Thursday, 26 June 2014

FIFA World Cup 2014 : Kenapa Luis Suarez Mengigit Giorgio Chiellini

Ada banyak kejadian yang menarik semasa kejohanan yang sedang berlangsung di Brazil ini. Salah satu kejadian di FIFA World Cup 2014 yang saya anggap menarik adalah kejadian pemain Uruguay iaitu Luis Suarez yang mengigit Giorgio Chiellini. Kelakar pun ada ekk.. tapi itu adalah hakikatnya. 

Sebenarnya bagi Luiz Suarez, ini bukanlah kali pertama dia mengigit pemain lawan. Sebelum ini, dia juga pernah dihukum gantung 7 perlawanan kerana perangainya yang suka mengigit. Pada tahun 2010, Suarez digantung oleh FA Dutch FA. Selapas itu pada 2013 dia digantung sekali lagi, tetapi kali ini lebih teruk dimana FA English telah menggantung 10 perlawanan kerana mengigit pemain Chelsea iaitu Branislav Ivanovic.

Saya teringat perangai anak saya yang bongsu, yang sering kali menggigit kakaknya kerana terlalu geram apabila kakaknya mengacaunya. Mungkin Luis Suarez juga mempunyai tabiat semasa kecil yang sukar untuk ditinggalkan. 

Bila terfikir balik, mungkin saya perlu mengajar anak saya supaya tidak mengigit orang lain walau apa alasan sekalipun. Cumanya, kalau dah namanya tabiat, pastinya ianya sukar untuk dibuang.. emmm

Monday, 23 June 2014

Mencuri Semasa Bertugas

Apa yang saya tulis ini adalah dikhususkan kepada mereka yang makan gaji. Mungkin ada juga yang berkaitan dengan orang yang bekerja sendiri juga.. tapi tak banyak la.. mainly mengenai mereka yang makan gaji. 

Ok, kalau bercerita mengenai mereka yang makan gaji nie, tentunya ruang lingkup topic perbincangan adalah berkisar mengenai pekerja / labour / kuli dan yang semaksud dengannya. Seorang kawan ditempat kerja ada berbincang dengan saya, katanya kalau saya dan dia nie kaki karo (mencuri), sure dah kaya dah kami berdua. Ditempat kerja kami, material yang digunakan adalah metal dari keluarga tembaga. Nilai pasaran tembaga merah (copper) dan tembaga kuning (brass) masing masing RM45 dan RM38 sekilo. 

Saya dan rakan saya merupakan antara orang kepercayaan disyarikat, oleh itu keluar masuk barang biasanya tidak melalui prosedur yang sepatutnya. Dengan kata lain, kami mempunyai authority untuk mengeluarkan material dan melepasi pintu kawalan dengan senangnya. 

Saya membalas kepada kawan saya tadi. Sebenarnya, mencuri yang dia maksudkan itu adalah mencuri secara nyata. Sebenarnya sewaktu kerja, kita banyak juga mencuri secara sedar atau tidak. 

Berikut adalah beberapa contoh mencuri yang kita lakukan ditempat kerja;

Masa - Pernah tak kita keluar dari syarikat atas urusan peribadi, keluar memang ontime la.. tapi masa baliknya selalunya tak berapa nak ontime. Kan? Masa rehat pun sama, rehat memang la ontime, bila masuk kerja balik, nanti kita nak ke tandas la, buat air la.. borak la. 

Alat tulis - Pernah tak kita bawa balik pen atau pensel untuk kegunaan anak anak kita? Memang la ianya murah, tapi mencuri walaupun sekecil kuman pun masih dikira mencuri. Kalau mencuri berskala besar, tu namanya merompak kan.. hehe. Sebenarnya bukan pen, pensel je yang selalu kita bawa balik, kertas A4, ubat stapler, gam, pemandam dan lain lain lagi la.. 

Membuat kerja diluar skop kerja sebanar - Kat tempat kerja selalu member member jual kuih raya, baju raya, tudung, tupperware, alat kecantikan sama ada yang berjenama ataupun yang made in china.. Yang paling kerap adalah barang barang katelog la.. Akak akak selalu buat.. hehe. Berniaga adalah sunah nabi, tapi berniaga pada waktu kerja tu dah kira lain dah tu.. Kalau yang rajin tulis blog, pun sama. apa lagi melayari Facebook, Instagram la, wechat la, whatapps la... dan macam macam lagi la..

