Thursday, 25 September 2014

Soalan UPSR Bocor : Masih Sesuaikah Sistem Yang Ada Sekarang

Saya mempunyai anak yang sedang menunggu untuk mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekarang dia baru darjah 2. Dua Ceria. Kenapa? Budak darjah dua menunggu UPSR sesuatu yang pelik? Tak ada la.. anak jiran saya yang darjah 1 pun sama.. sedang menunggu untuk mengambil UPSR. Tapi bukan tahun nie la.. bila dia darjah 6 nanti la.. kan kan kan. Hari tu ada sorang member sekolah kenakan saya benda yang sama.. hihi

Ok, actually masa zaman anak saya nanti, tak tau ada lagi ke sistem UPSR, PMR, SPM nie semua.. Sistem UPSR sebenarnya sudah digunakan sejak awal tahun 90an lagi. Bagi mereka yang lahir tahun 1978, mereka ini adalah test personnal untuk program baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ini termasuklah UPSR (sebelumnya dikenali sebagai Penilaian Darjah 5), PMR (sebelumnya dikenali sebagai SRP), KPT - Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (sebelumnya menggunakan kad pengenalan warna biru yang saiz besar, tapi tahan lasak, menggunakan no AXXXXXXX, ditukar kepada Tahun/Bulan/Hari-Kod Negeri-serial no), selepas itu, bila masuk universiti, mereka memperkenalkan sistem Degree 4 Tahun (sebelumnya degree kena ambil 5 tahun), .. semuanya keatas mereka yang lahir pada tahun 1978. Kebetulan atau conspiracy  teory.. hehe

Maksud saya, sistem yang ada sekarang nie mungkin dah tak relevant lagi dengan keadaan zaman sekarang. Dulu saya pernah mengutarakan perkara yang sama, terhadap kawan kawan saya semasa belajar dulu (tahun 1996 atau 18 tahun lepas) mengenai perkara ini.. tapi mereka tertawakan saya.. tapi sekarang benda nie berlaku dan terus berlaku.. (pemikiran saya 18 tahun terkehadapan daripada kawan kawan saya... bukan sombong.. tapi itu hakikatnya.. hahaha)

Dari beberapa sudut, ujian nampak kurang relevant kepada sesetengah orang. Siapa?
-kepada mereka yang mempunyai long term memory space yang kurang
- mereka yang mengalami sakit semasa exam
- mereka yang blank sewaktu exam
- mereka yang mempunyai iq yang rendah

dan sistem exam ini hanya sesuai kepada beberapa golongan saja. Siapa?
- mereka yang sihat walafiat sebelum dan semasa exam
- mereka yang betul betul high iq
- mereka yang tidak makan kepala ikan (tidak mudah lupa)
- mereka yang bersifat robot / burung kakak tua (bila exam, keluarkan semua sekali apa yang ada dalam kepala)

Sebab itu, sistem peperiksaan penggal (setahun sekali) telah lama dilupuskan di banyak universiti, Digantikan dengan sistem semesta yang masa dalam satu tahun dibahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Setiap bahagian lebih kurang 3 atau 4 bulan. Pun masih ada kelemahan, sebabnya, ada exam pada end of the semesta.. pun akan menyebabkan pelajar golongan pertama tadi ada mempunyai disadvantage. 

Matlamat belajar apa? Banyak la jugak matlamatnya.. antara lain adalah untuk melahirkan seorang yang mahir dalam sesuatu bidang.  Bukan nak cakap apa la kan, walaupun pelajar tersebut mendapat no 1 didalam kelas, still dia akan rujuk buku bila menghadapi sesuatu yang ida dah lupa semasa belajar dulu. On paper memang kita dapat 4 plate.. tapi, semua benda kita tahu ke? tak kan.. banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya... 

Pembelajaran adalah proses yang tak akan habis.. kecuali kita dah tak bernyawa lagi.. Apa yang saya nampak, selagi sistem peperiksaan dikekalkan, selagi itu pelajar dan orang orang yang terlibat berasa tertekan, lalu membuat sesuatu yang boleh release .. contohnya membocorkan soalan.. dan lain lain.. pelajaraan bukanlah satu proses paksaan. Ia tidak sepatutnya berlaku.. ia kena lahir dari hati.. keinginan untuk belajar.. dan terus belajar.. 

Rasa rasa la kan.. pada masa akan datang, semakin banyak device yang semangkin canggih, semakin terbuka peluang untuk membocorkan kertas soalan exam, adakah kita ingin menjadi polis yang terpaksa lebih advance daripada penjenayah? Ia tak sepatutnya berlaku.. 

