Monday, 12 March 2012

Kasih Sayang : Perkara Yang Kita Terlepas Pandang Mengenai Anak-Anak Kita

Saya tak tahu dari mana asal usul artikel nie.. Seorang kawan telah mengemailkan kepada saya baru-baru nie.. Memang berguna.. kepada mereka yang terlepas pandang...
Semua ibu bapa berkata mereka sayangkan anak, tetapi mengapa si kecil tidak berasakan demikian? Kesibukan ibu bapa menyebabkan masa diluangkan dengan anak terbatas. Anak yang cemerlang mempunyai hubungan kekeluargaan erat dan ibu bapa banyak meluangkan masa dengan mereka. Lebih banyak masa bersama ibu bapa, semakin dirasakan kasih sayang itu. Tiada sesiapa boleh menggantikan kehadiran ibu bapa. Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan anak.

Kerap kali ibu bapa cuba menggantikan masa dengan kebendaan dan kewangan. Mereka belikan apa saja yang anak mereka mahukan. Mereka berikan wang setiap kali dipinta. Namun, ia hanya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang.

Ini bukanlah bermakna anak yang terbiar tiada yang berjaya. Tetapi, apabila keharmonian keluarga terjejas dan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing, disiplin anak terbiar. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet.

Berikut perkara yang perlu ibu bapa lakukan bagi memastikan anak mereka cemerlang dunia dan akhirat. 

1. Berikan masa bersama seisi keluarga. Wujudkan aktiviti keluarga seperti makan bersama, solat berjemaah, bercuti, berkelah, beriadah, bermain dan menonton.  Apabila sudah bersama pasti banyak cerita, gurauan dan kenangan. Semua ini mampu meningkatkan estim diri anak. Anak yang sayangkan keluarga dan ibu bapa tidak akan sanggup mengecewakan dan melakukan sesuatu yang memalukan nama baik keluarga.

2. Berikan masa untuk setiap anak secara personal. Kadangkala ada sesuatu yang mahu disampaikan tanpa diketahui adik-beradik yang lain. Oleh itu, adakan masa secara personal. Jika apa yang disampaikan itu satu rahsia maka ibu bapa perlu rahsiakan, jangan sampai anak tidak percayakan kita lagi.

3. Berikan anak masa bersendiri. Ada ketikanya anak perlukan masa untuk dirinya. Ketika itu usah ganggu mereka. Biarkan mereka dalam biliknya dan melakukan apa saja asalkan tiada sesuatu yang buruk dilakukan. Ketuk bilik sebelum masuk sebagai menunjukkan yang kita hormati haknya sebagai anak.

4) Ambil cuti untuk bersama anak. Usah sayang cuti yang ada. Gunakan sebahagian daripada cuti yang ada untuk bersama dengan anak. Apabila bercuti dengan anak pastikan mereka diberitahu bahawa kita memang sengaja ambil cuti untuk bersama dengan mereka agar anak lebih menghargai masa yang diluangkan itu.

5. Temu janji dengan anak sama penting dengan orang lain. Kita berjanji membawa mereka makan di luar, tetapi apabila tiba masanya, dibatalkan dengan pelbagai alasan.  Bayangkan anak begitu teruja menanti detik bersama ibu bapa malah mereka sanggup membatalkan program dengan kawan-kawan semata-mata mahu bersama orang disayang, tetapi akhirnya mereka hampa. Jika sekali dua mungkin boleh diterima anak, tetapi apabila sering begitu, anak berasakan bahawa ibu bapa tidak pentingkan hati dan perasaan mereka.

6. Adakan masa untuk mendengar luahan hati dan masalah anak. Ibu bapa tidak suka anak mereka bermasalah, tetapi hakikatnya mana ada manusia hidup yang tanpa masalah. Masalah adalah satu proses yang mematang dan mendewasakan anak. Ramai ibu bapa cuma mahu mendengar cerita yang baik sahaja. Mereka mahu anak mereka dipuji guru dan masyarakat, keputusan yang baik, anugerah dan menang pertandingan. Tetapi, anak itu manusia biasa. Ada ketikanya markah peperiksaan merosot, guru menegur kelakuannya, tidak mendapat kedudukan yang baik dalam kelas atau gagal memenangi pertandingan. Apabila tertekan, tempat mengadu ialah ibu bapa. Tetapi, adakah kita bersedia mendengar cerita dan luahan hati anak ini?

