Saturday, 25 July 2026

Orang Pontian Dah Ada Option Arrahnu

Kedai Arrahnu Max baru je beroperasi kat Pontian. Lepas ni ada la option kalau korang nak dapatkan cash dari emas yang korang ada

Secara umum, Ar-Rahnu lebih sesuai untuk orang Islam yang mahukan pembiayaan patuh syariah, manakala kedai pajak konvensional mungkin menawarkan syarat yang berbeza bergantung kepada pengendali.

Berikut ialah beberapa kelebihan Ar-Rahnu berbanding kedai pajak:

  1. Patuh syariah – Tiada unsur riba. Caj yang dikenakan biasanya ialah upah simpan (ujrah), bukan faedah atas pinjaman.

  2. Caj lebih rendah – Di banyak institusi Ar-Rahnu, kadar upah simpan selalunya lebih rendah berbanding kos keseluruhan di sesetengah kedai pajak konvensional.

  3. Nilai pinjaman yang kompetitif – Pembiayaan biasanya berdasarkan nilai semasa emas dengan kadar margin pembiayaan yang jelas.

  4. Proses cepat – Penilaian emas dan kelulusan pembiayaan lazimnya boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

  5. Emas disimpan dengan lebih selamat – Kebanyakan penyedia Ar-Rahnu mempunyai sistem keselamatan dan perlindungan yang baik.

  6. Peluang menebus semula emas – Jika peminjam menghadapi kesukaran, sesetengah penyedia menawarkan pilihan lanjutan tempoh atau penyelesaian lain mengikut polisi mereka.

  7. Ketelusan – Caj, tempoh pembiayaan dan syarat-syarat biasanya dinyatakan dengan jelas sejak awal.

Bila Ar-Rahnu lebih berbaloi?

  • Memerlukan wang tunai segera tetapi tidak mahu menjual emas.
  • Ingin mendapatkan pembiayaan yang patuh syariah.
  • Merancang untuk menebus semula emas dalam tempoh yang ditetapkan.

Bila kedai pajak mungkin sesuai?

  • Jika anda memerlukan syarat tertentu yang ditawarkan oleh kedai pajak tertentu, seperti tempoh pajakan atau margin pembiayaan yang lebih tinggi. Namun, anda perlu menyemak kadar caj dan syarat dengan teliti kerana ia berbeza antara pengendali.


Mana Lebih Berbaloi antara Kereta EV dan ICE?

Jawapannya bergantung pada cara penggunaan kereta. Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, ICE (petrol) masih lebih berbaloi, tetapi ada situasi di mana EV lebih menjimatkan.

Berikut perbandingannya:

Faktor EV ICE
Harga beli Lebih mahal Lebih murah
Kos tenaga Sangat rendah Lebih tinggi (bergantung harga petrol)
Servis Kurang komponen, kos servis biasanya lebih rendah Perlu tukar minyak enjin, penapis, timing belt (bergantung model), dll.
Bateri Mahal jika perlu diganti selepas bertahun-tahun Tiada bateri traksi yang mahal
Nilai jual semula Masih belum pasti untuk jangka panjang Lebih stabil kerana pasaran matang
Kemudahan isi tenaga Perlu stesen pengecas atau pengecas di rumah Stesen minyak ada di mana-mana
Perjalanan jauh Perlu merancang pengecasan Sangat mudah

EV lebih berbaloi jika:

  • Anda memandu lebih 20,000 km setahun.
  • Ada tempat mengecas di rumah.
  • Kebanyakan perjalanan dalam bandar.
  • Mahu kos harian yang rendah dan penyelenggaraan yang lebih ringkas.

ICE lebih berbaloi jika:

  • Anda memandu kurang daripada 15,000 km setahun.
  • Selalu balik kampung atau memandu jarak jauh.
  • Mahu harga pembelian yang lebih rendah.
  • Mahu kemudahan mengisi minyak dengan cepat.

Kalau anda bercadang membeli kereta baharu, beritahu saya:

  • Bajet (contohnya RM80k, RM120k atau RM200k),
  • Berapa kilometer anda memandu setiap hari,
  • Ada atau tidak tempat untuk mengecas di rumah

Kereta Dah Habis Bayar, Maintenance Sentiasa Ada

Secara umum, ya, masih berbaloi simpan kereta yang sudah habis bayar, walaupun kos maintenance mula meningkat selepas 5 tahun. Dalam kebanyakan keadaan, kos penyelenggaraan tahunan masih lebih rendah berbanding anda membeli kereta baru dan menanggung ansuran bulanan serta susut nilai yang tinggi.

