Dunia terus berputar yang tiada siapa tahu bila putaran itu akan berhenti. Sama juga dengan bentuknya yang bulat, tiada penghujung.. Teknologi IT juga sama.. perkembangannya sentiasa berlaku dengan pantas. Dulu semasa zaman saya sekolah menengah, kalau satu family tu mempunyai komputer (PC) yang besar tu, kira diaorang paling kaya sekali la kat kampung. Zaman itu OS yang digunakan adalah Windows 3.10. Kalau nak cakap pasal spec, memang budak budak sekarang boleh pengsan ketawa guling guling. Lepas tu, siap pakai floppy disk lagi.. 1.44MB. Hehe. Hard disk fizikal saiznya mmg la besar, tapi storage space kecik amat kalau dibandingkan dengan hard disk yang ada dipasaran sekarang nie.
Tapi kita jangan lupa, dulu masa zaman ayah atau atuk kita, kalau kat rumah ada TV hitam putih (sekarang orang buat aquarium) dah kira kaya gaban dan tu.. so, zaman saya tak jumpa tv macam tu. Zaman saya masa tu dah ada tv color. So, bila atuk kita cerita pasal tv yang diaorang banga banga sangat tu, kita pun guling guling gelak.. hahaha..
Sekarang dah tahun 2014, so zaman pentium 1, pentium 2, ... pentium 4 dah berlalu. Dulu orang sms guna telefon nokia pisang tu ha.. sebelum tu pakai pager.. haha.. kalau ada orang call kat pager tu, cepat cepat owner tu cari public phone dan call balik no yang ada kat pager tu.. tu pun dah kira gah.. biz besar je boleh beli pager macam tu.. Sekarang nie, guna sms pun orang dah malas. Guna Whatsapps, tekan button gambar microfon tu, terus cakap je.. tak payah nak taip taip lagi.
So, kerja dah makin mudah. Tengah driving pun boleh voice msg. (Call terus kan senang ekk.. hehehe). Kalau silap haribulan, msg ngan orang yang bukan bukan, lupa pulak nak delete kat media folder, sekali pasangan kita (yang ada pengetahuan IT sikit) pegi cek, kantoi pulak... haha.. bala bala..
Tenologi nie bagus sebenarnya, cuma macam mana kita nak olahkan dia supaya semua orang dapat manfaatnya. Kalau kita memilih untuk yang tidak baik, memang itu la yang akan kita dapat. Kalau kita pilih untuk yang baik, itu la yang kita akan dapat jugak.
No comments:
Post a Comment