Baru baru ni ada berbincang dengan seorang kenalan semasa minum di kedai mamak. Dia telah bekerja dengan syarikat yang dia bekerja sekarang sejak dia tamat belajar (tahun 2000). Kami grad tak sama.. sebab masa tu UTM lebih sayangkan saya compare dengan dia, so UTM suruh saya stay satu sem lagi.. (lambat betul la pickup korang nie... aku extend satu sem la...) So, aku grad tahun berikutnya..
Kalau compare aku dengan dia, sejak habis belajar, aku dah bekerja dengan lebih 10 syarikat. Sebenarnya aku bukan jenis yang suka kerja lama sangat. Paling lama aku kerja dengan satu satu syarikat adalah lebih kurang 2 tahun.. Masuk tahun ketiga je, aku dah mula tekan panic button. Start cari keja lain dan masuk tempat kerja baru.. Dari sudut yang berbeza, sebenarnya aku nak capai apa yang aku inginkan.. dari segi gaji dan position. So, bila aku lompat kerja tempat lain, selalunya aku akan mintak gaji dan post yang lebih tinggi.
Kawan aku nie pulak, start kerja sampai sekarang, kerja tak banyak beza, company sama, position sama, cuma gaji je ada naik setiap tahun. Dia kata dia pekerja yang setia. menurutnya, pekerja yang loyal nie diukur dari segi berapa lama dia bekerja dengan sesebuah company tu. So, kalau lagi lama dia bekerja, lagi mencanak canak naik la meter kesetiaan. Hehehe..
Pada aku pulak, konsep yang dia pakai mungkin boleh diguna pakai masa 10 atau 15 tahun lepas. Atau semasa zaman pemerintahan Jepun dulu. Tapi, pada masa sekarang, banyak lagi benda yang perlu diambil kira sebelum cop seseorang pekerja tu sebagai setia kepada syarikat. Contohnya apa yang pekerja tersebut buat dalam seharian dia berada di syarikat tersebut, adakah dia jujur dengan kerja yang dia lakukan, apakah dia makan duit tepi, adakah dia bersikap adil dengan pekerja lain, atau dengan pelanggan. Semua itu perlu diambil kira.
Pada saya zaman sekarang, kalau pekerja tersebut komited walaupun dia bekerja setahun, dia lebih baik dari yang bekerja berpuluh tahun tapi kepala dah keras, susah nak terima perubahan, kaki bodek, suka melagakan orang dan sebagainya.
Pada saya zaman sekarang, kalau pekerja tersebut komited walaupun dia bekerja setahun, dia lebih baik dari yang bekerja berpuluh tahun tapi kepala dah keras, susah nak terima perubahan, kaki bodek, suka melagakan orang dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment