Bayangkan, tiada transaksi jual beli dalam urusan seharian. Hampir tiada.
Bagi orang business, kalau tiada jualan, macam mana nak generate untung. Lupakan sebentar perkataan untung, sekarang perkataan survive dah boleh mengambil tempat perkataan untung tersebut.
Macam mana nak bayar gaji pekerja, sewa bangunan, epf socso, utiliti, bank dan supplier. Memang sesuatu yang rumit dan memeningkan.
Bagi orang business, berhenti dari membuat business adalah mustahil. Sebabnya, perniagaan itu adalah pekerjaannya, disamping perlu bertanggungjawab diatas pekerja bawah jagaannya.
Divert kepada perniagaan antara option yang ada. Terpaksa menukar kepada perniagaan yang produk atau perkhidmatannya lebih mudah dijual laris untuk jangka pendek.
Saya kongsikan beberapa produk yang mendapat permintaan tinggi buat masa ini, antaranya hand sanitizer, face mask, mask extender, makanan harian ready made, instant food & courier servis
Menjual produk dan perkhidmatan tersebut sebenarnya adalah untuk survival sementara, disamping mencari lain lain produk dan perkhidmatan yang lebih sustain dipasaran.
Jadinya, dalam situasi ini, kita kena ikut resam Mok Ko yang akan cepat mengadaptasi persekitaran untuk survival dirinya.
No comments:
Post a Comment