So, cari la sistem yang boleh mengukur kebijaksanaan orang dengan lebih telus.. bijaksana bukan lah diukur dengan sehelai kertas.. ia suatu proses.. yang panjang.. oleh mereka yang berkinginan untuk mencapainya.. bukan kepada mereka yang terpaksa melaluinya.. 

ok?
 


Tuesday, 23 September 2014

Pengkhianat Di Tempat Kerja - Part 2

Dalam post yang lepas, aku ada publish mengenai previous majikan aku.. so.. ini adalah sambungannya...

.
.
11. Guocera Tiles Kluang - 6 Bulan - Process Improvement Engineer - Kat sini tak lama sangat keja.. 6 bulan je macam tu.. Masa tu, duk Pasir Gudang ulang alik ke Jalan Mengkibol Kluang hari hari.. Termasuk sabtu.. kadang kadang hari ahad pun datang keja jugak.. tapi jarang la.. selalunya ahad duk rumah je.. Bertolak dari Pasir Gudang jam 6am sampai kat kilang dalam jam 745am macam tu.. Penat travel.. keja kat sini ok, semua yang keja sini kebanyakkannya dah kerja pulih puluh tahun punya.. kira kepala pun dah tepu la.. nak ubah susah wei... 

Ha.. tu je la.. ingatkan sambung lagi, banyak company lagi nak tulis ehh.. hehe.. so in total ada 11 company aku dah keja.. most of the company adalah manufacturing base. Mungkin dah ditakdirkan aku kat line nie kot.. tu yang asik keja kilang je.. 

Emm nie baru nak cerita pasal pengkhianat kat tempat keja... tadi tu intro je.. (adeh....)

Kalau ikutkan pengalaman, kebanyakannya yang namanya orang khianat kita nie, adalah orang orang yang kita percaya, satu department, makan sama sama, satu group discussion dah yang seumpamanya la.. betul jugak la kan, tak kan la orang yang tak ada kaitan dengan kita, buat something pada kita kan...

Kalau nak ikutkan rank, yang paling banyak adalah orang yang suka mengadu pada superior kita tentang perkara yang buruk yang kita buat semasa keja.. walhal orang yang mengadu pun sama naik jugak. Silap silap haribulan, masa buat benda tak baik tu pun, dia join sama.. tapi bila mengadu, dia pulak cakap kita je yang buat.. hampeh betul..

Orang jenis macam nie, selalunya diaorang nie akan baik depan kita.. nak test mereka nie.. senang je.. kita bukak satu topic mengenai keburukan kawan baik dia (selain kita la..) tengok dia komen apa.. selalunya kalau specis pengkhianat nie, dia akan mengutuk member dia depan kita.. walhal dia member baik nie.. ha... nampak tak.. so, secara tak langsung, orang yang macam nie, bila dia dengan orang lain, dia akan kutuk kita jugak, dia akan cakap belakang, dia jugak la yang akan burukan kita depan orang lain. 

Apasal? Ciri ciri tu ada pada diri kita? Atau diri kawan baik kita.. so.. baik baik la ehh.. jangan terkejut kalau suatu hari nanti dia akan kenakan awok semua..

Orang macam nie bukan tak boleh nak buat kawan, boleh.. apa salahnya.. kalau nak kena .. cuba la.. hehe. tak ada la.. sebenarnya, orang macam nie, kalau kita nak berkawan boleh je.. tapi jangan bagi komen sangat dengan apa pendapat yang dia mintak.. selain tu, kalau dia bercerita, buat buat dengar je.. tapi sebenarnya tak pun.. kalau kita buat muka menyampah kat dia, lagi la dia bengang.. 

Apa yang orang macam nie cakap, boleh dengar.. tak salah.. cuma jangan percaya.. dengar boleh.. masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.. 



Sunday, 21 September 2014

Penghianat Di Tempat Kerja Part 1

Diam tak diam, sekarang umur saya sudah masuk 36 tahun. Saya lahir pada tahun 1978. Menariknya adalah, saya tak tahu baki usia saya.. Mungkin sehari, mungkin setahun atau mungkin lebih dari itu. (hari nie hari isnin, datang kerja, tapi tak tau nak buat apa... macam tu pun boleh ke... ) 

Kalau saya tahu balance usia saya, sure saya lebih bertaqwa.. insyallah.. Macam seorang banduan akhir - banduan yang menunggu hari penggantungan. Dia tahu bila hukuman akan dilaksanakan, tahu dia akan mati bila.. so mereka akan beribadah sebanyak mungkin, semoga amalannya diterima dan segala dosa yang telah dilakukannya diampunkan.. itu adalah perihal orang yang tahu bila ajalnya akan tiba..