Sebagai contoh:

  • Kereta lama (6–10 tahun):

    • Tiada ansuran bulanan.
    • Mungkin perlu tukar absorber, mounting, bateri, tayar atau komponen lain sekali-sekala.
    • Walaupun keluar RM3,000–RM5,000 setahun untuk pembaikan besar, ia bersamaan sekitar RM250–RM420 sebulan.
  • Kereta baru:

    • Maintenance memang lebih rendah pada awalnya dan dilindungi waranti.
    • Tetapi anda perlu membayar ansuran, contohnya RM800–RM1,500 sebulan selama 7–9 tahun, selain insurans dan susut nilai.

Saya biasanya mencadangkan tukar kereta hanya jika:

  • Kos baik pulih sudah terlalu kerap (contohnya lebih RM8,000–RM10,000 setahun).
  • Kereta selalu rosak hingga mengganggu kerja atau keselamatan.
  • Penggunaan minyak terlalu tinggi berbanding model yang lebih moden.
  • Anda memang memerlukan kereta yang lebih besar atau lebih sesuai dengan keperluan keluarga.

Jika kereta anda masih boleh dipercayai dan hanya memerlukan servis berkala, saya akan terus gunakan sehingga 10–15 tahun. Wang ansuran yang "tidak perlu dibayar" boleh disimpan atau dilaburkan, dan dari sudut kewangan itu selalunya lebih menguntungkan.


Membeli Surat Pajak Gadai Di Bandar Pontian

Sejak beberapa hari ni, kebanyakan kawasan di Johor mengalami hujan pada sebelah bagi. Kadang tu, dari sebelum subuh dah hujan.

Kalau time kerja, isnin sampai jumaat tu, kalau hujan waktu pagi, alamatnya memang jem la. Semua orang yang selalunya pergi kerja naik moto, time hujan semua pakat bawak kereta. Confirm jem yang amat

Pagi ni ada schedule di Bandar Pontian. Appointment jam 10. Awal pagi dah kena keluar. Kalau tak, confirm sampai lambat. 

Nasib baik la tadi sampai awal. Customer tak sampai lagi. Janji kita dah sampai dulu. 

Bila ada appointment kat kedai pajak ni, teringat satu kes dulu. Kena scam dengan scammer.

Malas la nak cerita lagi. Benda dah jadi kenangan. Cuma kena hati hati la lain kali. Jangan sampai terkena lagi.

Kali ni allhamdulillah dapat customer yang bagus. Barangnya ada batu. Sebelum urusan tebus barangnya dari kedai pajak, dah bagitau awal awal. Lepas tebus nak kena keluarkan batunya dulu, then baru timbang balik untuk dapatkan berat sebenar.

Lepas urusan tebus selesai, saya bawak customer masuk kereta, atleast dia dapat tengok proses buang batunya. Iya, saya buat semua tu dalam kereta. Just FYI, dalam keta saya semua kelengkapan ada. Player, cutter, timbang, acid dll. Senang sikit nak buat kerja. 

Bila dah buang batu, timbang balik, confirm beratnya berkurang. Secara tak langsung, duit lebihan pun berkurang. Berapa kurangnya? Bergantung pada berat batu. Kalau besar, banyak la kurang. 

Korang yang ada surat pajak, surat arrahnu, emas lama tak kisah apa mutunya, 999 ke, 916 ke atau 750 ke, semua boleh. Nak jual, wasap je kat no ni 0105115979. Saya mudahkan urusan jual belinya. 

Sunday, 12 July 2026

Membeli Surat Pajak Gadai Di Seri Alam, Pasir Gudang

Pagi ni berkesempatan entertain satu customer di Ar Rahnu Max, Seri Alam, Pasir Gudang.

Actually kedai ni baru je bukak. Dalam sebulan macam tu. 

Customer ni pun antara yang terawal yang memajakkan barang kemasnya kat sini. 

Katanya, hari tu dia nak pakai duit untuk pembiayaan pelajaraan anaknya yang sambung study lepas SPM. Tapi bila dah arrahnukan barangnya, tak dapat amount seperti yang dijangkakan. 

Nak tak nak, lepas sebulan dia pajakkan barangnya, dia contact saya untuk jual pulak. 

Nasib baik la ada lebihan banyak jugak. 

Kedai ni pun antara yang ok la buat masa ni. Dia bagi pembiayaan sampai 80%, lepas tu cajnya cuma 1% setiap bulan selama 6 bulan. Tak payah nak datang setiap bulan untuk renew suratnya.

Tadi lepas customer settle dengan arrahnu, saya cek barangnya dan cek ketulinan barang. Lepas semua dah confirm, saya serahkan baki tunai sebanyak RM1500 pada dia. Dapat la buat tambah tambah anak sambung study.

