Thursday, 25 June 2020

Politik Ustat dan Ustaz

Pelik dan kelakar bila ada orang bercakap tentang politik dikalangan orang agama. Ada jugak yang membesarkan mata, semacam tak percaya dengan apa yang sedang dibaca.

Memang perkara ini berlaku dikalangan orang orang yang dikatakan tinggi ilmu agamanya. 

Memang tak dapat dinafikan, mereka tinggi dari satu bahagian; agama, tapi rendah dalam perkara perkara lain; adab, protokal dan lain lain. 

Masakan, ada sesetengah ustaz mengajar tahfiz, setiap ustaz membuka satu pondok tahfiz, yang biasanya akan berlaku kekurangan dana, terpaksa meminta minta dari orang ramai, paling sedih terpaksa menutup operasi, kenapa tidak bergabung dengan beberapa ustaz yang lain, untuk sama sama berganding bahu, membina universiti, mana mahunya ustaz yang dah establish nak sama sama dengan ustaz hingusan

Membentangkan karpet merah didalam masjid sewaktu vvip dunia nak sembahyang. Jijik ke tapak masjid yang dah sedia ada dibentang karpet, jalanlah sesuka mu didalam rumah Allah.

Ustaz tak sama pendapat, ok je, cuma jangan la nak memburuk burukkan ustaz yang tak sebulu itu. Paling meriah, siap mengkafirkan ustaz yang seorang lagi, nak lagi meriah, mengajak orang ramai turut sama memburuk burukkan ustaz yang lain.

Ustaz, tanggungjawab korang besar tau. Ada ilmu, kena amal, kena sampaikan. 

#ustaz #umrah #stayathome 


Perasaan First Time Sembahyang Jumaat

Subhanallah, Allhamdulillah, Allah Huakhbar

Sejak Mac 18, 2020, hari ni, June 26, 2020 dapat la saya bersembahyang Jumaat sekali lagi.

Rasanya sangat menujakan dan mengingsafkan. Bayangkan selama 13 kali terlepas sembahyang Jumaat dek kerana larangan kerajaan bagi mengelakan jangkitan Covid19

Jemaah yang hadir hari ni perlu memakan penutup muka / face mask, membawa sejadah sendiri dan perlu mengambil wuduk di rumah. 

Walaupun kerajaan sudah memansuhkan penggunaan face mask, tapi sebab malas nak argue dengan ajk, ikut je la. Layan

Selain itu, kanak kanak bawah 15 tahun jugak tidak dibenarkan untuk hadir. Ada beberapa jemaah yang membawa anak anak kecil juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan masjid. 

Semoga virus corona cepat berlalu, dan keadaan kembali seperti sediakala. 

#covid19 #staysafe #singapore #tioman #pangkor #batam #padang #stayathome 

Membeli Surat Pajak Gadai dan Arrahnu

TOLONG JANGAN BUANG SURAT PAJAK ATAU ARRAHNU KORANG WALAUPUN DAH HAMPIR TAMAT TEMPOH ATAU KORANG RASA TAK MAMPU NAK TEBUS SEMULA.
.
Tolong bagitau kawan baik korang yang selama ini pajakkan barang kemas kat kedai pajak atau arrahnu, then tak tebus semula. Akhirnya barang kemas tu habis kena lelong. Satu sen pun tak dapat apa apa. 

Korang tau tak,  walaupun korang mungkin tak dapat nak tebus semula barang kemas tu, korang still boleh dapat cash tau.

Kami pakar dalam membeli surat pajak & surat arrahnu, emas lama dan emas yang rosak.

Nak tahu caranya?

Meh sini datang kekedai kami di seperti alamat dibawah;

Kedai Emas Accurate Gold
No 15 Jalan Tembikai 3
Taman Kota Masai
Pasir Gudang

Atau boleh wasap kami untuk appointment;
Wasap.my/60127261779/naktahupasalsuratpajak (Kak Kirin)
Wasap.my/60127437779/naktahupasalsuratpajak (Abg Pie)

#suratpajak #arrahnu #emaslama #repairemas #pajakgadai

Emas : Sampai bila pun nilainya tetap sama


Masa saya kecik kecik dulu, sekitar tahun 80an, saya sekalu ikut emak ke kedai emas untuk beli beli barang kemas. Masa tu harga emas sekitar RM20-RM30 satu gram. 

