Lama jugak kan tak share apa apa maklumat dalam ni. Ye la, zaman sekarang dah banyak berubah. Tak macam dulu.
Semakin lama, orang semakin malas. Malas nak menulis, malas nak berfikir, malas nak membaca. Daripada menulis, baik buat video. Daripada berfikir, baik tido. Daripada membaca, baik tengok video. Yang faham, faham la. Yang tak faham, buat buat faham sudah
Sepanjang covid 19 yang hari tu, saya dan family merasa la jugak virus tu. Dua minggu melepek kat rumah. Badan rasa letih gila. Setiap 4 jam kami anak beranak telan penadol. Tu belum kira menghidu wap dari air rendaman cengkih. Nasib baik kami sekeluarga tak kecanduan cengkih. Haha
Tak ramai yang tahu kami sekeluarga kena covid.
Family terdekat je yang tahu.
Jiran sebelah pun tak tau kami kena covid. Masa tu dah la lockdown, lepas tu kena covid. Dan kami tak inform jiran jiran pun yang kami kena covid. Makan semua kami masak sendiri, bahan mentah kami order guna Foodpanda. Masak apa pun, selera tak ada. Penyudahnya, makan roti dan biskut je la.
Kenapa tak inform jiran jiran?
Time tu, kebanyakan daripada kita, bila dengar orang kena covid, ada satu tanggapan negatif, akan menjangkitkan pada orang lain. Ada la jugak jiran jiran yang syak kami kena covid, siap ada yang memerli kami lagi. Masa tu, Allah je yang tahu perasaan kami satu family.
Nasib baik la ada family lagi. Setiap waktu, diaorang call. Bertanya khabar. Walaupun jauh, tapi ada je yang tolong orderkan makanan guna foodpanda. Walaupun time tu memang tak ada selera makan langsung.
Yang pernah kena covid, diaorang pasti pernah mengalami pengalaman yang hampir sama.
Time covid tu, kami dah fulltime buat business. Saya buat business supply manpower di kilang kilang sekitar Johor.
Wife pulak buat business jual beli barang kemas.
Allhamdulillah, time lockdown business pulak rancak. Kilang kilang tak boleh nak ambil pekerja asing. So, memang pekerja local je yang la diaorang harapkan.
Time lockdown tu la saya keluar rumah berpuluh kilometer jauhnya. Berbekalkan surat kebenaran polis.
Business orang rumah pun sama. Rancak. Semua orang duduk rumah. Main order je barang kemas diaorang. Pelanggan kebanyakannya orang orang kerajaan dan swasta yang kerja dari rumah. Bila duduk rumah, gaji jalan, duit minyak kereta yang sepatutnya digunakan untuk beli petrol pergi balik kerja, tak di gunakan. So, beli barang kemas la jawabnya.
Tu belum cerita lagi tentang bantuan kerajaan melalui pengeluaran KWSP. Senang cerita, time tu berlaku lambakan duit dalam pasaran. Pengsan nak melayan kehendak pelanggan. Sampaikan ada satu masa, barang kemas di kedai habis. Licin. Tak dapat nak restock sebab time tu kilang pun tak dapat nak supply.
sambung part 2
No comments:
Post a Comment