Friday, 29 March 2013

Duit - Dulu, Kini dan Selamnya...

Duit. Bila tanya pasal duit je yang terbayang dalam kepala kita adalah... kaya.. jutawan .. mewah dan macam macam benda lagi la yang boleh dikaitkan dengan kemewahan. Tapi pernah tak terfikir yang duit nie adalah sebagai alat untuk menentukan nilai.. 

Semasa zaman dulu, sebelum zaman atuk saya, (maksudnya zaman zaman yang sebelum itu) orang tidak menggunakan duit, mereka menggunakan sistem tukaran. Senang je konsepnya, orang A ada ikan, orang B ada beras, kalau orang A nak beras, dan orang B nak ikan, so dia tukar je la.. Sebenarnya sistem tu still berjalan lagi sampai masa ini.. Tak caya??? Emm pernah tak ada member pinjam duit kat kita, pas tu sebab dia buat bodoh je.. so bila kita pergi makan dengan dia, time nak bayar je, kita terus cakap kat dia, " eh.. ari tu kan ko ada pinjam duit aku singgit, ko lom bayar lagi, so makan kali nie ko bayarkan la ehh... " haa .. ada tak.. sure ada kan.. tu pun sistem pertukaran juga. Kalau sesapa pernah kerja dalam sektor industri, perkara ini juga biasa berlaku. Cuma term yang digunakan sekarang adalah berbeza, contohnya debit note, contra off dan sebagainya.. 

Tahukah anda.. bahawa pengeluaran hasil tanaman merosot sekitar 1 - 2% setiap tahun. Hal ini disebabkan banyak faktor, seperti perubahan cuaca, bencana alam, perang, banjir, kesan rumah hijau, peningkatan suhu global, pencairan air di kutub, gempabumi dan sebagainya. Kalau ikut simple calculation, dalam jangka masa 100 tahun akan datang, makanan adalah bahan yang paling bernilai sekali. Mungkin orang kaya pada hari nie, mereka-mereka yang mempunyi simpanan ASB yang maximum, orang-orang yang ada FD berjuta didalam akaun, akan meminta-minta kepada petani, penternak dan nelayan untuk mendapatkan sebiji buah.. Tak caya? Iye betul.. Sekarang mmg tak nampak lagi.. tunggu saja 50 tahun akan datang.. Perkara ini pasti berlaku. Pada masa itu adakah duit menjadi sangat penting seperti masa sekarang.?

Banyak lagi yang saya akan tulis mengenai duit. Tunggu pada entry yang akan datang.. salam.

No comments:

Post a Comment