Waktu tu bila beli emas, emak tak pernah beli emas yang bawah 10g. Dia pun tak pernah merungut tentang harga yang dia bayar untuk membeli emas tu. Kalau tak silap, dia cuma try dua tiga barang kemas yang dia rasa berkenan, then dia akan pilih terus dibelinya. 

Dia tak pernah pun merungut pasal harga emas mahal time tu, walaupun time tu dia hanya bekerja sebagai penoreh getah serta melakukan kerja kerja kampung yang lain. 

Time tu, sekali beli emas, kadang cecah Rm500 jugak la. Time tu dengan RM500 tu, dapat beli 25g macam tu. 

Ada sekali masa saya balik kampung, then saya tanya emak pasal masa dia beli emas dulu.

Rupanya, dia beli bukan sebab harga emas segram tu berapa. Tapi dia dah sediakan dulu budgetnya. Contoh, dia dah ada RM500 time tu, then baru dia pegi kedai emas untuk beli.

Bila macam tu, dia tak kisah pun dia akan dapat berapa gram emas, tapi yang penting bagi dia ada adalah dengan budget yang dia ada, berapa gram dia akan dapat. Macam tu la rutin dia setiap beberapa bulan. Sampai la sekarang. 

Just nak share, sebenarnya nilai emas dari dulu sampai sekarang masih sama, dan tak pernah lagi berubah. Yang berubah adalah harganya. Bayangkan la ekk, kalau masa tu mak saya menyimpan 25g setiap bulan, sekarang dia dah bergelar jutawan agaknya kan. 

Sama la macam kita sekarang, kalau sebtiap bulan kita menyimpan 1g, cukup 12 bulan kita dah ada 12g. Kalau darapkan dengan 5 tahun, berapa agaknya yang kita dapat simpan kan, rasa rasa boleh jadi jutawan tak kalau kita simpan selama10 tahun

Monday, 22 June 2020

Paska Covid19 : Yang Sure dan Yang Samar Samar

Satu dunia terkesan dengan virus corona.
Ekonomi tak berjalan. Sekolah, kolej dan University banyak yang ditutup dan belum beroperasi semula, ramai yang hilang pekerjaan, business banyak yang gulung tikar. Semuanya kena hadap

Yang pasti - apa apa sektor yang telah kembali, teruskanlah. Bagi perniagaan yang terkesan teruk, bila dah restart, jangan la kenakan harga yang melampau pada customer, sian pada customer. Ada jugak yang bila bukak semula perniagaan, mula la cantas harga yang boleh bikin kawan kawan peniaga sakit hati, dek kononnya nak raih pelanggan dengan menawarkan harga yang murah gila, ironinya, sebab biar dapat on par, daripada tak dapat langsung.

Kalau di Malaysia, gov sediakan banyak bantuan, dengan skim gaji perkeso, kwsp, morotorium, penjana, skim pinjaman tanpa faedah dan lain lain la. Sapa yang rasa dirinya layak utk apply, silakan. Mana yang tahu dirinya tak layak sebab masih berkemampuan, sudah sudah la tu percubaan mengambil hak orang lain. 

Yang ta sure - penawar bagi coronavirus masih belum ada. Ada sesetengah negara, coronavirus masih boleh dikawal dengan ubat sedia ada, contohnya ubat malaria dan lain lain, so tak la nampak panik sangat dengan yang dikatakan pendemik ni.

Tahap bahaya coronavirus pun masih belum dipastikan. Ya memang betul yang rate kematian yang betul betul disebabkan coronavirus pun masih samar samar. Sampaikan Dr Norhisham pun ada bagitau yang punca kematian pesakit coronavirus yang dalam masa yang sama menghidap penyakit yang lain pun susah nak di klasifikasikan. Berbeza dengan angka kematian di Singapore, yang mana mereka sangat teliti dengan penetapan punca kematian — sebab tu la rate kematian sangat rendah kalau nak dibandingkan dengan jumlah jangkitan.

Punca jangkitan pun masih dalam kajian para saintis. 

Kejadian bermula dari mana pun masih dalam perbincangan sesama pemimpin negara. Orang kalau dah berak kat tengah jalan mana la ada yang mengaku kan. China cakap us yang buat, usa pulak tuduh China

Setakat ini, memakai topeng muka masih belum ada mana mana saintis dapat buktikan keberkesanannya. Sampaikan gov boleh bagi kelonggaran, kalau nak masuk permis kjaan, boleh nak pakai atau tak pakai di permis tersebut.