Korang yang ada surat pajak, surat arrahnu atau emas lama, nak jual, boleh je contact saya. Saya cover satu Johor. Dari Tangkak sampai ke JB. 

Nak tanya harga dulu pun boleh. Apa apa roger

0105115979 (wasap / call) 

Tuesday, 23 December 2025

Niaga Ni Kena Banyak Beringat

Hari ni jam 9am dah sampai Kluang. Nak berurusan dengan customer untuk jual surat pajaknya. 

Kalau ikutkan suratnya, dah beberapa kali dia buat overlap. Bila buat overlap, lebihan duit tu ada la jugak. Bukan tak ada. Tapi, duit yang dia dapat tu tak la sebanyak duit kalau dia jual suratnya. Dia kata nak overlap lagi, tapi cuma dapat RM450 je. Bila dia jual, dia dapat lebihan RM1500. 

Bukan sikit jugak lebihan yang dia dapat. Duit dari jualan tu katanya dapat cover modal niaga. Iya la, skng ni niaga pun tak berapa ok. Untung jugak ada menyimpan emas time niaga ok. 

Peniaga ni, tak sama macam makan gaji, yang setiap bulan dah tentu dapat gaji. 
Kalau niaga ni, time banyak, memang banyak. Time sikit, sikit la. Tu yang kena beringat, time banyak, kena menyimpan. Time sikit, boleh la guna balik simpanan tu. 

Allhamdulillah hari ni dapat customer yang baik. Senang berurusan dengan customer ni. 

Terima Kasih orang baik

Thursday, 4 December 2025

10 Kesilapan Membuat CV

Lepas abis belajar dulu, Alhamdulillah senang dapat kerja. Time tu zaman selepas kegawatan ekonomi 1998.
Antara sektor yang terjejas adalah sektor teknologi maklumat.

Saya antara pelajar yang tercicir. Tak grad on time. Pandai sangat buat percaturan sendiri, final sem yang sepatutnya buat tesis dan satu subject lain yang sepatutnya saya cover masa final, tapi kena reject oleh dekan. Alasannya terlebih kredit. So nak tak nak, terpaksa la sambung satu lagi semester, just untuk buat tesis.

Tak payah datang kelas, cuma perlu jumpa Penyelia seminggu sekali.

Apa lagi, kerja la.

Alhamdulillah senang dapat kerja. Malam kerja sebagai Production Supervisor, siang buat tesis + tido.

Meh sini saya share antara kesilapan biasa  dalam membuat CV

Berikut ialah 10 kesilapan biasa dalam CV yang selalu buat HR terus reject tanpa baca lama — ringkas, padat dan sesuai untuk dijadikan konten.

🚫 Kesilapan Biasa Dalam CV Yang Buat HR Reject

1. CV terlalu panjang (lebih 2 muka surat)

HR hanya tengok 6–10 saat pertama. Kalau panjang melampau = terus skip.

2. Letak terlalu banyak maklumat peribadi

IC, alamat penuh, status kahwin, gambar tak profesional → tak perlu.

3. Tiada objektif kerjaya yang jelas

Ramai letak ayat klise:

> “Saya ingin bekerja dalam syarikat anda.”
Salah.
Kena tulis objektif spesifik ikut jawatan.

4. Format bersepah dan tak tersusun

Font berbeza-beza, spacing tak sama, warna pelik → HR nampak tak kemas.

5. Tulis tugas terlalu umum

Contoh:

> “Buat kerja-kerja admin.”
Ini lemah.
Kena tulis pencapaian & output kerja.

6. Letak gaji sekarang dalam CV

HR memang tak suka. Ini tempatnya dalam interview, bukan CV.

7. Ejaan & tatabahasa salah

1 kesalahan kecil pun boleh buat HR hilang kepercayaan.

8. Mixed language (BM + BI) dalam satu CV

Nampak tak profesional. Pilih salah satu: full BM atau full English.

9. Letak hobi yang tak relevan

Contoh: memancing, bermain PUBG — tidak memberi nilai untuk majikan.

10. Tidak sesuaikan CV dengan jawatan

Satu CV hantar untuk semua kerja → paling cepat kena reject.
Kena tweak ikut jawatan yang dipohon.

***
Saya Endik Buang, saya membantu adik adik yang nak bekerja dalam sektor perkilangan. Start sebagai Operator Pengeluaran, Leader, Supervisor, Technician, Engineer dll. Berminat boleh wasap saya di 601118825798 atau direct mesej melalui fb messenger pun boleh. Kilangnya semua ada di JB. Yang perlukan hostel pun kami ada sediakan

Friday, 21 November 2025

Bagi Pinjam Kawan Duit, Bayar Guna Emas Palsu

Hari ni ada customer wasap saya. Nak jual rantai tangan. 

