Wednesday, 1 October 2014

Harga Minyak Naik Lagi : Implikasi Terhadap Benda Lain

Malam tadi, sama macam malam malam yang saya pernah lalui sebelum ini (semasa kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga petrol), semua petrol kisok penuh dengan pengguna yang berlumba lumba mengisi petrol sampai ke tahap melimpah .. kira dah penuh habis la tu.. Walhal, kalau kita amati, setangki minyak (full) dengan anggaran kapasiti 50 liter hanya mampu bertahan sejauh 400km hingga 480km.. (ambil contoh Proton Waja 1.6AT yang selalu saya gunakan untuk ulang alik kerja). Penjimatan yang diperolehi hasil berbaris panjang malam tadi adalah lebih kurang RM10. Dan hanya mempu bertahan beberapa hari saja.. 

Saya tidak melihat fenomena kenaikan harga petrol dan disel hanya setakat kenaikan saja.. Tapi, perlu dilihat secara meluas.. Kali ini, kenaikan harga petrol adalah 9.52% iaitu daripada RM2.1 seliter kepada RM2.3 seliter. Perlu diingat, boleh dikatakan bahawa petrol merupakan bahan utama dalam sebahagian besar perkara yang melibatkan pengangkutan. Dan supply chain memerlukan pengangkutan. Oleh yang demikian, apa apa saja yang melibatkan pengangkutan secara tidak langsung akan menerima kesan. 

Jika dulu, beras yang dibawa dari Kedah ke Johor, kos minyaknya adalah RM700.. so bila harga disel naik, 9.5%, kos pengangkutan untuk membawa beras dari Kedah juga naik sebanyak itu juga. Bolehkah pengusaha lori tersebut menyerap semua kenaikan tersebut. Sori beb, memang tak boleh. So, dia akan salurkan pada tuan punya beras dan mereka akan mengenakan caj kenaikan dengan menaikan harga beras dan last sekali, kita la yang akan merasai kenaikan harga tersebut.. 

Sama juga macam barang barang lain.. asal saja menggunakan petrol dan disel untuk pengangkutan.. Hinggakan kedai mamak pun terkena tempias. Orang cakap, agak buat roti canai kena campur petrol ke..?? Memang la idok.. tapi tepung dari KL nak kena bawak ke Johor, semua perlukan pengangkutan. Pengguna akhir seperti kita, pun akan merasainya.. harga roti canai naik, harga susu naik.. semua naik.. yang turun cuma air hujan je la.. 

Sebenarnya penjimatan yang kerajaan perolehi dengan mengurangkan subsidi tidaklah sebanyak mana jika kita bandingkan dengan kos tambahan yang rakyat terpaksa tanggung, bukan sahaja rakyat, tetapi sistem ekonomi keseluruhannya merasai beban tersebut. 

Secara tidak langsung, senang cerita, duit kita bukan menyusut sebanyak 9.52% tetapi lebih banyak dari itu. Tak caya? Ok.. kalau hari ini kita ada RM1000 untuk perbelanjaan kita dan keluarga setiap hari. Perbelanjaan untuk petrol saja sudah menyumbang kesusutan sebanyak 9.52%. Rasanya barang dapur turun harga tak ehh? Sure tak punya kan.. pun sama naik .. dalam 5% mcam tu. Barang barang untuk keperluan anak sekolah pun turun harga ke? Pun sama.. tak akan turun.. menyusut dalam 5%. Makanan kat kedai pun sama turun ke? Confirm tak ... mungkin harga sama, tapi kuantiti berbeza.. Secara keseluruhannya duit kita menyusut sebanyak 10 ~ 20%. Walaupun gaji meningkat sebanyak 10% sekalipun, tapi sebenarnya kuasa beli kita menyusut.. 

Jadi, nak buat apa? Hadapi je la.. selagi mampu.. kalau tak mampu, nanti bila kita pencen, duit banyak dalam EPF dan boleh keluarkan semua, cari negara yang kos hidup rendah, kita ramai ramai pindah sana... haha..

Just tulis je.. sebenarnya inilah reality kehidupan.. rakyat yang memilih wakilnya, tetapi ini la yang rakyat akan dapat semula.. demokrasi.. kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk raykat.. huhu

Saya tak meminta untuk kerajaan yang sedia ada ditukar, tapi, kerajaan perlu mendengar keluhan dan kesusahan rakyat.. harapkan penasihat, sure dia akan cakap benda yang baik baik saja.

Paling penting, kerajaan perlua mendengar suara rakyat.. hidup bukan untuk syok sendiri je... tul kan... 

 

No comments:

Post a Comment