Justeru itu kita selalu berdoa dan meminta orang lain mendoakan kita agar segala sesuatu yang kita miliki dan kita usahakan memperolehi keberkatan dari Allah SWT. Dalam masyarakat kata “berkat”, “berkah”, atau “barakah” sudah tidak asing lagi. Kata barakah berasal dari bahasa Arab yang bererti tumbuh, berkembang, tetapnya sesuatu, kemudian ia bercabang, dan satu sama lain saling berdekatan. Secara terminologi kata berkah bererti “kebaikan yang bersumber dari Allah SWT yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana mestinya”.

Pasrah Kepada Allah Sudahkah kita merasai keberkatan itu? Ramai orang yang meninggal dunia dalam keadaan kerugian sebelum tercapainya cita-cita yang diimpikan, tidak sempat untuk beramal kerana sibuk mengejar harta. Gemerlap dunia ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimiliki. Orang yang tidak pernah puas maka ia tidak akan pernah bahagia. Hidupnya menjadi tidak barakah disisi Allah SWT dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimiliki maka Allah SWT memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

“Barangsiapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, niscaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (HR. Ahmad). Menurut Ath-Thabathaba’i, kebaikan yang bersumber dari Allah SAW itu muncul tanpa diduga dan tidak terhitung dalam sepanjang kehidupan, baik yang bersifat kebendaan mahupun berbentuk kerohanian.

Keberkatan yang bersifat kebendaan itu akan bermuara juga kepada keberkatan dalam ketinggian kualiti spiritual dalam kehidupan yang mencintai akhirat. Mulianya hidup tatkala kehidupan sentiasa diberkati Allah SWT. Bila hidup kita diberkati Allah SWT, kehidupan akan selalu merasa cukup dan bila kita merasa berkecukupan maka kita memperoleh keberkatan. “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas kurnia-NYa lagi Maha Tinggi, akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Barangsiapa yang redha dengan pemberian Allah maka Allah akan memberkahi dan melapangkan rezeki untuknya dan barangsiapa yang tidak redha niscaya rezekinya tidak diberkahi.” (HR. Ahmad).

Kunci Keberkatan Untuk meraih keberkatan dalam kehidupan, ada dua tuntutan syarat yang perlu kita laksanakan. Firman Allah SWT: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (Al-A’raf:96).

Pertamanya, beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang dikutip di dalam surah Al-A’raf, ayat 96. Ayat ini menunjukkan balasan Allah SWT bagi hamba-hamba-Nya yang beriman, yakni keberkatan dari langit dan bumi. Sebaliknya, ayat tersebut juga sekaligus menjadi penjelas bahawa orang yang kufur kepada Allah SWT, niscaya tidak akan pernah merasakan keberkatan dalam hidup. Justeru bagi membina iman, kita perlu mentarbiyah hati kita dengan tarbiyah imaniyah. Bersihkan hati kita dari sebarang dosa dan noda. Bersihkan hati kita dari karat-karat jahiliyah yang akan menghitamkan hati kita lalu menjadi penghalang kepada hadirnya hidayah, petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. Hati yang bersih akan menumbuhkan keimanan yang sebenar terhadap Allah SWT. Kedua, amal soleh.

Yang dimaksud dengan amal soleh ialah menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya sesuai dengan syariat yang diajarkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT: “Demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah “(Al-Lail:1-7). Iman dan Amal Soleh Inilah hakikat kepentingan memiliki ketakwaan dan melaksanakan amal soleh yang menjadi prasyarat datangnya keberkatan sebagaimana ditegaskan Allah SWT di dalam Al Quran. Setelah kita berusaha untuk memenuhi prasyarat tersebut, maka berserahlah kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Allah SWT juga menceritakan di dalam Al-Quran tentang Ahlul Kitab yang hidup pada zaman Nabi SAW, Allah SWT berfirman: “Dan sekiranya mereka benar-benar menjalankan Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka, niscaya mereka akan mendapatkan makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka…” (Al-Ma’idah: 66).
Para ulama tafsir menjelaskan, yang dimaksud dengan “mendapatkan makanan dari atas dan dari bawah kaki”, ialah Allah SWT melimpahkan kepada mereka rezeki yang sangat banyak dari langit dan dari bumi, sehingga mereka akan mendapatkan kecukupan dan pelbagai kebaikan tanpa susah payah, letih, lesu, dan tanpa adanya tentangan atau pelbagai permasalahan yang mengganggu ketenteraman hidup mereka (Tafsir Ibnu Katsir, 2/76).

Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di, “Sekiranya mereka melaksanakan perintah-perintah Allah, menjauhi larangan-larangan-Nya, seperti yang dianjurkan dan diperintahkan oleh Allah, dan termasuk perlaksanaannya adalah beriman kepada apa yang diserukan oleh Taurat dan Injil untuk beriman kepada Muhammad s.a.w. dan kepada al-Quran, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Yakni, Allah akan melimpahkan rezeki kepada mereka, langit dijadikan menurunkan hujan, bumi pula menumbuhkan tanaman.” (Rujuk: Tafsir as-Sa’di, jil. 2, m/s. 378-379)

Al-Quran Sumber Keberkatan Semoga kita meraih keberkatan di sepanjang kehidupan kita. Tidak ada cara yang terbaik untuk kita beroleh keberkatan melainkan kita sentiasa merujuk kepada panduan terlengkap yang Allah SWT telah bekalkan kepada kita melalui Al Quran yang menajdi sumber keberkatan. Firman Allah SWT: “Dan Al-Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya? (Al Anbiyaa’:50) “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad:29). Kini kunci meraih keberkatan dalan kehidupan telah terbongkar. Al Quran memandu kita agar berbekal dengan iman, taqwa dan amal soleh, insyaAllah kita akan meraih keberkatan. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (An-Nahl:9)

Friday, 13 July 2012

Keberkatan Hidup..

1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.
2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.
3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT mengurangkan keberkatan tanahnya.
4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.
5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.

Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2, M/S: 459.
Skandal seringkali menjadi penyebab utama rosaknya pernikahan dan hubungan suami isteri. Padahal saling percaya menjadi salah satu komponen yang paling kuat dalam percintaan. Sekali kepercayaan dikhianati, pasti sukar untuk kembali menggugat cinta seperti sedia kala.
Maka dari itu, sangat penting untuk saling menjaga rasa percaya antara Anda dan pasangan. Tapi bagaimanapun juga, manusia kadang tak dapat lari dari melakukan kesalahan, dan kemungkinan Anda atau pasangan menjalin skandal tetap ada.

Membuka hati setelah disakiti memang tidak mudah. Karena itu pelajari langkah berikut agar Anda bersedia menjalin hubungan semula dengan situasi dan membuka lembaran baru dalam hidup.

Simpati
Sedari bahwa semua orang bisa menyakiti Anda, termasuk orang terdekat. Fikirkan bahwa Anda juga pernah menyakiti seseorang, dan Anda akhirnya menyesal bukan? Begitulah orang lain, mereka tidak bermaksud benar-benar menyakiti Anda dan akhirnya menyesal pula.

Bersedia dengan Yang Terburuk
Anda harus mempersiapkan diri untuk yang terburuk sama besarnya dengan yang terbaik. Jangan mengira jika Anda sudah kenal baik maka orang itu tidak akan menyakiti Anda. Manusia selalu membuat kesalahan.

Kendalikan Diri
Saat Anda disakiti, cuba untuk tidak terlalu reaktif dengan memikirkan kemungkinan ini bukan soal Anda. Seseorang menyakiti bukan karena ingin menyerang Anda secara personal, tapi ada faktor lain, dan Anda terkena imbas.

Belajar Menetapkan Batasan
Batasan dalam hidup membuat Anda lebih mengenal diri sendiri. Jadi Anda faham sampai mana batas kesabaran, seperti apa Anda ingin diperlakukan, perilaku apa yang menyakiti Anda, yang nantinya berguna untuk mengendalikan diri.

Percaya Diri
Sedari bahawa yang paling dapat menolong adalah diri Anda sendiri. Jika orang terdekat menyakiti, siapa yang paling bisa harapkan jika bukan diri sendiri. Belajarlah untuk percaya pada kekuatan diri.

Dapat Dipercayai
Jadilah orang yang menyenangkan, dapat dipercaya, jujur, tidak peduli apapun situasinya. Menjaga komitmen, dan menghormati privasi.

Menguatkan Kemampuan Komunikasi
Kunci hubungan adalah komunikasi. Kerena itu pelajari teknik berkomunikasi agar hubungan Anda terjaga. Belajar menyampaikan pesan dengan halus, tenang, tapi tegas dan tandas.

Pelajari bila Anda dapat berbicara, bagaimana mengajak orang terdekat bicara terbuka pada kita, dan membuat orang mendengarkan kita.

