Saturday, 11 January 2014

Kesan Pertukaran Cuti Hari Rehat Daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu di Negeri Johor

Mulai 1 Jan 2014, cuti hujung minggu (Hari Rehat) pekerja yang bekerja dengan kerajaan dan badan berkanun di Negeri Johor Darul Ta'zim akan bertukar daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu atas beberapa sebab antara lain bagi memudahkan umat Islam di Negeri Johor untuk menunaikan ibadah Solat Jumaat.

Antara yang terlibat adalah, Pekerja Pos, Hospital, Majlis Daerah, sekolah sekolah dan yang seangkatan dengannya. Bagi pekerja swasta, mereka tidak tertakluk kepada pekeliliang baru yang telah di umumkan oleh Sultan Johor itu.

Ada baik dan ada buruknya. Baiknya adalah memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah Solah Jumaat. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai anak lelaki, juga boleh membawa bersama akan mereka untuk menunaikan solat juga.

Sebenarnya tidak banyak kebaikan yang boleh kita lihat dengan penukaran hari rehat ini. Mungkin ianya memberi kebaikan kepada;
1. pekerja kerajaan sahaja,
2. pekerja yang telah berkahwin dan mempunya pasangan yang bekerja dengan kerajaan juga,
3. pekerja swasta yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak atau anak masih belum bersekolah,
4. serta pekerja kerajaan yang mempunyai pasangan yang juga terdiri dari pekerja kerajaan serta mempunyai anak yang bersekolah

Manakala mereka yang tidak menerima apa apa manfaat atau terbeban dengan pertukaran hari rehat ini adalah;
1. pekerja swasta
2. pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja kerajaan
3. pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja swasta serta mempunyai anak yang bersekolah .


Cuba kita bayangkan, seorang yang pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja kerajaan atau pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja kerajaan atau pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja swasta serta mempunyai anak yang bersekolah.



Sila perhatikan analisa bodoh yang saya buat seperti dibawah;


Sektor PekerjaanKhamisJumaatSabtuAhadIsnin
Suami Supervisor Kilang KerjaKerja½ HariCutiKerja
Isteri GuruKerjaCutiCutiKerjaKerja
Anak Darjah satuSekolahCutiCutiSekolahKerja

Hari yang membolehkan ayah, ibu serta anaknya berkumpul adalah hari sabtu. Itupun sekiranya ayahnya bekerja 5.5 hari seminggu. Lebih malang lagi, bagi mereka yang bekerja 6 hari seminggu.

Seperti mana yang kita tahu, tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia. Johor juga tidak kurang tempat tempat yang menarik untuk dilawati. Tapi, kalau kita sendiri tak ada masa untuk berjalan bersama keluarga, macam mana kami rakyat Johor yang terpinggir ini untuk bersama sama menjayakan kempen tahun melawat Malaysia? Mungkin negeri Johor tidak terlalu bergantung kepada pekerja swasta kerana jumlah pekerja kerajaan terlebih ramai jika dibandingkan dengan pekerja swasta serta pelancong dari seberang tambak yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi. emm

Sepatutnya mereka yang berada didalam pentadbiran negeri menyedari perkara ini sebelum membuat keputusan seperti ini.. pun kena memikirkan implikasi kepada rakyat secara keseluruhannya. Apapun, keputusan telah dibuat dan diumumkan. menarik balik keputusan yang telah diumumkan adalah sesuatu yang mustahil. Apa yang boleh dibuat adalah menyamakan cuti antara swasta dan kerajaan. Perlaksanaan (wajib) perlu di wartakan kepada semua organisasi yang berada di Johor..

Sebagai seorang rakyat Johor, yang membayar cukai (cukai Tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai perkhidmatan, tol, tidak ketinggalan zakat pendapatan dan pelbagai jenis cukai dari zaman kesultanan ke era penjajahan seterusnya zaman merdeka), kami memohon mereka yang terlibat, mungkin Menteri Besar Johor untuk memandang semula isu ini dengan telus.

Boleh?




Friday, 1 November 2013

Apa Pentingnya Inflasi dan Deflasi Pada Kita?

Dalam ekonomi, deflasi adalah suatu jangkamasa dimana harga-harga barangan secara umumnya jatuh dan nilai wang bertambah.Deflasi adalah kebalikan dari dari sudut ekonomi. Tetapi ianya jarang sangat berlaku. Inflasi pula adalah situasi dimana harga barangan asasi seperti gula, minyak, beras, tepung dan lain lain naik manakala nilai matawang turun. Inflasi terjadi, bila terlalu banyak wang yang berada didalam sistem ekonomi. 

Inflasi didorong oleh beberapa faktor, antaranya adalah peningkatan cetakan wang oleh bank negara secara berlebihan, penawaran barangan berkurangan, permintaan terhadap wang berkurangan, dan permintaan terhadap barangan berkurangan.

Kadar inflasi yang tinggi menunjukan kuasa beli yang besar walaupun wang yang ada ditangan sedikit, manakala kadaf inflasi yang tinggi menunjukan kuasa beli yang kecil walaupun kita ada banyak wang. 

Pada masa sekarang, kerajaan kata inflasi rendah. Sekitar 2 ~ 3 %. Tapi kalau dilihat secara teliti, kadar inflasi adalah lebih dari itu. Ianya mungkin melebihi 10%. Lihat saja dua atau tiga bulan lepas, semasa kita mempunyai wang RM100. Kita mampu untuk membeli RON95 sebanyak 52.63 liter, tetapi sekarang dengan wang yang sama, kita cuma akan dapat 47.62 liter. Sama juga dengan ayam, dua bulan lepas dengan RM100 kita boleh dapat 17.86kg ayam, sekarang dengan wang yang sama nilai kita cuma boleh beli 14.92 kg ayam je.

Dalam erti kata lain juga, nilai duit RM100 yang kita ada dua bulan lepas, mungkin pada masa sekarang tinggal RM80 atau RM90 je.. malah lebih teruk dari itu.. Teruk sungguh sistem sekarang kan..

Jadi, bagai mana anda hendak melindungi duit anda dari inflasi? emmm nak tahu rahsianya.. call saya di talian +60127261779 untuk keterangan lanjut..

Friday, 19 July 2013

Letupan Kuari di Seri Alam, Pasir Gudang - Gambar-gambar yang tak masuk dalam media..

Semalam satu Malaysia kecoh. Bukan sebab jerebu lagi. Jerebu dah lama hilang dah.. Ni kecoh pulak pasal satu kuari di Seri Alam, Pasir Gudang meletup (actually semua kuari memang gunakan bahan letupan) cuma kali ini, letupan yang berlaku agak luar biasa. Sampai batu beterbangan dikawasan sekitar. 

Sebelum ini, dah banyak kali jugak kuari sekitar Seri Slam nie buat hal.. Penduduk sekitar pun dah naik muak dah dengan isu kuari. PBT buat bodoh je.. (nama pun PBT ekk).. So, semalam bila baru seberat 200 hingga 300 kilo (malah lebih) beterbangan sampai kekawasan kilang - Kawasan Perindustrian MIEL, Seri Alam, baru satu Malaysia kecoh.. 

Dibawah ini adalah beberapa gambar amatur yang dirakam oleh individu sekitar kejadian ..