Macam biasa la. Saya mintak dia hantarkan beberapa keping gambar supaya saya dapat buat penilaian awal. 

Tak nak nanti, bila saya dah sampai tempat customer, atau customer dah sampai kedai, sekali barangnya bukan emas. Buang masa, buang tenaga dan buang duit minyak jugak. 

Bila dia send gambar pertama, saya terus cakap pada customer yang barangnya bukan emas. Dan saya memang tak akan datang tempat dia untuk pickup. 

Tapi customer tak puas hati dengan jawapan saya, dan dia nak jugak saya buat verification terhadap barang tu. Saya share location kedai, dan dia sampai 1 jam lepas tu. 

Sama seperti yang saya dah bagitau pada dia, barangnya bukan emas. 

Saya tanyakan pasal resit belian. Katanya dah hilang. Bila borak punya borak, baru la dia bukak cerita. 

Katanya tu bukan barang dia, tapi barang kawan dia. Kawannya ada berhutang dengan dia sejumlah wang. Tapi dah beberapa kali drag. Tau tau dah dekat setahun. Tu yang kononnya kawannya bagi barang kemas tu untuk bayar hutangnya. 

Memang malang kalau ada kawan yang jenis macam ni. Level level puaka pun ada. Dah la hutang tak bayar, bayar pun guna barang palsu. 

Ni saya nak nasihatkan awak awak semua, kalau ada kawan kawan yang nak pinjam duit, tapi barang kemas yang dia pakai tu banyak, suruh je kawan tu gadaikan barang kemasnya. Andai kata, kita dah bagitau dia suruh dia jual atau gadaikan barang kemasnya, tapi dia sayang nak jual atau gadaikan, saya boleh jamin 200% yang kawan jenis macam ni, sama ada dia pakai barang palsu atau kalau kita bagi pinjam, memang dia tak akan bayar balik duit yang kita pinjam tu. 

Tak caya? 

Sunday, 5 October 2025

Surau Aa Sobirin, Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang


Korang yang jalan jalan ke area Pasir Gudang, jangan lupa singgah di Surau As Sobirin Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang.

Selain untuk menunaikan solat wajib dan sunat, korang jugak boleh qada hajat di sini jugak. Suraunya bersih dan selesa. Kemudahan toiletnya pun memang terbaik.

Kat surau ni, diaorang banyak implement konsep 5S. Ni pendapat je la, mungkin ajk surau ramai yang pernah bekerja di kilang sekitar Pasir Gudang, so diaorang implement benda yang diaorang pernah implement di tempat kerja, di surau ni.

So hasilnya, memang surau ni nampak well organized. 

Actually, ni bukanlah satu satunya surau atau masjid yang implement benda yang sama di Pasir Gudang. Ada banyak lagi surau yang implement benda yang sama di surau diaorang. 

Surau As Sobirin tengah kumpul dana nak extend surau mereka. Korang yang nak invest dengan ganjaran yang bukan dapat di dunia, boleh la hulur sikit sikit. Sama sama panjangkan info ni, supaya lagi ramai yang dapat invest

Friday, 3 October 2025

Membeli Surat Pajak Gadai di Pekan Tiram


Aku tak sure dari mana asal usul nama pekan Tiram ni.

Biasanya kalau tempat tu banyak sesuatu benda, contohnya banyak pokok Melaka, so tempat tu di panggil Melaka. Ada jugak tempat yang diambil sempena nama geography kawasan tersebut, conyohnya Muar, diambil sempena perkataan MUARA sungai.

Tapi pekan Tiram ni lain sikit. Tak sure mana datangnya nama Tiram tu. Nanti try tanya orang orang lama area sini. Kot diaorang tau asal usul nama Tiram tu. 

Pagi pagi ni ada appointment dengan customer yang nak jual surat pajaknya di Pekan Tiram. 

Wifenya sakit. Kehabisan gel lutut. Duit lebihan yang dia dapat, katanya nak bawak wifenya buat rawatan injection lutut. Harap wife customer ni cepat sembuh. 

Kalau korang nak tau, saya beli semua jenis emas. 999, 916, 950, 850, 750, 375. Goldbar, gold coin, barang kemas lama, barang kemas putus dan barang kemas rosak pun saya beli.

Selain tu, kalau korang ada surat pajak atau surat arrahnu yang dah tamat tempoh dan korang tak mampu nak tebuskan semula, saya pun boleh tebuskan. Keuntungan kita bagi sama sama. 

