Wednesday, 27 August 2025

Barang Rare Tahun 1893

Semalam ada satu customer datang nak jual barang kemas. Sebelum tu dia bagitau yang dia ada sekeping syiling emas.

Saya pun minta dia datang ke kedai.

Tak lama lepas tu, dia datang dengan senyum lebar. Dia hulurkan sekeping syiling emas. Bukan biasa biasa punya syiling tau.

Dah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia emas ni, ni la first time jumpa syiling macam ni. Kalau syiling MAA, Public Gold atau Accurate Gold, memang biasa la saya jumpa.

Syiling yang dia bagi rupanya syiling era pemerintahan Queen Victoria. Lama tuuu. 

Saya pun buat la research sikit kat chaatgpt. Ni adalah info yang chaatgpt bagitau. 
---
Daripada ukiran potret dan tulisan di sekeliling, boleh dibaca:
"VICTORIA DEI GRA BRITT REGINA FID DEF IND IMP" yang bermaksud "Victoria, oleh rahmat Tuhan, Permaisuri Great Britain, Pelindung Iman, Maharani India".

👉 Ini biasanya ditemui pada syiling emas/perak Sovereign atau Crown zaman pemerintahan Queen Victoria (1837–1901).

Untuk pastikan lebih tepat:

Kalau berat sekitar 7.98g emas 917, itu ialah Gold Sovereign.

Tahun cetakan biasanya ada di bahagian belakang (reverse) syiling.
---
Rupanya customer jumpa syiling tersebut. Tak sure dia jumpa dimana

Saya bayarnya cash mengikut harga emas semasa.

Korang ada yang berminat ke dengan syiling ni? 

Wednesday, 13 August 2025

Kali Kedua Di Scam Penjual Emas

July 26, 2025 (Sabtu), saya dihubungi oleh seorang yang ingin menjual surat pajaknya. Masa tu saya on the way balik kampung di Muar. Penjual tu nampak tergesa gesa sebab nak jual pada masa tu jugak. (ciri ciri scammer yang pertama; urgent). Saya dah inform dia yang saya tak free time tu. Saya mintak dia berurusan pada hari berikutnya.

July 27, 2025 (ahad), tak ada mesej dr penjual tersebut. Saya pun lupa dan tak followup. 

July 28, 2025 (Isnin), penjual yang sama telah menghubungi saya semula melalui wasap. Walaupun harga dah turun, tapi dia still nak jual jugak (ciri ciri scammer yang kedua; dapat sikit pun tak apa, janji dapat) . Nampak terdesak. (ciri ciri scammer yang ketiga; terdesak) Dan saya set appointment pada jam 3 petang. 

3pm, saya sampai dikedai pajak. Isteri & anak yang kebetulan free time tu pun ikut sekali.

Sejam menunggu, akhirnya penjual tersebut muncul (ciri ciri scammer yang kelima; bagi banyak alasan) . Sebelum dia sampai, dia telah menghantar gambar surat pajak yang ingin dijual beserta gambar icnya sekali, walaupun saya tak mintak pun gambar icnya (ciri ciri scammer yang keenam; cuma mewujudkan kebolehpercayaan)

Saya bersemuka dengan penjual tersebut dan meminta dan surat pajaknya. Sama seperti yang dia hantar memalui wasap sebelum ini. Ok. 

Setelah memeriksa ic dan surat pajaknya, saya pun penyerahkan duit padanya untuk tujuan menebus barang seperti yang tertera didalam surat pajak. (Rantai emas dengan berat 38g). 

Masa saya hulurkan duit tu, saya perasan yang tangannya mengeletar. (ciri ciri scammer yang ketujuh; takut). Dan time tu jugak saya dah 50% percaya bahawa penjual ni nak buat something yang tak betul. 

Walaupun saya bersiap sedia, tapi saya still menunggu diluar kedai, sementara dia berada didalam kedai untuk berurusan. 

Tak sampai 2 minit, penjual tersebut keluar dan memberikan saya seutas rantai leher. (ciri ciri scammer yang kelapan; urusan terlalu cepat @ terlalu lama). Seperti biasa, sebelum saya menyerahkan baki duit yang sepatutnya dia dapat, saya akan memeriksa terlebih dahulu barang tersebut. 

