Sejak Mac 18, 2020, hari ni, June 26, 2020 dapat la saya bersembahyang Jumaat sekali lagi.
Rasanya sangat menujakan dan mengingsafkan. Bayangkan selama 13 kali terlepas sembahyang Jumaat dek kerana larangan kerajaan bagi mengelakan jangkitan Covid19
Jemaah yang hadir hari ni perlu memakan penutup muka / face mask, membawa sejadah sendiri dan perlu mengambil wuduk di rumah.
Walaupun kerajaan sudah memansuhkan penggunaan face mask, tapi sebab malas nak argue dengan ajk, ikut je la. Layan
Selain itu, kanak kanak bawah 15 tahun jugak tidak dibenarkan untuk hadir. Ada beberapa jemaah yang membawa anak anak kecil juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan masjid.
Semoga virus corona cepat berlalu, dan keadaan kembali seperti sediakala.
#covid19 #staysafe #singapore #tioman #pangkor #batam #padang #stayathome
No comments:
Post a Comment