Ni no telefon untuk dihubungi. Nak wasap pun boleh. +60105115979 

Saturday, 27 September 2025

Membeli Surat Pajak Gadai Di Taman Universiti Skudai


Kat JB dah dua hari cuaca mendung je. Ada best ada tak bestnya. Best sebab cuaca tak panas sangat. Tak best sebab boleh mengurangkan produksi fotosintesis pokok pokok, so oxigen pun berkurang

Allhamdulillah hari ni dapat job beli surat pajak di Taman Universiti Skudai. 

Tadi sebelum ke kedai pajak, sempat singgah di Aeon Taman Universiti. Kebetulan pulak hari ni adalah hari kedua pendaftaran pelajar masuk ke UTM, so ramai la mak ayah yang pegi beli barang keperluan dapur macam penyapu, baldi dan penyangkut baju. 

Janji dengan customer jam 1 tghari. 130 customer tak muncul lagi. Jalan jem agaknya. 

Macam ni life seorang pembeli emas. Kena sidai tu dah jadi makanan.

Korang yang duduk area Skudai, nak jual emas lama, surat pajak atau surat arrahnu, boleh je contact saya di 0105115979 untuk dapatkan sebutharga percuma. 

Kalau surat pajak atau surat arrahnu, biasanya saya akan mintak wasapkan gambar suratnya, lepas tu saya kirakan mengikut harga emas semasa, then saya akan bagitau berapa lebihan duit yang korang akan dapat. 

Friday, 26 September 2025

Harga Emas Naik Mencanak


Ada beberapa customer dan kawan rapat, DM tanya kenapa harga emas naik mencanak. Kalau emas 999 tu, ada player yang jual dengan harga RM550 segram.

Bagi yang nak membeli, rasanya macam kurang berbaloi untuk beli. Kalau barang kemas 916 tu, ada penjual yang jual dengan harga RM490 tak termasuk dengan upah. Kalau dah termasuk upah, dalam RM510 jugak la segram.

Sapa untung sapa rugi dengan kenaikan harga emas? 

Yang untung adalah orang yang barisan pertama yang berkaitan dengan emas. Termasuklah pelombong dan pendulang emas. 

Penyimpan emas untung ke? Bagi saya, kalau simpan kurang dari sekilo, tak nampak pun kesannya. Maksudnya, tak terkesan pun dengan kenaikan harga yang melambung tu. 

Pembeli emas macam saya untung ke? Kami pembeli emas tak untung pun. Sebab emas adalah barang dengan harga terkawal. Kat mana mana di Malaysia ni, harga lebih kurang sama je. So, margin pembeli emas ni sama je. Contoh, masa harga RM100 segram, margin kami RM5 segram. Sekarang margin pun still sama. RM5 segram. 

Kalau compare dengan nisbah harga emas, kalau harga RM100, margin RM5, maksudnya 5% la kan. Sekarang, dengan harga RM500, tapi still ambil margin RM5, so cuma tinggal 1% je. Pengsan

Tu pun kadang customer nak harga lagi tinggi. Haha. Tinggal tulang la jawabnya. Bukan nak sombong, tapi kalau modal RM100, 000 x 1% maksudnya cuma dapat RM1000 je. Kalau ada yang nak harga lagi tinggi, biasanya saya mintak dia simpan dulu emasnya, nanti bila harga naik lagi tinggi, baru datang balik untuk jual.

Harga akan sentiasa tinggi ke? 

Harga akan sentiasa dalam trend menaiki. Cuma bila dan berapa je la. Kalau ada duit lebih, beli sekadar 1g, nak menunggu 6 bulan untuk naik RM50 segram, baik lupakan je la. Banyak lagi benda yang boleh dibuat dengan RM500 tu

Tuesday, 16 September 2025

Lepas Cuti, Naik Kerja : Apa Kita Akan Rasa

Sekali sekala dapat bercuti dengan family, memang best. Nak nak dapat cuti lebih dari 2 hari. Kalau selalu cuma bercuti hujung minggu je, tapi kali ni dapat 4 hari berderet. Kena pulak anak anak cuti sekolah. 

Bila dah ada anak anak, cuti tu hanya untuk gembirakan anak je. Ayah & ibunya cuma tumpang gembira je. 

Tak caya?

Try tengok tempat yang kita kunjungi time cuti hari tu. Water park, theme park, hotel yang ada swimming pool, zoo, taman burung dan yang seumpamanya. Yang pasti tempat yang anak anak suka. 

Kita sebagai parent, memang seronok la time tu. 

Yang tak seronok, bila esoknya kita kena start kerja balik. Anak anak still cuti lagi. Walaupun hari ni hari rabu, tapi feelnya macam hari isnin. Umpama monday blues. 

