Sunday, 10 August 2025

Rakyat Malaysia Hidup Harmoni

Bila masuk bulan Ogos setiap tahun, kebanyakan rakyat Malaysia excited je nak sambut hari kemerdekaan. 

Tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain lain. Yang ada kereta, diaorang beli bendera yang ada stand kecik tu dan tampal di cermin kereta. Yang berniaga, dah start beli buluh dan bendera kain untuk di pasang di depan kedai. Yang budak budak sekolah, dah start beli bendera yang batangnya penuh dengan gula gula berwarna warni.

Cuma yang tak sedapnya, ada je warganegara yang menzahirkan rasa tak puas hati dengan mengibarkan bendera secara terbalik. Sesuatu yang dangkal dan orang normal tak buat.

Sebenarnya memasang dan mengibarkan bendera ni mudah je. Tapi besar maknanya. Bagi orang normal, mengibarkan bendera menggambarkan rasa cinta pada negara, rasa hormat pada negara, rasa bangga pada negara.

Tak perlulah nak berlebih lebihan menunjukan ketidak puasan hati.

Kerajaan pun sepatutnya mengawal dengan mengadakan undang undang yang relevan bagi mengawal situasi yang sama berulang pada masa akan datang. 

Kita yang memilih kerajaan, kita jugak la orang yang asik tak berpuas hati. Walhal hidup kita jauh lagi bagus kalau compare dengan orang lain. Ada rumah sendiri, dalam masa yang sama masih ramai gelandangan. Kita ada kenderaan sendiri, dalam masa yang sama ada ramai yang tak ada kaki untuk berjalan. Kita ada kemampuan untuk makan yang sedap sedap, dalam masa yang sama masih ramai orang yang kais pagi makan pagi. 

Malu la kita, dijadikan sebagai orang yang tak tahu nak bersyukur. 

Nikmat apa yang ingin kau dustakan


No comments:

Post a Comment