Sunday 21 June 2020

Pengajaran Dari Covid19

Bagi yang buat business, jom brainstorming sama sama.

Prinsip buat business ni simple je. Menjual apa apa barang dan perkhidmatan, boleh generate income, dah dikira business. 

Ramai je yang praktik macam tu. Kata business ni mudah. Kan. 

Ramai rakan rakan yang dah nampak hasil daripada kegigihan membuat perniagaan, mula meracun kawan kawan yang baru nak start buat business, mana yang cepat termakan dengan cerita cerita manis, resign dpd gaji beribu, mengejar imbuhan lumayan, yang katanya tak ada hadnya, infiniti. Tapi ramai yang cerita ttg cerita infinity untung je. Infinity gaji je. Tak ramai yang cerita pasal infinity rugi, dan infinity tak ada gaji, bil tertunggak, rumah tak terbayar, saving habis, rumah tergadai, dek penangan buat business.

Tapi tu la, nama pun budak flat kan, kita jatuh 3 kali, kita bangkit 10 kali. Power beb. Tau tak cara nak bangun balik kalau dah jatuh? Perit beb. Sengsara bai.

Business ni prinsipnya, kena ada modal. Tapi ramai cikgu business cakap, business ni tak payah modal. Lantak la diaorang. 

Business ni kena ada cash reserve atleast 6 bulan. Maksudnya, kena ada duit untuk rolling 6 bulan, walaupun tak ada satu sen income. Tapi, businesa jaman now, cash reserve negatif berapa bulan. Ada yang negatif bertahun. Pelik kan. Maksudnya, business yang kita running bergantung pada ihsan entiti lain, macam bank dan syarikat kewangan. 

Bisiness ni prinsipnya kena ada pekerja yang sama sama nak susah dan berusaha dengan syarikat. Bukan setakat tu je, pekerja yang faham situasi syarikat pun penting. Ramai pekerja sekarang ni cuma pentingkan gaji, kerja tak seberapa, gaji kena kencang. Bayangkan ekk, dalam masa company down sampai ke lantai ni, bila ada sesetengah majikan minta pekerjanya cuti buat sementara waktu, maka berbondong bondong la mereka buat report kat pejabat buruh. Ahak. Walhal, selama ni majikan tu tak pernah culas pun bayar gaji mereka, epf dan socso. Pekerja yang macam ni, baik je kena terminate terus sebelum musim Covid19 hari tu. Haha

Business ni prinsipnya kena cash. Bukan term. Tau tak apa impaknya kalau term. Lagi lama term tersebut, lagi tinggi la possibility untuk tak dapat collect payment.

Business ni prinsipnya kena ada black and white. Tak kira dalam apa urusan. Jual beli, perkongsian saham dan lain lain. Just follow je apa yang dah jadi kebiasaan, quotation, po, invoice, resit dan do. Nampak simple je, tapi kalau jadi apa apa, black and white ni la yang jadi penyelamat.

Business ni prinsipnya adalah win win situation. Kita dan pembekal, kita dan pelanggan, kita dan 3rd parties, kita dan Allah. Jangan ambil kesempatan dpd pihak yang lemah, masa kita tengah kuat.

Jadinya, kalau nak stay dalam business, please reorganize business korang. Takut nanti tak boleh nak sustain

#business #stayathome #dudukrumah #covid19 #endikbuang

No comments:

Post a Comment