Kadang-kadang sebagai manusia, kita memang sangat sukar untuk melupakan perkara buruk yang pernah berlaku pada kita.. sukar.. memang sukar. aku sendiri pernah mengalami.. memang selalu menghantui diri.. susah memang susah.. kadang-kadang dalam hati, aku cuba memaafkan dan melupakan apa yang

 

Monday, 12 March 2012

Kasih Sayang : Perkara Yang Kita Terlepas Pandang Mengenai Anak-Anak Kita

Saya tak tahu dari mana asal usul artikel nie.. Seorang kawan telah mengemailkan kepada saya baru-baru nie.. Memang berguna.. kepada mereka yang terlepas pandang...
Semua ibu bapa berkata mereka sayangkan anak, tetapi mengapa si kecil tidak berasakan demikian? Kesibukan ibu bapa menyebabkan masa diluangkan dengan anak terbatas. Anak yang cemerlang mempunyai hubungan kekeluargaan erat dan ibu bapa banyak meluangkan masa dengan mereka. Lebih banyak masa bersama ibu bapa, semakin dirasakan kasih sayang itu. Tiada sesiapa boleh menggantikan kehadiran ibu bapa. Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan anak.

Kerap kali ibu bapa cuba menggantikan masa dengan kebendaan dan kewangan. Mereka belikan apa saja yang anak mereka mahukan. Mereka berikan wang setiap kali dipinta. Namun, ia hanya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang.

Ini bukanlah bermakna anak yang terbiar tiada yang berjaya. Tetapi, apabila keharmonian keluarga terjejas dan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing, disiplin anak terbiar. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet.

Berikut perkara yang perlu ibu bapa lakukan bagi memastikan anak mereka cemerlang dunia dan akhirat. 

1. Berikan masa bersama seisi keluarga. Wujudkan aktiviti keluarga seperti makan bersama, solat berjemaah, bercuti, berkelah, beriadah, bermain dan menonton.  Apabila sudah bersama pasti banyak cerita, gurauan dan kenangan. Semua ini mampu meningkatkan estim diri anak. Anak yang sayangkan keluarga dan ibu bapa tidak akan sanggup mengecewakan dan melakukan sesuatu yang memalukan nama baik keluarga.

2. Berikan masa untuk setiap anak secara personal. Kadangkala ada sesuatu yang mahu disampaikan tanpa diketahui adik-beradik yang lain. Oleh itu, adakan masa secara personal. Jika apa yang disampaikan itu satu rahsia maka ibu bapa perlu rahsiakan, jangan sampai anak tidak percayakan kita lagi.

3. Berikan anak masa bersendiri. Ada ketikanya anak perlukan masa untuk dirinya. Ketika itu usah ganggu mereka. Biarkan mereka dalam biliknya dan melakukan apa saja asalkan tiada sesuatu yang buruk dilakukan. Ketuk bilik sebelum masuk sebagai menunjukkan yang kita hormati haknya sebagai anak.

4) Ambil cuti untuk bersama anak. Usah sayang cuti yang ada. Gunakan sebahagian daripada cuti yang ada untuk bersama dengan anak. Apabila bercuti dengan anak pastikan mereka diberitahu bahawa kita memang sengaja ambil cuti untuk bersama dengan mereka agar anak lebih menghargai masa yang diluangkan itu.

5. Temu janji dengan anak sama penting dengan orang lain. Kita berjanji membawa mereka makan di luar, tetapi apabila tiba masanya, dibatalkan dengan pelbagai alasan.  Bayangkan anak begitu teruja menanti detik bersama ibu bapa malah mereka sanggup membatalkan program dengan kawan-kawan semata-mata mahu bersama orang disayang, tetapi akhirnya mereka hampa. Jika sekali dua mungkin boleh diterima anak, tetapi apabila sering begitu, anak berasakan bahawa ibu bapa tidak pentingkan hati dan perasaan mereka.

6. Adakan masa untuk mendengar luahan hati dan masalah anak. Ibu bapa tidak suka anak mereka bermasalah, tetapi hakikatnya mana ada manusia hidup yang tanpa masalah. Masalah adalah satu proses yang mematang dan mendewasakan anak. Ramai ibu bapa cuma mahu mendengar cerita yang baik sahaja. Mereka mahu anak mereka dipuji guru dan masyarakat, keputusan yang baik, anugerah dan menang pertandingan. Tetapi, anak itu manusia biasa. Ada ketikanya markah peperiksaan merosot, guru menegur kelakuannya, tidak mendapat kedudukan yang baik dalam kelas atau gagal memenangi pertandingan. Apabila tertekan, tempat mengadu ialah ibu bapa. Tetapi, adakah kita bersedia mendengar cerita dan luahan hati anak ini?

7. Cari masa hadir dalam acara penting anak. Kehadiran ibu bapa adalah bukti kita sayangkan mereka. Ia satu pengorbanan mudah buat si anak. Bayangkanlah hati anak apabila melihat ibu bapa kawan-kawannya hadir. Jangan hampakan mereka sebaliknya beri sokongan moral.