Sunday, 31 March 2013

Duit : Dulu, Kini dan Selamanya (Part 2)

Sambungan cerita pasal duit. Ada orang suka membaca, ada orang suka menulis, ada orang suka mengira. Orang yang suka membaca di panggil ulat buku, orang yang suka menulis di panggil penulis tegar, dan orang yang suka mengira di panggil accountant.. heheh.. acah je.. Kalau dulu orang yang suka menulis, orang panggil penulis, tapi mungkin sekarang panggilan tu dah kurang sesuai. Sebabnya? sebabnya sekarang orang tidak menulis lagi, tapi orang menaip.. macam yang sekarang saya tengah buat nie.. So nak panggil saya apa?   Panggil nama saya je.. ok.

Mampukah kita hidup tanpa duit. Macam mana nak hidup tanpa duit sedangkan semua benda yang kita nak kita kena bayar.. Ha.. cam mana tu... Sebenarnya memang kita tak dapat lari dari duit selagi kita hidup. Melainkan ....

1. Duduk kat kampung
Duduk kat kampung sambil tanam sayur, bela ayam, bela ikan.. dan sebagainya.. cuma jangan bela hantu raya je.. so taktik nie mmg sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kampung. Kalau memang asal keturunan dari bandar, jangan mimpi la ya..

2. Jangan guna kenderaan
Mengunakan kenderaan memudahkan kita bergerak dari satu point ke satu point yang lain. Tapi, semua pergerakan memerlukan kos. Contohnya, kalau kita naik basikal, nak kena pikir tayar botak, maintenance basikal lagi dan macam macam lagi la. Kalau naik kereta? lagi la.. minyak, maintenance, installment bulanan .. emmm pening pening. Berjalan kaki bukan sekadar menjimatkan, malah dari sudut yang lain, ianya menyihatkan badan, menjaga alam sekitar dan yang paling utama, kos yang teramat rendah..

3. Gunakan sumber yang ada disekeliling anda. 
Penggunaan sumber air bersih seperti air hujan, kolam dan sungai dapat mengurangkan kos bil utiliti - air dengan drastik sekali. Selain itu, kalau rajin gunakan juga tumbuh tumbuhan sebagai makanan. Contohnya paku pakis, pokok israil (emmm macam mana dapat nama nie aku pun tak tau..), pucuk ubi yang terdapat di sekeliling rumah atau tepi tepi jalan dan belukar sebagai sumber makanan..

Pelik pulak ekk kalau hidup macam tu.. dah macam tarzan pun ada ... tapi tu adalah salah satu tips untuk hidup tanpa duit... 

Friday, 29 March 2013

Duit - Dulu, Kini dan Selamnya...

Duit. Bila tanya pasal duit je yang terbayang dalam kepala kita adalah... kaya.. jutawan .. mewah dan macam macam benda lagi la yang boleh dikaitkan dengan kemewahan. Tapi pernah tak terfikir yang duit nie adalah sebagai alat untuk menentukan nilai.. 

Semasa zaman dulu, sebelum zaman atuk saya, (maksudnya zaman zaman yang sebelum itu) orang tidak menggunakan duit, mereka menggunakan sistem tukaran. Senang je konsepnya, orang A ada ikan, orang B ada beras, kalau orang A nak beras, dan orang B nak ikan, so dia tukar je la.. Sebenarnya sistem tu still berjalan lagi sampai masa ini.. Tak caya??? Emm pernah tak ada member pinjam duit kat kita, pas tu sebab dia buat bodoh je.. so bila kita pergi makan dengan dia, time nak bayar je, kita terus cakap kat dia, " eh.. ari tu kan ko ada pinjam duit aku singgit, ko lom bayar lagi, so makan kali nie ko bayarkan la ehh... " haa .. ada tak.. sure ada kan.. tu pun sistem pertukaran juga. Kalau sesapa pernah kerja dalam sektor industri, perkara ini juga biasa berlaku. Cuma term yang digunakan sekarang adalah berbeza, contohnya debit note, contra off dan sebagainya.. 

Tahukah anda.. bahawa pengeluaran hasil tanaman merosot sekitar 1 - 2% setiap tahun. Hal ini disebabkan banyak faktor, seperti perubahan cuaca, bencana alam, perang, banjir, kesan rumah hijau, peningkatan suhu global, pencairan air di kutub, gempabumi dan sebagainya. Kalau ikut simple calculation, dalam jangka masa 100 tahun akan datang, makanan adalah bahan yang paling bernilai sekali. Mungkin orang kaya pada hari nie, mereka-mereka yang mempunyi simpanan ASB yang maximum, orang-orang yang ada FD berjuta didalam akaun, akan meminta-minta kepada petani, penternak dan nelayan untuk mendapatkan sebiji buah.. Tak caya? Iye betul.. Sekarang mmg tak nampak lagi.. tunggu saja 50 tahun akan datang.. Perkara ini pasti berlaku. Pada masa itu adakah duit menjadi sangat penting seperti masa sekarang.?

Banyak lagi yang saya akan tulis mengenai duit. Tunggu pada entry yang akan datang.. salam.