Emm.. yang tengah membaca blog saya ni pun sama.. cuba tengok jam, sekarang waktu kerja ke bukan.. kalau waktu kerja, sama la.. mencuri tu namanya... :)
 
 


Tuesday, 17 June 2014

Antara PATI dan Warganegara Malaysia : Operasi Warta (Ops Warta )2014

Inilah hakikat di sesebuah negara. Golongan pertengahan selalu menjadi mangsa. Menyentuh mengenai Operasi Warta (Ops Warta) 2014 yang dijalankan oleh PDRM bermula June 16, 2014 sehingga June 27, 2014. Antara lain, tujuannya adalah untuk menangkap pesalah trafik tegar. Seakiranya semasa sekatan jalanraya dibuat, PDRM mengesan pesalah trafik terbabit, mereka akan dibawa ke balai polis seterusnya tindakan selanjutnya dikenakan. 

Ada beberapa isu yang menjadi perhatian. Pertama, ini adalah negara Malaysia, tentunya  pesalah trafik yang dimaksudkan adalah warganegara Malaysia. Keduanya, memanglah pesalah trafik tegar yang diburu polis, tapi secara tidak langsung, mereka memaksa pesalah trafik yang lain untuk membayar saman mereka.

Alasannya? Sangat mudah, sebab golongan pertengahan adalah golongan teramai di Malaysia malah dimana mana negara di dunia. Golongan pertengahan jugalah yang mempunyai dana yang besar. Sebahagian besar jumlah simpanan didalam KWSP adalah milik golongan pertengahan. Sebahagian besar jumlah pembayar cukai adalah golongan pertengahan. Sebahagian besar golongan pemilik lesen memandu yang perlu di perbaharui setiap tahun adalah golongan pertengahan. Sebahagian besar golongan pembeli minyak petrol adalah golongan pertengahan. Justeru, tidak hairanlah sekiranya golongan ini menjadi pemodal utama dalam membiayayai kerajaan. 

Kadang kadang kita pun hairan kan.. kenapa ramai orang pendatang asing yang tinggal lebih tempoh, yang memasukai negara Malaysia menggunakan pintu masuk yang salah (secara haram), pendatang asing yang telah ditangkap lalu disumbat kedalam depoh tahanan, yang menjual barang barang tiruan ditepi jalan dan macam macam lagi yang mereka buat secara haram, tapi tiada undang-undang dikenakan keatas mereka.. 

Duit saman yang kita bayar kepada PDRM tu sebahagiannya digunakan oleh kerajaan untuk membiayayai kehidupan seharian pendatang haram yang kerajaan tangkap lalu tinggal di dalam depoh tahanan. Kesian orang Malaysia nie ekk.. 


Wednesday, 11 June 2014

Berniaga Bukan Perkara Yang Senang

Pada zaman sekarang ini, ramai orang sibuk berniaga. Dari berniaga perkhidmatan sehinggalah berniaga barangan, dari berniaga baju dan tudung sehinggalah berniaga jet pejuang dan kapal selam. 

Ramai juga orang yang baru berjinak jinak dengan dunia perniagaan. Dari murid sekolah tadika hinggalah pelajar IPT, dari guard kawalan keselamatan hinggalah manager kilang, semuanya ingin mencuba dalam bidang yang telah dijanjikan kekayaan didalamnya.

Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa berniaga adalah salah satu sumber mendapatkan rezeki, berniaga adalah sunnah Rasullah, berniaga adalah pekerjaan seharian untuk mendapatkan sesuap nasi, berniaga juga adalah mengenai kejujuran dan pelbagai lagi. 

(alamak batteri laptop dah nak abis.. ) 

Kejayaan menubuhkan syarikat adalah satu permulaan dalam satu fasa dalam perniagaan. Tapi ramai yang menganggap bahawa kejayaan membuka perniagaan adalah kejayaan mutlak. Ramai yang beranggapan begitu. Oleh kerana telah berjaya, perniagaan yang baru ditubuhkan terus terbiar atau diusahakan oleh pekerja yang sangat dipercayaai. Akibatnya, perniagaan pun terkubur.. 

