Salam.. sekarang nie kan awal tahun lagi kan.. iye la .. kan baru bulan feb. So kira awal lagi la kan tahun nie.. awal tahun ni, biasanya adalah masa yang paling popular untuk majikan agihkan sebahagian keuntungan mereka kepada para pekerja.. tapi ye la kan.. bonus adalah bonus.. kalau dapat tu baru namanya bonus kan..
Bonus nie biasanya dibayar dalam beberapa condition. Antara lain adalah sebab prestasi syarikat yang buat untung banyak.. dan juga pekerja menunjukan kesungguhan dalam kerja sepanjang tahun yang lepas... finally, bergantung kepada tahap kedekut majikan.. hahaha
Ok la.. sebenarnya bukan nak cerita pasal bonus sangat pun.. kalau dapat, allhamdulillah.. kalau tak dapat, say what... Bye .. Bye...
Yang saya nak cerita adalah, awal tahun nie jugak ramai yang buat planning untuk angkat kaki dari syarikat.. untuk mencari tempat yang lagi baik.. lagi mencabar.. gaji lebih besar.. sampai satu masa nanti, tak tau apa lagi nak cari... gaji ke.. pangkat ke.. waktu kerja ke.. emmm ..
So apa yang kita kena consider sebelum nak tender notice..
1. Bonus dah masuk ke.. - Ha.. nie la kaitan berhenti kerja dengan bonus.. Kita memang sedia maklum, bonus yang kita dapat tahun nie, atau sekarang nie adalah hasil usaha kita terdahulu.. maksudnya, kalau bonus tahun nie, dia bergantung kepada prestasi kita pada tahun lepas.. tapi..kita kena ingat.. ramai majikan, terutamanya bagi syarikat yang kecik.. mungkin bawah 100 orang, mereka nie tak ada regulation sangat pun.. dah ia tak declare pun bonus nie dalam Employee Handbook. So, kadang kadang dan memang berlaku pun, kita tender sebelum dapat bonus, dan majikan tak akan bayar pun bonus kita, sebab dia fikir kita bukan part of the company anymore.. tapi tak la semua majikan macam tu.. bagi company besar, diaorang bayar jugak.. So, kalau company tempat anda keja jenis yang berkira, better tender lepas dapat bonus...
2. Bila berhenti keja, dah ada keja lain lom? Berhenti kerja nie, biasanya berpunca dari 2 faktor.. satu faktor menarik dan satu lagi faktor menolak.. menarik nie maksudnya, faktor luaran.. contohnya, dapat kerja tempat lain la.. wife sambung study kat oversea la.. ikut husband pindah tempat la... dll.. dan faktor menolak nie adalah faktor dalaman.. contohnya.. gaji dah 2 bulan tak bayar.. gaji masuk lambat.. gaduh dengan manager la.. selalu kena kutuk rakan sekerja sebab gemuk la.. dll.. so, sebelum berhenti kerja, kena selalu pastikan yang kita tau apa kita nak buat lepas kita berhenti kerja.. make sure bila berhenti keja, kalau dah dapat keja baru, pastikan majikan yang baru tu keluarkan offer letter, kalau nak join kawan buat biz, pastikam biz tu dah jalan sikit sikit.. dah ada income... then boleh la resign..
3. Duit dalam bank ada berapa ? Sumber kewangan yang cukup actually bagus. Semalam aku dapat satu video, ada sorang member india antar.. salah satu mesej yang diaorang sampaikan adalah, duit dalam bank tu, selagi kita tak guna, tu bukan milik kita.. maksudnya, duit tu still milik bank (kalau kita tak pakai lagi), kalau kita mati, sure la bukan milik kita... sebenarnya, kalau dah ada income selepas berhenti kerja, kita tak perlu risau sangat.. tapi kalau berhenti kerja dan tak ada income selepas berhenti, kena la ada standby duit untuk survive masa tak keja nanti... kalau tak, nanti banyak benda yang kena bayar.. tak mampu nak bayar, pas tu gaduh laki bini, last sekali bercerai... emmm susah nanti...
4. Banyak ke hutang? Banyak atau sikit hutang yang kita ada, sebenarnya tak jadi masalah. Yang penting adalah... hutang tu manageable atau tak... kalau tak, fikir masak masak sebelum berhenti.. kalau lepas berhenti, boleh bayar semua hutang tu.. please proceed untuk tender notice...
5. Dah bincing ngan pasangan anda lom? Jangan buat keputusan berhenti kerja tanpa pengetahuan pasangan anda... sebab bagi yang dah kahwin nie.. everything kena telus.. pastikan bincang dulu sebelum buat keputusan... tak kisah la nak bincang masa bila.. masa makan ke, masa nak tido ke.. masa shopping barang dapur kat tesco ke.. yang penting dah bincang dan dah buat keputusan bersama.. contoh, wife decide nak berhenti kerja dan jadi fulltime housewife, meaning that, tinggal husband je yang keja.. duit bulanan cukup tak... emmm tu yang kena bincang dulu tu... dalam satu hadith, ada menyebut, "takkan rugi orang yang meeting, tak akan menyesal orang yang beristikharah"..
ok.. dah...
No comments:
Post a Comment