Kalau korang rasa selesa, teruskanlah dengan apa yang korang buat sekarang. Kalau rasa tak selesa, stop dulu

#singapore #makananginsingapore #makan #endikbuang

Sunday, 21 June 2020

Sakit Kaki - Beberapa Punca dan Kemungkinan

June 19, 2020 ni genaplah usia saya masuk 42 tahun. Happy Birthday saya. Haha.

Usia dah semakin habis. Ada sesetengah orang, menganggap bila sampai je birthday, bermakna usianya semakin bertambah. Bagi saya terbalik. Masa kita lagi dulu, Allah dah tentukan bila kita akan kembali menemuinya. So maksudnya, kita dah diberi satu tempoh yang kita tak tahu berapa, then bila cukup time, kita akan balik semula. Maksudnya, bila birthday kita sampai, semakin dekat la due date kita untuk di panggil. Sedia? Tu nanti kita cerita kat posting lain

So, makin banyak la tanda tanda yang masanya semakin hampir. Antara lain, uban dah mula kelihatan, mata dah mula kurang pengelihatan, telinga makin tepu, ingatan dah mula ingat tak ingat, bila senyum dah boleh nampak tekak sebab gigi dah lompang sana sini, kaki dah start sakit sakit, lutut dah longgar dan kita dah mula bersahabat dengan doktor.

Ni adalah beberapa punca sakit kaki. Mana la tau kot korang alami simtom yang sama. 

Berat badan berlebihan atau lebih mudah dipanggil gemuk. Tak kisah la gemuk air ke, tulang dan sebagainya. 

Bila dah tau yang badan tu over subur, kena la pilih kasut yang boleh support berat badan. Kalau pakai yang tapaknya nipis, sure lebih senang kena sakit tumit dan kaki

Gout. Masalah paling famous dikalangan kawan kawan saya. Salah makan je terus mc seminggu. Antara makanan sedap yang perlu dijauhkan adalah sardin, susu soya, ketam, udang, kerang dan kawan kawan, daging kambing dan lembu dan macam macam lagi la. Kalau dah lama tak kena gout, boleh la try makan sepotong dua ikan sardin, just mengimbau kenangan sakitnya kaki kena gout. Oh ya, masa zaman parameswara dulu, gout ni terkenal dikalangan orang orang bangsawan atau orang orang kaya je. Iye la kan, orang miskin mana mampu makan lobster dan alaska crab. 

Kat tapak kaki kita ni ada satu lapisan ataupun pad. Semakin hari, pad tusemakin nipis, pun boleh menjadi punca sakit kaki

Yang penting, jaga makanan, gaya hidup dan nafsu makan. 

#makan #gout #sakitkaki #sakitlutut #endikbuang

Pengajaran Dari Covid19

Bagi yang buat business, jom brainstorming sama sama.

Prinsip buat business ni simple je. Menjual apa apa barang dan perkhidmatan, boleh generate income, dah dikira business. 

Ramai je yang praktik macam tu. Kata business ni mudah. Kan. 

Ramai rakan rakan yang dah nampak hasil daripada kegigihan membuat perniagaan, mula meracun kawan kawan yang baru nak start buat business, mana yang cepat termakan dengan cerita cerita manis, resign dpd gaji beribu, mengejar imbuhan lumayan, yang katanya tak ada hadnya, infiniti. Tapi ramai yang cerita ttg cerita infinity untung je. Infinity gaji je. Tak ramai yang cerita pasal infinity rugi, dan infinity tak ada gaji, bil tertunggak, rumah tak terbayar, saving habis, rumah tergadai, dek penangan buat business.

Tapi tu la, nama pun budak flat kan, kita jatuh 3 kali, kita bangkit 10 kali. Power beb. Tau tak cara nak bangun balik kalau dah jatuh? Perit beb. Sengsara bai.

Business ni prinsipnya, kena ada modal. Tapi ramai cikgu business cakap, business ni tak payah modal. Lantak la diaorang. 

Business ni kena ada cash reserve atleast 6 bulan. Maksudnya, kena ada duit untuk rolling 6 bulan, walaupun tak ada satu sen income. Tapi, businesa jaman now, cash reserve negatif berapa bulan. Ada yang negatif bertahun. Pelik kan. Maksudnya, business yang kita running bergantung pada ihsan entiti lain, macam bank dan syarikat kewangan. 