Kita biasa dengar kan sekalu orang cakap, wah ko dah ada perniagaan sendiri, senang la nak cuti. Hehe.. statement nie adalah salah sama sekali. Biasanya orang akan melihat seorang yang ada perniagaan, mereka sudah berjaya. Tapi dari sudut pandang seorang yang mempunyai perniagaan, terutamanya perniagaan yang baru mereka tubuhkan, ianya ada satu permulaan langkah yang penuh cabaran untuk menuju kejayaan. 

Saya akan menggunakan pengalaman yang sedikit ini dalam dunia perniagaan, untuk berkongsi dengan mereka yang berminat, pada coretan yang akan datang.. saya dah ada idea Perlakan perniagaan, menulis pelan perniagaan, motivasi sebagai seorang peniaga, dan macam macam lagi la.. cuma... tulis atau tak je la.. hehe.. 

ok.. kalau ada apa apa komen, sila emailkan kepada alexander.zulkarnaien@gmail.com

Tuesday, 10 June 2014

Kenapa Berhenti Kerja..

Kerja adalah perbuatan yang dilakukan sehari hari bagi mendapat keuntungan ataupun kebaikan daripada apa yang telah dilakukan. Sebagai contoh, seorang buruh kasar dalam sektor pembinaan melakukan tugas menerap batu bata dari 8 pagi hingga 6 petang dan mendapat upah dalam bentuk wang ringgit yang dikenali sebagai gaji.

Biasanya, untuk mendapat pekerjaan, pekerja akan melalui proses temuduga atau dalam bahasa latin, di kenali sebagai interview. Semasa proses interview, biasanya majikan akan menawarkan gaji yang pekerja akan dapat dalam masa sebulan, masa bekerja, tugas seharian yang perlu dilakukan atau diselesaikan, dan macam macam lagi term and conditions sebelum pekerja melapor diri. 

Sekiranya pekerja bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan oleh majikan (atau standard terma yang ditentukan oleh industri), mereka akan melaporkan diri pada hari dan masa yang telah dipersetujui. 

Setelah mula kerja, mereka akan start berborak dengan dengan rakan sekerja dan antara yang mereka bincangkan adalah mengenai terma yang telah dipersetujui. Selalunya pekerja yang lagi senior ni akan bertanyaka gaji yang pekerja baru terima.. Dengan sengal, pekerja baru dengan penuh rasa jujur, akan memberitahu gaji sebenarnya.. yang senior pulak mesti la lagi cerdik jika dibandingkan dengan pekerja baru tersebut. Biasanya mereka akan declare gaji yang tak betul. Cerita punya cerita, akhirnya salah sorang dari mereka akan berhenti kerana tidak berpuashati dengan gaji yang mereka terima.

Antara lain, situasi tempat kerja yang kurang menarik juga akan memberi sumbangan kepada seorang pekerja tersebut berhenti kerja. Biasanya politik ditempat kerja menjadi punca pekerja senior bahagian senior management berhenti kerja. Ada antara mereka, tidak kira apa tujuannya, akan mencucuk pihak atasan mengenai perangai rakan sekerja, mencilok kerja rakan sekerja sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakan yang lain. Bagi mengelakan sesuatu yang lebih teruk sehingga merugikan pihak syarikat, salah seorang dari mereka akan berhenti kerja.. 

Faktor lain adalah tarikan daripada majikan lain yang menawarkan lebih apa yang ditawarkan oleh majikan sekarang. Tapi sebenarnya apa yang ditawarkan adalah hanya tawaran. Situasi sebenar belum dijamin apa apa lagi. 

Ramai juga pekerja yang mempunyai target tertentu, contohnya mengumpulkan modal untuk membuka perniagaan sendiri, menimba pengalaman sebanyak mungkin dan melompat tempat keja lain yang lebih menarik dan macam macam lagi. 

Cuma apa yang saya lihat sekarang, ramai pekerja especially graduan yang keluar dari pusat pengajian tanpa pengalaman kerja, just bekerja untuk satu jangka masa yang sangat singkat dengan tujuan yang tidak jelas, bekerja untuk beberapa minggu, dapat gaji, terus lesap.. anda ke tu??