Sunday, 12 July 2020

Business Gulung Tikar

Seorang pengurusi persatuan saham bagitau yang Pendemik Covid 19 ni bukanlah satu krisis ekonomi. Ianya adalah krisis kesihatan dunia. Saya pun setuju. Tapi, krisis kesihatan ini telah memberikan kesan ekonomi yang cukup besar kepada banyak sektor termasuklah sektor ekonomi. 

Bayangkan, tiada transaksi jual beli dalam urusan seharian. Hampir tiada.

Bagi orang business, kalau tiada jualan, macam mana nak generate untung. Lupakan sebentar perkataan untung, sekarang perkataan survive dah boleh mengambil tempat perkataan untung tersebut. 

Macam mana nak bayar gaji pekerja, sewa bangunan, epf socso, utiliti, bank dan supplier. Memang sesuatu yang rumit dan memeningkan. 

Bagi orang business, berhenti dari membuat business adalah mustahil. Sebabnya, perniagaan itu adalah pekerjaannya, disamping perlu bertanggungjawab diatas pekerja bawah jagaannya. 

Divert kepada perniagaan antara option yang ada. Terpaksa menukar kepada perniagaan yang produk atau perkhidmatannya lebih mudah dijual laris untuk jangka pendek.

Saya kongsikan beberapa produk yang mendapat permintaan tinggi buat masa ini, antaranya hand sanitizer, face mask, mask extender, makanan harian ready made, instant food & courier servis

Menjual produk dan perkhidmatan tersebut sebenarnya adalah untuk survival sementara, disamping mencari lain lain produk dan perkhidmatan yang lebih sustain dipasaran. 

Jadinya, dalam situasi ini, kita kena ikut resam Mok Ko yang akan cepat mengadaptasi persekitaran untuk survival dirinya. 

Friday, 10 July 2020

Bicara Rasa

Sadis betul la dengar lagu ni. 

Ada apa dengan cinta
Yang hanya manis pada bicara
'Tika bahagia indah semua
Sepertinya syurga milik kita
Ada apa pada cinta
Yang hanya manis pada mulanya
'Tika sempurna tidak bercela
Sepertinya esok milik kita

Sampai bila
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam

Sampai bila
Harus kita terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula

Andainya masih ada rasa yang terbuku
Semaikanlah sepenuh jiwa agar tidak terkubur
Maafkan aku yang dulu
Maafkan aku kasihku
Benarkanlah segalanya

Sampai bila
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam
Sampai bila
(Harus kita terus menjauh)
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu (bukakanlah hatimu)
Izin kusentuh (Izin kusentuh)
Patrikan semula
Cinta kita

Andai..

Beberapa hari lalu, terserempak dengan seorang kawan sekolah yang dah lama gila tak jumpa, rasanya lepas habis sekolah - waktu tu SPM tingkatan 5, tahun 1995. Lebih kurang 25

Aku memang tak cam dia la. Lagi lagi zaman PKP dan coronavirus ni. Masing masing bertopeng muka ala ala ninja. 

Dia yang tegur. Memanggil dengan panggilan nama manja masa sekolah dulu.

Nasib baik la ada satu tanda yang ada kat dia, orang lain tak ada. Kenal la jugak dia. 

Borak sakan sampai appointment aku dengan satu client pun delay. Nasib baik client tu tak naik angin. Haji la katakan. 

Katanya, makayah dia bercerai tahun lepas. Aku cuma mampu ucapkan tahziah je.

Andai.. 

Friday, 3 July 2020

Umur Tua

Kami satu family mmg suka pergi travel. Tapi travel yang tak consume masa yang lama. Paling lama sekali travel 4h3m. Semuanya sebab kekangan waktu kerja dan lain lain komitment

Pulau antara tempat yang kami singgahi. Tioman, Besar, Pangkor, Aur dan macam macam lagi pulau yang kami dah terjah. 

Paling best kalau g pulau ni, dapat snorkeling dan diving. Melihat satu kehidupan yang tak nampak. Maksudnya, kita setiap hari nampak yang ada kat atas air je. Yang kat bawah air.

Ada sekali masa lepas menyelam, terdetik dalam hati, macam mana la ekk kalau oxygen gauge tu tetiba readingnya tak betul, masa sibuk syok menyelam, tiba tiba tank kosong. Fuh... Naya kan.

Sama la macam hidup ni, bila age dah 40 ke atas, kita dok sibuk lagi ttg dunia, lupa pasal akhirat, tengah sibuk sibuk tu, malaikat maut dapat instruction utk cabyt nyawa kita, dengan tak sempat buat apa apa, tamatlah riwayat kita didunia.