Tuesday 28 October 2014

Piala Malaysia 2014 : Keputusan Perlawanan Akhir Pahang Vs Johor Darul Tazim

Aku memang cukup kagum dengan situasi semasa bola sepak tempatan.  Terutama sekali dengan kebanjiran penonton dan penyokong tegar yang berpusu pusu ke stadium untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi menentang lawan masing masing. 

Antara pasukan yang mempunyai penyokong yang havoc adalah JDT, Pahang, Kelantan, dan Selangor. Yang lain tu, ramai jugak la.. cuma yang saya sebutkan tu adalah yang top. Kalau pasukan ini beraksi, sure full stadium. Mungkin kalau perlawanan biasa, tak penuh sangat la.. tapi bila cakap pasal separuh akhir atau perlawanan akhir, sure penuh.

Hal nie mengingatkan aku pada zaman aku sekolah dulu. Zaman Abas Saad, Ervin Boban, Elister Edward, Mickle Urukalo dan ramai lagi pemain yang berjaya menarik penyokong untuk datang ke stadium. 

OK. Tu cerita pasal penyokong la.. hehe. sebenarnya aku bukan nak cakap pasal penyokong.. Penyokong mmg tak boleh dinafikan la.. Aku nak cakap pasal pemain tempatan. Yang pada aku kurang menyerlah. Daripada barisan hadapan sampailah bahagian akhir, jaga gawang. 

Tak ramai pemain Malaysia yang berjaya memikat pasukan luar untuk beraksi dengan liga mereka. Kalau ada pun cuma beberapa permain saja. Tu pun masuk divisyen 3 atau yang seumpama dengannya. Masa zaman aku dulu pun sama jugak.. pemain tempatan tak ada pun yang dapat anugerah kasut emas.. yang dapat semua pemain import.. hehe.. so .. bukan nak cakap apa la kan.. kadang rasa macam kena main main je pun ada penyokong nie.. ye la kan. actually bukan menyokong apa sangat pun.. nak harapkan shafee sali? emm kejap je la main kat indon.. so.. macam mana? 

Kena tanya penyokong sekarang.. apa yang mereka mahukan.. pemainan yang menarik.. atau akhirnya .. pemain kita diiktiraf oleh pasukan lain dengan kebolehan mereka bermain lalu mereka bermain dengan pasukan luar.. atau just datang stadium tengok orang main bola.. yang tak ubah seperti orang hilang pertimbangan dek kerana sebiji bola bulat.. 
 
Iye la kan.. dah minat namanya kan.. Kalau kita perhati bebetul, macam apa je kan.. bersesak sesak, siap bawak anak kecik, pas tu terjerit jerit..terlompat lompat.. walhal tak dapat apa apa pun.. ada sorang member bagi tau.. dah la aku bayar tiket.. pas tu aku jugak la yang kena lompat macam monyet.. kena jerit jerit pulak tu... emm cam tak berbaloi je beli tiket ..
 
Nasib nasib la tu kan.. ok la.. berbalik pada mutu permainan pemain tempatan.. kitaorang dah ramai ramai g stadium, cuma la pertingkatkan mutu permainan.. jangan la jadi macam aku main kat kampong kampong dulu.. silap sikit je nak gaduh.. haha.. main macam apa je.. kecoh lebih.. memang bukan semua pemain la.. tapi yang sikit ni la yang merosakkan satu pasukan.. kalau kita nie pemain hebat tak apa la.. nie main pun suam suam kuku je.. kalau rasa tak boleh nak sabar dengan provokasi orang lain, baik cari keja yang lebih sesuai.. jadi gangster ke, tukang tarik kereta ke.. atau pemungut bil tertunggak.. tul kan..
 
OK. Nanti Final Piala Malaysia, Johor Darul Tazim Vs Pahang, sapa yang menang? Aku tak pilih mana mana.. tapi aku rasa Pahang akan menang.. :)

No comments:

Post a Comment