Hari ini pastinya ramai peminat bola sepak terutamanya peminat Brazil kecewa dengan kekalahan pasukan kesayangannya. Perbezaan jaringan yang besar juga menimbulkan banyak tanda tanya para peminat. Bukan sahaja di Brazil, malah di Malaysia juga kami merasai kekecewaannya. 1-7. Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai kekalahan Brazil keatas German.
Malah penyokong German bersorak gembira dengan kemenangan pasukan mereka. Peminat di Malaysia juga meraikan dengan penuh kegembiraan. Dengarnya, Shafie Sali, Mat Yo dan rakan sepasukan dalam Team Malaysia juga bersorak gembira. Ada juga yang mengejek dan mentertawakan peminat dan pemain pasukan Brazil.
Begini, mari kita melihat situasi ini dari sudut yang lain. Biar mereka yang menang terus meraikan kemenangan dan yang kalah meratapai kekalahan bagi tempoh berkabung ini.
Keputusan tidak boleh di ubah lagi. Ia akan terus menjadi sejarah.
Ok. Yang kalah adalah Brazil. Yang menang adalah German. Yang belum pernah masuk pusingan kelayakan adalah Malaysia. Tapi kita menangis seperti kita pernah menjulang beberapa kali Piala Dunia. Malah penyokong German (yang bukan warga German) mengutuk sakan peminat pasukan Brazil, tapi negara sendiri masih ditakuk lama. Masih terkial kial dengan pencarian bakat, masih meraba raba dengan pengurusan baru, tiada target yang khusus, tiada perancangan yang jelas, masih menghadapi delima dengan pembayaran gaji. Situasinya tak ubah seperti kisah Pak Pandir.
Kita nie apa cerita? Bila pulak kita nak menyokong pasukan sendiri di Piala Dunia 20XX. Sanggup ke kita hanya menangis meratapai kekalahan pasukan negara lain atau terkinja kinja menari kegembiraan meraikan pasukan luar.. Dah tanya diri sendiri? :)
So, kekalahan pasukan Brazil semasa perlawanan separuh akhir bukanlah sesuatu yang memalukan. Mereka telah berada dalam kalangan 4 pasukan terbaik dunia. Sama seperti Pasukan Hoki Malaysia yang berjaya melangkah ke Piala Dunia Hoki. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Melangkah bersama sama pasukan terbaik juga suatu kebangaan.
banekalahan yang bukan kecil
No comments:
Post a Comment