Thursday, 23 August 2012

Proton Edar, Proton dan Inspira, Persona, Gen2, Savvy, Saga dan lain-lain (Bhgn 1)

Sepintas lalu mengenai Proton (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Sejak itu, proton terus mengeluarkan pelbagai jenis kenderaan termasuklah kereta dan MPV.

Wednesday, 22 August 2012

Cara Lain Mengambil Hati Mertua

Selama ini aku hanya membaca didalam buku-buku atau majalah mengenai tips yang boleh digunakan untuk mengambil hati mertua. Aku pun tak tahu keberkesanan tips yang selama ini aku baca.

Kisahnya bermula macam nie. Masa bulan puasa hari tu, aku, isteri dan anak-anak telah balik kekampung sebelah wife. Memang menjadi rutin setiap bulan, insyallah kami akan balik sekurang-kurangnya sekali ke rumah mertua, dan sekali ke rumah mak ayah aku. Tapi kadang-kadang pun ada terlepas jugak la.. cuma jarang-jarang.

Mertua aku, adalah seorang yang pandai membuat kuih.. tak kira apa jenis kuih. Kalau ada orang order je, sure dia akan buat. Walaupun aku rasa, kadang-kadang dia pun tak berapa mahir utk buat kuih tu.. Iye la kan.. dah orang percaya dia boleh buat, so dia buat jugak la.. walaupun dia cakap kat customer yang dia tak reti buat kuih tu, sure customer dia tak percaya.. mati-mati customer tu ingat dia pandai buat semua kuih.. hehe

So bila aku balik, aku pun tanya la kat dia.. sambil borak-borak kat dapur. Aku tanya, tahun nie tak ada kuih bahulu (bahulu kecik) ke? Dia kata, ada orang order, cuma dia yang tolak, sebab leceh nak buat bahulu nie.. prosesnya banyak. Nak kena jemur tepung bagi kering, nak kena pukul tepung sampai tepu, (mak aku kata pukul sampai jadi tepung.. padahal sebenarnya bukan tepung.. tapi TEPU .. hehe).. So mak mertua aku decide tak nak buat bahulu...

Rupa-rupanya dalam diam-diam dia tanya wife aku, aku suka makan bahulu ke? Wife aku pun mengiyakan je la.. So peristiwa tu berlalu beberapa minggu..

Bila balik raya hari tu.. aku tengok kat dapur, ada kuih bahulu. Dalam hati aku, mesti kuih bahulu nie dia buat untuk aku nie.. hehe.. Sebab aku dah tahu apa yang berlaku, malam tu lepas berbuka puasa.. aku amik dua tiga ketul bahulu tadi dan cecahkan air... dan aku tahu mertua aku nampak apa yang aku buat... sure dia bangga sebab bahulu yang dia buat tu, aku suka..

Bila balik semula ke rumah, mereka belakkan aku satu tupperware besar bahulu.. Ah .. sudah.. bila masa pulak aku nak abiskan nie.. pening-pening...

Tapi apa yang aku belajar.. sebenarnya manusia nie memamg suka kena puji.. lebih-lebih lagi perempuan.. kalau kena puji .. suka sangat... so aku cadangkan, kalau ada sesapa yang tak ngam ngan mertua atau mak ayah mereka, cuba tengok atau fikirkan apa yang mereka suka.. so dari situ kita boleh manipulate perkara yang dia suka.. dalam kes mertua aku, dia suka buat kuih.. so kita puji dia punya kuih.. ataupun kita belikan dia mesin penguli tepung.. dan macam-macam lagi la...

selamat mencuba...


Saturday, 14 July 2012

Nukilan Seorang Suami.... (seperti yang diceritakan oleh seorang kawan rapat kepada saya)...

Assalamualaikum, saya adalah seorang suami yang telah dicurangi oleh isteri. Pada bulan ramadan lalu saya ada melakukan sembahyang hajat dan saya minta petunjuk dari Allah jika isteri saya ada membuat sesuatu yang tidak baik dibelakang saya tunjukkkanlah kepada saya. Dua bulan selepas itu iaitu oktober 2010 saya terbaca sms isteri saya dari seorang lelaki. Isteri saya mengaku dia ada hubungan dan sayangkan lelaki itu. Kami bergaduh besar dan hampir2 nak bercerai.. .

Setelah berfikir dan setelah isteri saya bersumpah dengan al-quran saya bagi peluang pada dia. Bagaimanapun, 5 bln selepas itu iaitu mac 2011 saya dapat tahu sebenarnya isteri saya masih berhubung dengan lelaki itu. Apabila saya minta penjelasan dari isteri dia beritahu dia tak boleh nak tinggalkan lelaki itu immediately dan tgh mencuba utk tinggalkan lelaki itu secara perlahan-lahan. Sepanjang tempoh 5 bulan ini juga saya byk buat sembahyang hajat mungkin sebab tu Allah bagi petunjuk kat saya yg isteri sy msh menipu saya. Kami bergaduh besar lagi dan

Saya ada call lelaki itu dan dia kata dia dah tinggalkan isteri saya tp suami sy msh cari dia.

Masalahnya walaupun isteri saya sanggup beersumpah dengan al-quran dan bersumpah jika kali ini dia msh berhubung dgn lelaki itu sesuatu yg buruk akan berlaku kepada emaknya tetapi saya sudah tidak percaya lagi pada dia. hati saya menjadi tawar dan kadangkala ada perasaan benci dalam hati saya pada isteri. Memang isteri cuba buat macam2 utk pulihkan keadaan tetapi bagi saya ianya hanyalah sebuah lakonan. Ini kerana dari bulan oktober hingga mac dia juga buat macam2 nak perbaiki hubungan kami tetapi dalam diam dia msh berhung dengan lelaki itu. Saya tidak dapat menerima hakikat isteri saya menikam saya dari belakang dan tiada rasa kasihan pada saya.

Saya pohon pandangan pembaca disini bagaimana utk saya kembali meyayangi isteri sepenuh hati dan percaya padanya dan mcmana nak buang rasa benci ini. Ini kerana jauh di sudut hati saya saya masih meyayangi perkahwinan saya dan anak saya. Pandangan dari semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.