7. Cari masa hadir dalam acara penting anak. Kehadiran ibu bapa adalah bukti kita sayangkan mereka. Ia satu pengorbanan mudah buat si anak. Bayangkanlah hati anak apabila melihat ibu bapa kawan-kawannya hadir. Jangan hampakan mereka sebaliknya beri sokongan moral. 

Monday, 20 February 2012

Polis Malaysia - PDRM

Setiap hari aku akan memandu paling kurang 100 km. Itu adalah jumlah minimum perjalanan aku pada hari bekerja. Banyak benda yang aku perhatikan hari hari. Banyak insiden dan exsident yang aku pernah aku lihat. Highway yang aku lalui ini memang terkenal dengan traffic jam. Hari hari. Sampaikan kalau jalan tak jamm, orang akan tanya, ehh kenapa hari nie tak jamm ek... Kalau tak jamm, sure ada something wrong. Dalam setahun ada 12 hari yang biasanya tak jamm. Hari raya puasa, tahun baru cina, hari kebangsaan, hari buruh, birthday YDPA dan beberapi hari kelepasan am yang lain. Hehehe

Pagi tadi semasa memandu (pagi ini aku melalui highway berbayar), selepas keluar tol, aku lihat jalan menuju ke tempat kerja jamm teruk. Aku mengambil keputusan untuk menyusur disebelah kiri jalan (lorong kecemasan).. aku tahu perkara itu salah.. tetapi dari tol hingga ke simpang tempat kerja tidak sampai 1 km. Belumpun 1 km, dua orang brader Polis Trafik dengan machonya melambai-lambai aku, meminta aku ke tepi.. Hehe.. confirm aku kena saman sebab memotong barisan.. Aku beri salam pada brader nie, dia jawab salam, (siap salam tangan lagi). Dia tanya aku tau ke apa salah aku.. Aku pun cakap tau je la.. dah memang salah pun.. so nak tak nak kena mengaku je la.. 

So dia tanya aku, nak saman ke tak? Aku malam prinsip, kalau aku dah salah, memang aku mengaku, dan terima je la hukuman. So dia pergi belakang kereta, konon-konon melihat flat no aku, dan berjalan kearah tempat pemandu, sambil menghulurkan ic dan lesen memandu aku, dia kata, lain kali jangan buat lagi.. so pagi nie aku terlepas dari kena saman.. 

Pagi nie aku rasa malu sebab sepatutnya aku kena saman, tapi brader tu tak nak saman pulak.. mungkin aku buat muka kesian. mungkin juga sebab aku bagi salam pada dia.. atau mungkin mood dia tengah baik pagi nie.. 

Moralnya, lain kali walau dah lambat macam mana sekalipun, jangan menyusahkan orang lain.

Tuesday, 24 January 2012

Kegagalan Sistem Ekonomi Berfungsi Dengan Baik

Dalam mana-mana negara demokrasi di dunia yang ada pasa masa ini, boleh dikatakan keseluruhannya mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Memang tiada kaitan antara demokrasi dan Sistem Ekonomi Kapitalis. Saya hanya ingin menekankan bahawa kebanyakan negara yang ada pada sekarang adalah negara yang berasakan pementerintahan demokrasi dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Apa itu sistem ekonomi kapitalis? Semua orang menyebutnya, tahu tak apa dia? Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini,  manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini.

Dengan erti kata yang mudah, dapat saya ringkaskan seperti dibawah ini;
Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung. Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.  Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung. Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung. Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung. Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah. 

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian mengenai sistem ekonomi sekarang. BUDAYA BERHUTANG!! Budaya berhutang menjadi trend pada masa sekarang. Tidak kira untuk membeli apa. Dari pembelian yang sekecil kecil barang, hinggalah membeli barangan yang berharga mahal. Penggunaan kad kredit sudah tidak dapat dikawal. Pengeluaran kad kredit itu sendiri sukar dikawal oleh bank negara. Walaupun beberapa peraturan diperkenalkan untuk mengurangkan pengeluaran kad kredit baru kepada individu yang layak, tetapi ianya belum cukup memadai. Pemberian kad kredit kepada golongan yang tidak tahu menggunakannya lebih kepada memberikan keburukan kepada pemegang kad tersebut.

Sistem pembelian ambil dulu bayar kemudian yang diamalkan sekarang juga membawa kepada beberapa kesan buruk seperti, kegagalan bayaran balik kepada penjual mengikut masa yang telah ditetapkan, lebih malang jika pembeli gagal untuk membuat pembayaran sama sekali. Ini menyukarkan penjual untuk menguruskan kewangan syarikat. Apa yang lebih baik adalah CASH term. No kad kredit. Kad debit - OK!