Bisiness ni prinsipnya kena ada pekerja yang sama sama nak susah dan berusaha dengan syarikat. Bukan setakat tu je, pekerja yang faham situasi syarikat pun penting. Ramai pekerja sekarang ni cuma pentingkan gaji, kerja tak seberapa, gaji kena kencang. Bayangkan ekk, dalam masa company down sampai ke lantai ni, bila ada sesetengah majikan minta pekerjanya cuti buat sementara waktu, maka berbondong bondong la mereka buat report kat pejabat buruh. Ahak. Walhal, selama ni majikan tu tak pernah culas pun bayar gaji mereka, epf dan socso. Pekerja yang macam ni, baik je kena terminate terus sebelum musim Covid19 hari tu. Haha

Business ni prinsipnya kena cash. Bukan term. Tau tak apa impaknya kalau term. Lagi lama term tersebut, lagi tinggi la possibility untuk tak dapat collect payment.

Business ni prinsipnya kena ada black and white. Tak kira dalam apa urusan. Jual beli, perkongsian saham dan lain lain. Just follow je apa yang dah jadi kebiasaan, quotation, po, invoice, resit dan do. Nampak simple je, tapi kalau jadi apa apa, black and white ni la yang jadi penyelamat.

Business ni prinsipnya adalah win win situation. Kita dan pembekal, kita dan pelanggan, kita dan 3rd parties, kita dan Allah. Jangan ambil kesempatan dpd pihak yang lemah, masa kita tengah kuat.

Jadinya, kalau nak stay dalam business, please reorganize business korang. Takut nanti tak boleh nak sustain

#business #stayathome #dudukrumah #covid19 #endikbuang

Travel Business : Relevant lagi ke?

Sejak awal 2020, bila mula mula Covid19 singgah ke China, dan sikit sikit merebak ke seluruh dunia, ramai yang tak menjangka bahawa kesan yang agak teruk jugak pada banyak industri.

Masing masing beranggapan bahawa virus Corona ni biasa biasa je. Macam selesema biasa. 

Rupa rupanya, impaknya bukan sekadar kesihatan, tapi banya jugak yang terkena tempias. 

Ironinya, bukan la coronavirus tu semata mata. Tapi disebabkan terlalu ramai yang Kia see, sampai terpaksa tutup kedai kedai, kilang, dan lain lain perusahaaan. Lalu, sistem ekonomi pun hampir lumpuh disebabkan kurangnya aktiviti ekonomi. 

Industri pelancongan antara yang terjejas teruk. Qatar Airways, British Airways, Airasia, Virgin Airways dan banyak lagi airline yang terpaksa cut cost dengan pemberhentian pekerja. Sadis. Memang sadis. 

Kenapa sampai tutup operasi? No choice, sebab tak ada orang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan. Nak g mana je. Tak boleh nak jalan jalan - makan angin dan urusan kerja.

Tu belum lagi hotel hotel besar yang mengambil langkah yang sama. Gulung tikar. Kenapa? Sebab yang sama, tak ada orang yang stay kat hotel atas urusan melancong atau kerja. Die

Jadinya, sebab ramai pemain industri yang tak sure lagi bila ekonomi dunia akan dibuka, masing masing ambil langkah untuk close down sama ada untuk terus tutup atau buat sementara saja. 

Bagi yang ada cash reserve, mungkin boleh je untuk stay in the market dan buat apa apa kerja untuk survive, dan menunggu masa untuk comeback. Ramai je yang dah tak sabar nak buat comeback, cuma tak tau lagi masanya bila. 

Untuk beberapa bulan mendatang ni, mana yang boleh stay, stay lah. Mana yang rasa tak boleh stay, fikirkan masa depan, kalau perlu tekan exit button, tekan la. 

#covid19 #staysafe #endikbuang

Haha.. lamanya tak bukak blog ni

Macam macam musim dah berlalu. Musim durian, musim panas, musim hujan, musim buah, musim orang kahwin, dan paling terkini, musim covid19

Maksudnya dah lama sangat la tu aku tak tulis something dalam blog. 

Kenapa tak tulis kat FB atau instagram je? Actually masing masing punya platform ada je kelebihan masing masing. Ada yang bagus. Ada yang tak bagusnya.

Sapa yang biasa menulis kat blog, ok je. Teruskan. Sapa yang suka tulis kat FB, Insta dll, boleh je teruskan. Tak jadi masalah pun.

Hari ni hari bapa. Nak ucapkan selamat hari bapa pada diri sendiri macam katun la pulak rasanya. 

So, nak ucap selamat hari bapa pada arwah ayah, bapa mertua, bapa kedua dan mereka yang bergelar bapa. 

Selamat Hari Bapa Gais