Tuesday, 23 September 2014

Pengkhianat Di Tempat Kerja - Part 2

Dalam post yang lepas, aku ada publish mengenai previous majikan aku.. so.. ini adalah sambungannya...

.
.
11. Guocera Tiles Kluang - 6 Bulan - Process Improvement Engineer - Kat sini tak lama sangat keja.. 6 bulan je macam tu.. Masa tu, duk Pasir Gudang ulang alik ke Jalan Mengkibol Kluang hari hari.. Termasuk sabtu.. kadang kadang hari ahad pun datang keja jugak.. tapi jarang la.. selalunya ahad duk rumah je.. Bertolak dari Pasir Gudang jam 6am sampai kat kilang dalam jam 745am macam tu.. Penat travel.. keja kat sini ok, semua yang keja sini kebanyakkannya dah kerja pulih puluh tahun punya.. kira kepala pun dah tepu la.. nak ubah susah wei... 

Ha.. tu je la.. ingatkan sambung lagi, banyak company lagi nak tulis ehh.. hehe.. so in total ada 11 company aku dah keja.. most of the company adalah manufacturing base. Mungkin dah ditakdirkan aku kat line nie kot.. tu yang asik keja kilang je.. 

Emm nie baru nak cerita pasal pengkhianat kat tempat keja... tadi tu intro je.. (adeh....)

Kalau ikutkan pengalaman, kebanyakannya yang namanya orang khianat kita nie, adalah orang orang yang kita percaya, satu department, makan sama sama, satu group discussion dah yang seumpamanya la.. betul jugak la kan, tak kan la orang yang tak ada kaitan dengan kita, buat something pada kita kan...

Kalau nak ikutkan rank, yang paling banyak adalah orang yang suka mengadu pada superior kita tentang perkara yang buruk yang kita buat semasa keja.. walhal orang yang mengadu pun sama naik jugak. Silap silap haribulan, masa buat benda tak baik tu pun, dia join sama.. tapi bila mengadu, dia pulak cakap kita je yang buat.. hampeh betul..

Orang jenis macam nie, selalunya diaorang nie akan baik depan kita.. nak test mereka nie.. senang je.. kita bukak satu topic mengenai keburukan kawan baik dia (selain kita la..) tengok dia komen apa.. selalunya kalau specis pengkhianat nie, dia akan mengutuk member dia depan kita.. walhal dia member baik nie.. ha... nampak tak.. so, secara tak langsung, orang yang macam nie, bila dia dengan orang lain, dia akan kutuk kita jugak, dia akan cakap belakang, dia jugak la yang akan burukan kita depan orang lain. 

Apasal? Ciri ciri tu ada pada diri kita? Atau diri kawan baik kita.. so.. baik baik la ehh.. jangan terkejut kalau suatu hari nanti dia akan kenakan awok semua..

Orang macam nie bukan tak boleh nak buat kawan, boleh.. apa salahnya.. kalau nak kena .. cuba la.. hehe. tak ada la.. sebenarnya, orang macam nie, kalau kita nak berkawan boleh je.. tapi jangan bagi komen sangat dengan apa pendapat yang dia mintak.. selain tu, kalau dia bercerita, buat buat dengar je.. tapi sebenarnya tak pun.. kalau kita buat muka menyampah kat dia, lagi la dia bengang.. 

Apa yang orang macam nie cakap, boleh dengar.. tak salah.. cuma jangan percaya.. dengar boleh.. masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.. 



No comments:

Post a Comment