Thursday 25 June 2020

Politik Ustat dan Ustaz

Pelik dan kelakar bila ada orang bercakap tentang politik dikalangan orang agama. Ada jugak yang membesarkan mata, semacam tak percaya dengan apa yang sedang dibaca.

Memang perkara ini berlaku dikalangan orang orang yang dikatakan tinggi ilmu agamanya. 

Memang tak dapat dinafikan, mereka tinggi dari satu bahagian; agama, tapi rendah dalam perkara perkara lain; adab, protokal dan lain lain. 

Masakan, ada sesetengah ustaz mengajar tahfiz, setiap ustaz membuka satu pondok tahfiz, yang biasanya akan berlaku kekurangan dana, terpaksa meminta minta dari orang ramai, paling sedih terpaksa menutup operasi, kenapa tidak bergabung dengan beberapa ustaz yang lain, untuk sama sama berganding bahu, membina universiti, mana mahunya ustaz yang dah establish nak sama sama dengan ustaz hingusan

Membentangkan karpet merah didalam masjid sewaktu vvip dunia nak sembahyang. Jijik ke tapak masjid yang dah sedia ada dibentang karpet, jalanlah sesuka mu didalam rumah Allah.

Ustaz tak sama pendapat, ok je, cuma jangan la nak memburuk burukkan ustaz yang tak sebulu itu. Paling meriah, siap mengkafirkan ustaz yang seorang lagi, nak lagi meriah, mengajak orang ramai turut sama memburuk burukkan ustaz yang lain.

Ustaz, tanggungjawab korang besar tau. Ada ilmu, kena amal, kena sampaikan. 

#ustaz #umrah #stayathome 


No comments:

Post a Comment