Friday 13 January 2012

Berhutang Membawa Padah

Beberapa hari lepas, seorang pegawai dari Alliance Bank, menelefon saya untuk bertanyakan sama ada saya berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank tersebut. Menurutnya, sekiranya saya bersetuju, tiada dokumen yang diperlukan disamping jaminan yang diberikan bahawa permohonan tersebut dijamin lulus dan wang akan dimasukan kedalam akaun pada hari berikutnya selepas permohonan dibuat.

Menurutnya, permohonan saya dipermudahkan disebabkan saya mempunyai akaun dengan bank tersebut. Oleh kerana itu, data-data yang ada sudah memadai untuk mereka membuat pertimbangan kelulusan permohonan saya.

Dalam kes kedua, saya bersama-sama anak kedua ke sebuah bank untuk membuka akaun simpanan anak keempat yang baru dilahirkan dua minggu lepas. Memang sudah menjadi tradisi keluarga kami, semenjak anak yang pertama, apabila mereka lahir, saya akan terus membuatkan akaun simpanan untuk mereka, dengan harapan, pada masa akan datang mereka mempunyai sedikit simpanan untuk pelajaraan mereka. Abang dan kakak mereka juga membuka akaun dibank yang sama sebelum ini.

Namun begitu, kerana usia anak saya masih belum mencapai umur yang dibenarkan, dia terpaksa membuka akaun bersama seperti abang dan kakaknya yang lain. Dan saya, sebagai ayah kepadanya menjadi orang kedua selepasnya sebagai pemegang amanah.

Apabila tiba giliran kami untuk membuat buku akaun tersebut, officer dibank tersebut meminta IC saya, untuk disemak melalui systemnya. Malangnya, IC yang telah saya perbaharui sebanyak 4 kali atas sebab tidak boleh dibaca oleh peranti, tidak boleh dibaca oleh system. Officer tersebut meminta saya menyediakan dua lagi supporting document seperti bil air / eletrik yang mempunyai nama saya dan alamat, atau lesen memandu yang sah atau pasport. Pada ketika itu dokumen yang ada pada saya adalah IC dan lesen memandu, dan terdapat satu lagi dokumen yang diperlukan. Officer tersebut tidak membenarkan saya membuka akaun untuk anak saya kerana ketiadaan dokumen tersebut.

Setelah bertegang urat dengan officer serta managernya, akhirnya mereka membenarkan saya membuka akaun untuk anak saya.

Apa yang kelakarnya adalah, dalam situasi pertama, Alliance Bank menawarkan kemudahan kredit (pemberian sejumlah wang) kepada saya dengan proses yang sangat mudah sekali, namun begitu di AmBank, dimana saya ingin memasukan wang kedalam (memberikan wang kepada bank), perlu memberikan pelbagai supporting document yang pada saya tidak masuk akal. Bukanlah kita hendak mengambil duit mereka, malahan ingin memberikan wang kepada mereka, tetapi terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi.

Saya terfikir, bagaimana kiranya suatu hari nanti saya ingin membuat pengeluaran dari akaun simpanan anak-anak saya sekiranya benar-benar kami dalam keadaan terdesak.

No comments:

Post a Comment