Pada saya, mereka bukanlah calang calang orang.. dalam dunia, hanya beberapa orang saja yang tahu bila ajalnya akan tiba. Mereka adalah insan yang terpilih untuk menghadapi semua itu. mmmmmmmmmmmmm

Saya juga telah bekerja dengan banyak company.. kebanyakannya kilang.. kalau nak cerita pengalaman kerja, emmm apa kerja saya tak pernah buat..meh kita imbas kerja yang saya pernah buat untuk mencari sesuap nasi.. Kat sini saya paparkan sekali kerja yang saya kerja walaupun sehari atau kurang dari itu.. hahaha

1. Pionner Muar - 2 bulan - packing operator - masa tu kerja semasa cuti sekolah.. tingkatan 4. Orang kata tingkatan 4 tu kan honeymoon year.. so daripada buang masa kat sekolah, baik saya kerja.. time tu dah dekat hujung tahun. Bulan 11 dan 12. So bulan 1 saya sekolah semula. Cikgu kat sekolah pun malas nak layan saya dah... 

2. Hotel Grand Blue Wave JB - 1 hari - tukang cuci pinggan - Kat sini just keja part time je. Sebab nak cari duit poket kononnya.. Satu lagi sebab ada ,member satu  rumah yang keja sana jugak.. Sejam diaorang bayar RM3.5.. masa tu mmg tinggi la.. Dia bayar hari hari. CASH.. First day keja, balik dah kena saman ngan polis buat roadblock.. Tak berkat langsung.. apa taknya, sebab masa cuci pinggan tu, banyak sangat gelas arak yang kena cuci.. arak kat lantai dah macam banjir je dah... 

3. Hotel Sofitel - 2 semester (setahun) - Housekeeping - Kerja hotel makan mmg free. Ni pun keja part time jugak. Masa tahun 2 sampai tahun 3 macam tu la.. Bestnya keja kat sini sebab jumpa orang orang yang banyak duit.. kaya tak kaya tak tau la.. kalau yang stay lama tu, selalu bagi tips kat kita.. mmg best la.. kalau yang baik hati sikit tu kadang kadang bagi sepatu.. (sepatu golf), tapi bagi kat aku pun bukan aku main golf pun .. hahahah

4. Taima Casting Senai - 3 bulan - Sanding Operator - Waktu nie cuti sem. Taima casting nie buat die cast pas tu process balik sampai jadi FG. Masa tu, harddisk yang besar tu mmg jadi core product.. ada buat sanding, balancing, pas tu tumbling dan packing sebelum di hantar pada customer. Kalau tak silap, masa tu diaorang hantar kat WD. Masa keja kat sini la aku kehabisan duit. Esok gaji, hari nie duit dah abis.. lapar punya pasal, aku beli gula gula.. makan gula gula.. so seharian masa tu aku makan gula gula untuk supply energy.. sedih woo bila kenang balik.. ada satu line leader (saiful) dia nie mmg suka bagi pinjam duit pada budak budak bawah dia.. aku nie pun sengkek, tapi mmg jadi prinsip aku tak suka pinjam duit orang.. biar tak makan tak apa.. 

5. Hitachi Device Senai - 3 bulan - Press Operator - Waktu nie pun cuti sem 3 bulan. Aku mmg pantang, kalau cuti sem mesti aku nak keja.. Sekurang kurangnya aku boleh bagi mak aku duit sikit.. Tapi selalunya abis aje.. hehehe... Waktu keja kat Hitachi nie la aku jumpa Kak Tina ngan Ijan, sepupu kepada orang umah aku... cerita punya cerita, sekali rupanya dia sepupu ngan orang umah da... kantoi.... nasib baik aku tak ngurat dia kan.. hehe... Hitachi nie dulu buat tube tv. Iye la kan, dulu kan tv pakai tube.. so aku department shadow mask.. aku la yang tukang press plate belakang tv tu.. guna machine power preess (hot press). Ada satu engineer - Muslim / Moslim nama dia... muka mmg garang je.. tapi time jumaat, sure dia ajak gi solat sama sama.. naik keta proton wira aeroback dia tu.. dia nie salah sorang idola aku masa keja.. terbaek...Sekarang nie Hitachi dah tutup dah.. mungkin sebab teknologi dah berubah kot.. mana ada orang pakai tv tube lagi sekarang nie kan...

