"Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana" - Hadis Nabi Muhammad SAW
Setiap hari, salah satu rutin sebagai seorang engineer adalah menghadiri meeting. Kalau quality engineer, macam biasa la, meeting incoming quality la, meeting dengan production la, meeting dengan vendor la. Kalau civil engineer, biasanya meeting dengan maincon, meeting ngan orang JKR dan lain lain. Tapi, tugas mereka yang utama bukan la meeting saja. Meeting nie just untuk berbincang mengenai sesuatu problem dan cari solution sama ada solution yang bersifat sementara atau yang bersifat kekal.
Dalam meeting biasanya ada satu atau banyak problem yang akan diutarakan. Dalam meeting ada satu ketua yang akan jadi perantara - macam perantara bomoh dan jin la pulak.. haha.. tapi selalunya perantara nie akan tanya la setiap orang yang ada problem nie.. Meeting nie biasanya lebih dari sorang la kan. kalau meeting sorang sorang tu dah namanya gila sebab cakap sorang sorang.
Dalam meeting jugak, ketua tadi nie akan tanya pendapat setiap orang yang ada.. Mungkin bukan semua orang la.. mungkin sebahagian saja. Bila dah tanya ramai orang nie, mula la ada banyak pendapat. So, nak pilih solution yang baik biasanya ketua yang akan buat keputusan.. Yang lain kena ikut.
Stage seterusnya, bila ketua dah buat keputusan, yang lain kena ikut, dan tak perlu nak argue lepas meeting atau nak bahas apa jadah semua. Just buat apa yang telah diputuskan, kalau ada masalah semasa nak melaksanakan tugas tugas tu, nanti next meeting baru bincang balik.
Kebanyakan meeting yang korang pernah conduct atau pernah attend lebih kurang sama je.. mungkin tak 100% sama, tapi lebih kurang mirip mirip nora danish la..
Satu lagi, meeting nie bukan dekat organisasi je.. kat rumah pun bagus buat meeting dengan ahli keluarga yang lain. Dengan isteri, dengan anak anak..
Ada komen?
No comments:
Post a Comment