Cuti beberapa hari tu dapat la release sikit. Chill chill dengan family. Bila masuk kerja balik, gendang perang pun dipalu, maka bermula la perang sesama department. Haha

Tu la kita

Sunday, 14 September 2025

Cuti September 2025 - 12, 13, 14, 15



Di Johor, sejak penukaran semula cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad, hidup pekerja sektor swasta jadi lebih teratur.

Iya la, bagi yang ada anak yang masih bersekolah, tak perlu lagi nak adjust adjust cuti hujung minggu. Kalau yang kerja sabtu halfday, paling tidak mereka ada masa sehari setengah dengan anak anak dan family. Bagi yang cuti pada hari sabtu & ahad, mereka pulak ada dua hari bersama family. 

Dulu, masa anak anak cuti jumaat & sabtu, tapi parents cuti sabtu ahad, kitaorang terpaksa ambil cuti pada hari jumaat utk dapatkan 2 hari cuti dengan anak anak. Time tu, kebanyakkan parents tak ambil action yang ni. Diaorang lagi suka cutikan anak pada hari ahad.

Kehadiran pelajar pada hari ahad memang out la. Cikgu cikgu pun dah faham. Bila hari ahad je, ramai pelajar akan ponteng. Bertahun cikgu cikgu menghadap benda ni. Bagi insentif pada pelajar pun tak jalan, bagi warning pun tak jalan. Last last cikgu bagitau, setahun boleh tulis surat alasan, tiga kali je. Paham paham je la, maksudnya ponteng pada hari ahad, setahun tiga kali je.

Bila PMX announced tambahan sehari cuti pada bulan September 2025, parent memang suka la. Mana taknya, yang cuti jumaat sabtu, depa sambung lagi cuti isnin selasa. Kena pulak time cuti sekolah. Memang langkah panjang la jawabnya. 

Bagi pekerja, memang happy la. Majikan kurang happy sikit, sebab cuti banyak bermaksud sales dan untung berkurang

Selamat bercuti gais

Wednesday, 10 September 2025

Kita & Mak


Berhubung kes yang saya ss dari tt, saya berpendapat, kita sebagai anak, tanggungjawabnya bukan sekadar bagi duit dah lepas macam tu je.

Bantuan tak kira pada sesiapa, bergantung pada apa yang diperlukan oleh penerima bantuan atau sapa yang kita nak bantu.

Duit bukanlah segala galanya.

Ada orang perlukan duit. Ada orang perlukan makanan. Ada orang perlukan tempat tinggal. Ada orang perlukan perhatian.

Kalau kita bagi duit pada orang yang perlukan kasih sayang, duit tu jadi tak bermakna pada orang tersebut.

Kalau kita bagi tempat tinggal pada orang yang kelaparan, tempat tinggal tersebut jadi tak ada makna baginya.

Kalau seorang ibu yang mentalnya dah rosak, kita bagi duit banyak mana pun, ada makna ke untuk dia? Confirm tak ada. Yang dia perlukan mungkin tempat tinggal, ambil berat dari seorang anak.

Kembali la pada fitrah. Dulu mak ayah boleh je jaga kita masa kita kecil, dengan macam macam kerenah kita yang ibu layan sepanjang masa, time ibunya ada problem, anaknya takkan la biarkan macam tu je.

Takkan la tak ada rasa simpati langsung kan. 

Tuesday, 9 September 2025

Business Kena Flexible

Saya pernah menjalankan beberapa perniagaan. Antaranya, kedai printing, sewa kereta, travel & tours serta kedai emas.

Kalau korang tanya, business mana yang paling menguntungkan, saya akan jawab businness sewa kereta. 

Tapi kenapa business tu saya tak teruskan? Ada banyak sebab, antaranya adalah kesesuaian business sewa kereta pada masa tersebut. 

Saya jenis yang tak suka bersaing. Bila banyak persaingan, kita kena buat macam macam benda untuk pastikan business kita terus berjalan. Sampai satu masa, persaing baru akan potong harga, yang akhirnya bukan setakat kita je bungkus, tapi dengan dia dia sekali bungkus. 

Bukan nak cakap apa, bila kita masuk dalam sesuatu bidang perniagaan, buat kira kira sikit, then kalau ok, kita follow je harga yang dah diberikan oleh pesaing. 

Dalam masa, adjust la sana sini utk fitkan dengan business kita tu.

Cakap pasal flexibility dalam bidang perniagaan, ya memang kena flexible. Especially kalau business kita dah kurang relevant. 

Contoh, beberapa tahun pertama semasa saya berniaga emas, memang masyuk. Time tu, harga emas masih berada kurang dari RM300 segram.