6. Venture Technocom Kempas - 6 bulan - Production Supervisor - Nie adalah kerja pertama aku selepas grad. Actually masa aku dapat keja sini, aku masih study lagi.. Extend.. haha.. tapi aku ada cakap kat superior aku yang aku tak abis lagi.. so dia place aku kat 3 shift. Keja 11 malam sampai 7 pagi.. ngantuk gila masa mula mula tu.. Aku nie dah le susah nak tido siang... kadang kadang kul 8 malam baru masuk tido.. pas tu kul 10.30 bangun balik terus g keja.. naik motor skuter.. Ada sekali tu masa g keja sekali hujan lebat... mmg lebat gila.. aku cuma pakai baju hujan tak butang belakang.. sekali, ada satu lori selisih jalan, abis air lecak semua kena baju.. basah lenjun.. terpaksa la aku patah balik, tukar suar ngan baju....

7. Showa Electronic Tmn Gembira - 9 bulan - Production Supervisor - Apa yang aku perasan, bila semangkin kita ada post, semangkin banyak orang dengki ngan kita.. bukan saja orang yang tak baik ngan kita, tapi orang yang baik ngan kita pun sama.. Kat sini, ada satu budak tamil, Sivabalan (sekarang nie dia keja ngan Epcos), so budak nie adalah satu kelas masa kat UTM dulu, tapi dia punya dengki mmg lain macam la.. sampai aku kena panggil dengan HR bagai... tapi masa tu pun aku tengah nakal pun.. Emm.. kilang nie banyak kenangan jugak.. sebab aku baru kahwin dengan isteri aku masa tu... kalau aku nak pegi keja je, dia tak bagi.. hahaha, suruh aku duduk umah... at the end, bila tiba hujung bulan, duit kering. Sampai nak beli makanan pun tak ada duit.. hehehhe.. amik kau.. Dalam sejarah, aku keja 9 bulan kat sini, tak confirm. Gila punya Ramloo.. Anak sedara dia yang masuk lagi awal dari aku, dia confirmkan, aku tak confirm confirm... last sekali aku berhenti.. cabut.. malas aku nak layan

8. Samtec APMSB  Tmn Kempas - 2 tahun - Quality Technician Specialist  - Aku jaga bahagian QA.. melayankan barang dari production dan sub-con. Kat sini keja ok.. bosnya cerewet gila.. semuanya nak perfect. Selalu kena bambu ngan bos.. bagusnya adalah, lepas bambu, kita orang ok balik.. Yang bestnya keja kat sini, bonus setahun 3 kali. Bulan 1, bulan 6 dan bulan 12. Bulan 6 dan bulan 12 mmg banyak gila la dia bayar.. Paling tinggi 10 bulan gaji, paling rendah 6 bulan gaji.. utk setiap kali bonus.. pernah sekali aku kuarkan duit kat maybank, RM12k, aku masukan bawah seat.. penuh la jugak.. (masa tu naik moto V100)

9. Daepac Industries Sdn Bhd Tmn Daya - 4 tahun - Quality Engineer - First time aku dapat keja jadi enginner. Bangga gila masa tu.. Sebab orang appreciate kebolehan dan kemampuan kita.. kilang nie kecik je.. cuma bosnya mmg terbaek.. slow dan steady je.. sampai sekarang aku respect dia.. 

10. Jungbecker Taman Universiti - 6 bulan - Quality Manager - Kat ini, pun buat metal stamping jugak macam kat Daepac. Cuma bezanya kat ini diaorang guna hispeed power press.. kelajuannya, satu minit 1800 storke. Sampai tak nampak head crank tu bergerak... kat sini, bos aku ni kuat makan duit company.. ada satu account exe bagi tau, dia nie selalu claim pada company, kononnya ada satu syarikat buat sorting barang Jungbecker, walhal aku yang jaga bahagian kualiti, tau la reject atau.. sekali claim bukan sikit, RM5k tu,. sebulan dua kali claim.. gila ehhh

Lagi teruk, kalau aku nak photocopy lebih dari 4 helai, aku kena pegi kedai utk photocopy.. gila ekkk.. 


Ok. Ada beberapa lagi tempat keja yang aku nak cerita lagi lepas nie... nak g makan dulu...