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman, kita boleh dapat agak berat barang yang kita terima dan sepatutnya kita terima. Barang yang sepatutnya kita terima 38g, tapi barang yang kita terima tak seberat yang kita sangkakan. 

Saya terus bagitau dia yang barang ni bukan barang yang sepatutnya. Setelah saya mendapati yang di penjual cuba menipu, saya minta duit yang saya telah berikan padanya (RM13k), dan ingin mengembalikan barang yang dia telah berikan padanya, mukanya terus berubah sambil cuba menafikan yang dia cuba menipu.

Oleh kerana ketakutan, dia dengan tidak semena mena telah melarikan diri. 

Semasa dalam keadaan yang kelamkabut, saya mengejar scammer tersebut. 

Jauh jugak dia lari walaupun perutnya bulat. 

Nasib baik jugak la ada orang awam yang membantu menunjukkan tempat scammer tu bersembunyi. 

Berlalu pergelutan dengan scammer tersebut. 

Akhirnya setelah didesak, dia telah mengembalikan duit sebanyak RM10k dan barang kemas berbentuk loket bernilai RM2k lebih (rupanya masa di kedai pajak, dia tak tebus surat yang sepatutnya, tapi menebus surat yang lagi rendah nilainya.

Kebetulan pada masa kejadian ada beberapa polis peronda sedang membuat rondaan, so polis tersebut mengambilalih kes tersebut. 

Saya dan beberapa saksi telah membuat laporan polis, dan kes tersebut telah diambilalih oleh polis. 

Bagi yang membeli emas atau surat pajak, berhati hati la. Saya setuju memang ramai pelanggan yang baik hati dan jujur dalam berurusan, tapi ada seorang dua scammer yang cuba menanguk diair keroh. Jadi sama sama la kita berhati hati. 

Sunday, 10 August 2025

Rakyat Malaysia Hidup Harmoni

Bila masuk bulan Ogos setiap tahun, kebanyakan rakyat Malaysia excited je nak sambut hari kemerdekaan. 

Tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain lain. Yang ada kereta, diaorang beli bendera yang ada stand kecik tu dan tampal di cermin kereta. Yang berniaga, dah start beli buluh dan bendera kain untuk di pasang di depan kedai. Yang budak budak sekolah, dah start beli bendera yang batangnya penuh dengan gula gula berwarna warni.

Cuma yang tak sedapnya, ada je warganegara yang menzahirkan rasa tak puas hati dengan mengibarkan bendera secara terbalik. Sesuatu yang dangkal dan orang normal tak buat.

Sebenarnya memasang dan mengibarkan bendera ni mudah je. Tapi besar maknanya. Bagi orang normal, mengibarkan bendera menggambarkan rasa cinta pada negara, rasa hormat pada negara, rasa bangga pada negara.

Tak perlulah nak berlebih lebihan menunjukan ketidak puasan hati.

Kerajaan pun sepatutnya mengawal dengan mengadakan undang undang yang relevan bagi mengawal situasi yang sama berulang pada masa akan datang. 

Kita yang memilih kerajaan, kita jugak la orang yang asik tak berpuas hati. Walhal hidup kita jauh lagi bagus kalau compare dengan orang lain. Ada rumah sendiri, dalam masa yang sama masih ramai gelandangan. Kita ada kenderaan sendiri, dalam masa yang sama ada ramai yang tak ada kaki untuk berjalan. Kita ada kemampuan untuk makan yang sedap sedap, dalam masa yang sama masih ramai orang yang kais pagi makan pagi. 

Malu la kita, dijadikan sebagai orang yang tak tahu nak bersyukur. 

Nikmat apa yang ingin kau dustakan


Friday, 8 August 2025

Justic For Zara


Perkembangan Utama Kes Adik Zara Qairina

  • Penggalian semula (exhumation) telah diperintahkan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk membolehkan bedah siasat dilaksanakan demi mendapatkan bukti tambahan bagi menyempurnakan siasatan terhadap kematian Zara Qairina.

  • Tekanan awam semakin membesar. Perhimpunan solidariti berlangsung di beberapa bandar Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu, di mana rakyat melaungkan slogan “Justice for Zara” sebagai tanda protes terhadap siasatan yang dirasakan tidak memadai.

  • Isu buli dan penganiayaan turut dibangkitkan. PAS Sabah menegaskan sistem perlindungan di asrama gagal melindungi Zara – beliau pernah menyuarakan rasa takut terhadap ‘Kak Wana’, pelajar senior yang dituduh membuli.

  • Suara masyarakat dan tokoh awam: Artis terkenal seperti Mimi Lana dan Syafiq Kyle menggunakan platform media sosial mereka untuk menyeru keadilan: “Zara patut hidup… pembuli masih bebas.”

  • Tekanan terhadap maklumat palsu: Kementerian Pendidikan telah membuat lebih 10 laporan polis untuk mengekang penyebaran dakwaan palsu seperti Zara diletakkan dalam mesin basuh. PDRM pula menegur agar orang ramai tidak menyebar bahan yang boleh mengganggu siasatan dan menyalahi undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Perlindungan Data Peribadi.


Komitmen untuk Keadilan

  • AGC telah mengarahkan agar siasatan dilengkapi secara menyeluruh, termasuk pengumpulan bukti dan penemubualan saksi, bagi memastikan setiap aspek kes dibuka sepenuhnya.

  • Suara masyarakat diterjemahkan dalam tuntutan reformasi, seperti yang ditekankan oleh AWS dan PBRS, agar tragedi seperti ini tidak diulang dan sistem perlindungan pelajar diperkuat.

  • PM Anwar Ibrahim menegaskan: "Tiada siapa yang kebal undang-undang," menandakan komitmen kerajaan terhadap proses siasatan yang adil dan bebas daripada campur tangan politik

Thursday, 7 August 2025

Membeli Surat Pajak Gadai Pekan Nenas, Pontian

Ada satu customer ni, deal dari bulan June 2025. Masa tu dia baru pajakkan barang kemasnya sebulan.

Dah beberapa kali set appointment, semuanya cancel. Maklum la kerja sebagau QC. Memang susah nak cuti. Lagi lagi kalau ada barang reject yang urgent nak shipment. Memang cuti dibekukan la.

Nasib baik tadi dia dapat cuti. Tu pun kena masuk kerja. 

Untung la majikan yang ada pekerja macam ni. Rajin, flexible dan comel. Kena pastikan hujung tahun ada bonus untuk dia.

Korang yang nak jual surat pajak, surat arrahnu atau emas terpakai, boleh je wasap saya di www.wasap.my/60105115979/suratpajakjohor. Saya cover satu Johor. Insyallah saya bagi harga terbaik. Kalau mulut manis, silap silap dapat free gift

Wednesday, 6 August 2025

Membei Surat Arrahnu Di Bukit Tiram, Johor

Allhamdulillah hari ni ada customer jual surat arrahnu di ArRahnu Bank Rakyat, Bukit Tiram, Johor.

Dah deal sehari awal dengan tuan punya surat arrahnu. Janjinya jam 9 pagi. 

Dia sampai awal, saya pun sama sampai awal. Jam 9 lagi dah sampai. 

Kali ni owner beratur ambil nombor dulu. Rupanya masa kami sampai jam 9 tu, dah ada beberapa customer lain yang dah beratur sama. 

Proses nak ambil nombor je dekat 15 minit, seperti yang di jangka. 

Lepas customer dapat no, saya mintak dia jumpa dengan officer di kaunter untuk dapatkan jumlah sebenar yang kena bayar.

Lama jugak kena sidai, dalam sejam la jugak. 

Bila dah dapat final figure yang kena bayar, then saya serahkan jumlahnya pada customer untuk dia buat bayaran di kaunter.

Sementara menunggu customer settlekan urusan menebus barang, sempat jugak la saya buat posting disosial media. 

Allhamdulillah setelah sejam setengah menunggu, akhirnya customer keluar membawak beberapa utas rantai tangan, rantai leher dan cincin. 

Saya serahkan baki seperti yang telah dipersetujui pada dia. 

Allhamdulillah selesai urusan di Arrahnu Bank Rakyat Bukit Tiram. 

Korang yang ada surat pajak atau surat arrahnu, boleh je wasap wasap saya. Ni no wasap saya 0105115979. Saya quotekan harga terbaik untuk korang.