Tapi bila harga dah semakin naik, saya dapati semakin ramai pembeli sukar untuk membuat belian emas. Dalam masa yang sama, trend orang menjual barang kemas yang diaorang beli 2 atau 3 tahun lepas pun semakin meningkat. Nak atau tak, terpaksa la sediakan modal yang lebih untuk tukar core business daripada menjual emas kepada membeli emas. 

Jangan terlalu ego dengan diri sendiri sampaikan terpaksa bergolok bergadai semata mata nak bagi business sustain. Boleh je cari cabang perniagaan yang baru, atau tukar core business supaya business kita lebih berdaya saing. 

Saturday, 6 September 2025

Layan Penjual Emas Di Pekan Masai


Hari ni pagi pagi lagi dah hujan.

Jam 7 lagi kami dah kuar rumah. Plannya nak sarapan dulu di Kong Kong. Sekali, kedainya penuh. Tak ada meja kosong.

Pusing balik, cari sarapan di area Masai je. Kebetulan pulak memang pagi ni ada schedule di pekan Masai. So sekali jalan je la.

Dari jam 7 hujan tak berhenti. Kejap lebat, kejap renyai.

Kepada customer yang berurusan hari ni, naik motor pulak tu, hati hati masa bawak motor tu. Sampai lambat sikit pun tak apa. Janji selamat sampai. Satu lagi, kalau agak agak sampai lambat, roger roger la dulu. Boleh la kami g ngeteh dulu. 

Wednesday, 27 August 2025

Barang Rare Tahun 1893

Semalam ada satu customer datang nak jual barang kemas. Sebelum tu dia bagitau yang dia ada sekeping syiling emas.

Saya pun minta dia datang ke kedai.

Tak lama lepas tu, dia datang dengan senyum lebar. Dia hulurkan sekeping syiling emas. Bukan biasa biasa punya syiling tau.

Dah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia emas ni, ni la first time jumpa syiling macam ni. Kalau syiling MAA, Public Gold atau Accurate Gold, memang biasa la saya jumpa.

Syiling yang dia bagi rupanya syiling era pemerintahan Queen Victoria. Lama tuuu. 

Saya pun buat la research sikit kat chaatgpt. Ni adalah info yang chaatgpt bagitau. 
---
Daripada ukiran potret dan tulisan di sekeliling, boleh dibaca:
"VICTORIA DEI GRA BRITT REGINA FID DEF IND IMP" yang bermaksud "Victoria, oleh rahmat Tuhan, Permaisuri Great Britain, Pelindung Iman, Maharani India".

👉 Ini biasanya ditemui pada syiling emas/perak Sovereign atau Crown zaman pemerintahan Queen Victoria (1837–1901).

Untuk pastikan lebih tepat:

Kalau berat sekitar 7.98g emas 917, itu ialah Gold Sovereign.

Tahun cetakan biasanya ada di bahagian belakang (reverse) syiling.
---
Rupanya customer jumpa syiling tersebut. Tak sure dia jumpa dimana

Saya bayarnya cash mengikut harga emas semasa.

Korang ada yang berminat ke dengan syiling ni? 

Wednesday, 13 August 2025

Kali Kedua Di Scam Penjual Emas

July 26, 2025 (Sabtu), saya dihubungi oleh seorang yang ingin menjual surat pajaknya. Masa tu saya on the way balik kampung di Muar. Penjual tu nampak tergesa gesa sebab nak jual pada masa tu jugak. (ciri ciri scammer yang pertama; urgent). Saya dah inform dia yang saya tak free time tu. Saya mintak dia berurusan pada hari berikutnya.

July 27, 2025 (ahad), tak ada mesej dr penjual tersebut. Saya pun lupa dan tak followup. 

July 28, 2025 (Isnin), penjual yang sama telah menghubungi saya semula melalui wasap. Walaupun harga dah turun, tapi dia still nak jual jugak (ciri ciri scammer yang kedua; dapat sikit pun tak apa, janji dapat) . Nampak terdesak. (ciri ciri scammer yang ketiga; terdesak) Dan saya set appointment pada jam 3 petang. 

3pm, saya sampai dikedai pajak. Isteri & anak yang kebetulan free time tu pun ikut sekali.

Sejam menunggu, akhirnya penjual tersebut muncul (ciri ciri scammer yang kelima; bagi banyak alasan) . Sebelum dia sampai, dia telah menghantar gambar surat pajak yang ingin dijual beserta gambar icnya sekali, walaupun saya tak mintak pun gambar icnya (ciri ciri scammer yang keenam; cuma mewujudkan kebolehpercayaan)

Saya bersemuka dengan penjual tersebut dan meminta dan surat pajaknya. Sama seperti yang dia hantar memalui wasap sebelum ini. Ok. 

Setelah memeriksa ic dan surat pajaknya, saya pun penyerahkan duit padanya untuk tujuan menebus barang seperti yang tertera didalam surat pajak. (Rantai emas dengan berat 38g). 

Masa saya hulurkan duit tu, saya perasan yang tangannya mengeletar. (ciri ciri scammer yang ketujuh; takut). Dan time tu jugak saya dah 50% percaya bahawa penjual ni nak buat something yang tak betul. 

Walaupun saya bersiap sedia, tapi saya still menunggu diluar kedai, sementara dia berada didalam kedai untuk berurusan. 

Tak sampai 2 minit, penjual tersebut keluar dan memberikan saya seutas rantai leher. (ciri ciri scammer yang kelapan; urusan terlalu cepat @ terlalu lama). Seperti biasa, sebelum saya menyerahkan baki duit yang sepatutnya dia dapat, saya akan memeriksa terlebih dahulu barang tersebut. 

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman, kita boleh dapat agak berat barang yang kita terima dan sepatutnya kita terima. Barang yang sepatutnya kita terima 38g, tapi barang yang kita terima tak seberat yang kita sangkakan. 

Saya terus bagitau dia yang barang ni bukan barang yang sepatutnya. Setelah saya mendapati yang di penjual cuba menipu, saya minta duit yang saya telah berikan padanya (RM13k), dan ingin mengembalikan barang yang dia telah berikan padanya, mukanya terus berubah sambil cuba menafikan yang dia cuba menipu.

Oleh kerana ketakutan, dia dengan tidak semena mena telah melarikan diri. 

Semasa dalam keadaan yang kelamkabut, saya mengejar scammer tersebut. 

Jauh jugak dia lari walaupun perutnya bulat. 

Nasib baik jugak la ada orang awam yang membantu menunjukkan tempat scammer tu bersembunyi. 

Berlalu pergelutan dengan scammer tersebut. 

Akhirnya setelah didesak, dia telah mengembalikan duit sebanyak RM10k dan barang kemas berbentuk loket bernilai RM2k lebih (rupanya masa di kedai pajak, dia tak tebus surat yang sepatutnya, tapi menebus surat yang lagi rendah nilainya.

Kebetulan pada masa kejadian ada beberapa polis peronda sedang membuat rondaan, so polis tersebut mengambilalih kes tersebut. 

Saya dan beberapa saksi telah membuat laporan polis, dan kes tersebut telah diambilalih oleh polis. 

Bagi yang membeli emas atau surat pajak, berhati hati la. Saya setuju memang ramai pelanggan yang baik hati dan jujur dalam berurusan, tapi ada seorang dua scammer yang cuba menanguk diair keroh. Jadi sama sama la kita berhati hati. 

Sunday, 10 August 2025

Rakyat Malaysia Hidup Harmoni

Bila masuk bulan Ogos setiap tahun, kebanyakan rakyat Malaysia excited je nak sambut hari kemerdekaan. 

Tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain lain. Yang ada kereta, diaorang beli bendera yang ada stand kecik tu dan tampal di cermin kereta. Yang berniaga, dah start beli buluh dan bendera kain untuk di pasang di depan kedai. Yang budak budak sekolah, dah start beli bendera yang batangnya penuh dengan gula gula berwarna warni.

Cuma yang tak sedapnya, ada je warganegara yang menzahirkan rasa tak puas hati dengan mengibarkan bendera secara terbalik. Sesuatu yang dangkal dan orang normal tak buat.

Sebenarnya memasang dan mengibarkan bendera ni mudah je. Tapi besar maknanya. Bagi orang normal, mengibarkan bendera menggambarkan rasa cinta pada negara, rasa hormat pada negara, rasa bangga pada negara.

Tak perlulah nak berlebih lebihan menunjukan ketidak puasan hati.

Kerajaan pun sepatutnya mengawal dengan mengadakan undang undang yang relevan bagi mengawal situasi yang sama berulang pada masa akan datang. 

Kita yang memilih kerajaan, kita jugak la orang yang asik tak berpuas hati. Walhal hidup kita jauh lagi bagus kalau compare dengan orang lain. Ada rumah sendiri, dalam masa yang sama masih ramai gelandangan. Kita ada kenderaan sendiri, dalam masa yang sama ada ramai yang tak ada kaki untuk berjalan. Kita ada kemampuan untuk makan yang sedap sedap, dalam masa yang sama masih ramai orang yang kais pagi makan pagi. 

Malu la kita, dijadikan sebagai orang yang tak tahu nak bersyukur. 

Nikmat apa yang ingin kau dustakan